Assalammualaikum and Hel00 Readers !
Alhamdulillah Bella sangat kenyang hari ni sebabnya
ada anty baik hati datang lawat Bella tadi + bagi makanan.
Rasanya, Bella makin mengembang la ni.
Btw, Thanx 100 000 000 x.
Steel Mosque
Hari ni baru Bella berkesempatan untuk update entry tentang Jalan-jalan baru-baru ni. Kita orang pergi Putrajaya sebagai wakil UTM sambil nak mengharumkan nama universiti kami. Ceh! Ini semua poyo :P
Malam tu, kita orang bertolak agak lewat kira-kira Jam 11 Malam. Yang Bestnya, kami kena jalan kaki dari Kolej kediaman sampai tempat tunggu bas. Perjalanan jalan kaki tu agak lama. lebih kurang setengah jam. Korang jangan pula ingat kami ni suka jalan-jalan kaki ni. Sebenarnya, xda Delivery yang boleh datang hantar kami ke sana.
Tuk pengetahuan korang, malam tu juga ada Earth Hour. Bella dok syok-syok main internet before nak p Putrajaya, Tup-tup lampu dah mati secara automatic. Memang gelap gila. Gila tak gelap kan.
Masa nak p Putrajaya, Kita orang p dengan 2 bas. Tapi, disebabkan mulut Bella yang masin ni cakap bas akan rosak. Betul-betul pula bas yang Bella naik tu rosak kat tengah jalan. Kami pun terpaksa share ngan bas 1 lagi. Memang pack seperti ikan sardin. Ada orang terpaksa tidur kat lantai bas.
Jam 4 Pagi gitu kita orang sampai kat Masjid Besi. Memang cantik masjid tu. Memang nampak semua macam besi dan unik. Siapa pernah pergi sana, angkat tangan! Sambil dok cari tempat solat, sambil tu dok usha tempat nak ambil gambar. Tapi, mata ni lebih mengantuk. Bila jumpa tempat solat, terus tidur. Bilik air ngan tempat ambil wuduk sangat bersih. Tak perlu pakai selipar kat sana.
Nanti Bella continue dengan Part II ok! Agak sibuk cket. Hehe,
Lastly,
Bye-bye korang!
Smile!
:)
Jom Solat Maghrib ! :)
4 comments:
Masjid Besi tuuuu :p
syoklah jln2
Nanti kita p masjid Kristal pula la :p
Memang best :)
Post a Comment