Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PART II] A Day In Zen Xin Organic Park

Assalammualaikum dan selamat petang ^^
So, hari ni Bella nak update pula Part II
Siapa yang belum baca Part I, boleh baca kat

Continue pengembaraan di Organic Park
Sini lah bermulanya pengembaraan kami yang sebenar
Chewah!

Banyak gila pokok di situ. Pelbagai jenis, nama dan bentuk. Bella tak ingat sangat nama-nama pokok tu sebab nama pokok-pokok tu semuanya pelik-pelik bila instructor dok xplain.

Check-check it out!
Besar tak ? Besar kan O.o
Ni semua orang mesti dah tau. Tapi yang ni masih baby Terung lagi ni

Bella tak ingat pula nama buah ni -,-'

Ni la baby durian tapi sebenarnya Bella tipu ja.
Ni bukan durian tau. 

Ni lagi satu buah pelik. Yang ni tak masak lagi.
Tapi, kawan Bella ada beli Ais Krim Malaysia buah ni. Rasa dia ada masam-masam cket.
*tak ingat juga Nama dia* 

Ni pokok jambu Air. Kita orang tengok dari luar ja.
Sedap Buah ni ^^

Antara banyak-banyak pokok, Bella tertarik dengan Cendawan. First time Bella tengok cam mana cendawan tu ditanam. Cendawan perlu tempat yang lembap dan sejuk tuk tumbuh. Meh Bella bagi tengok tempat cendawan tu tumbuh kat korang.

Nampak tak kat belakang tu ?
Tula rumah Cendawan. Ada banyak cendawan kat dalam tu.
Pelbagai jenis. Dari yang putih sehinggalah yang colour hitam.

Sinilah tempat cendawan akan tumbuh.
Lama-lama cendawan akan tumbuh keluar dari situ.
Dorang akan potong setiap pagi.

Ni Cendawan yang dah tumbuh keluar. 
Cantik ja rupa dia. 
Bella rasa dorang lupa potong cendawan ni pagi tu.

Banyak lagi pokok-pokok yang ada tapi korang kenalah pergi Organic Park ni sendiri. Korang kenalah tengok face to face. Baru best ^^ lepas tu, kita orang pergi tempat binatang ternakan organic Park. Tak banyak haiwan yang ada. First-first kita orang pergi tengok Angsa. Bila kami datang ja, Angsa-angsa tu bising sambil berlari-lari. Happy la tu tengok kami. Hoho.

Ni antara hero yang berani bagi makan kat angsa-angsa tu la.
Sebab bila nak hulur sayur, angsa tu akan Ngaaap! Makan.
Takut pula dia ngap sekali dengan tangan kan.

Ni angsa-angsa betina yang tengah....Tak tau la.
Dorang memang tak nak gerak even kita orang dah goda dia ngan makanan.

Memang bau gila la lepas masuk tempat angsa ni. Satu badan bau. Tapi lama-lama bau tu hilang sendiri. Dah puas main dengan angsa, kita orang pergi main ngan rabbit pula. Bella tengok semua rabbit colour putih diasing dari rabbit-rabbit yang lain. Tak tau lah pula kenapa.

Semua dok rebut nak makan.
Nampak betul rabbit-rabit ni kelaparan.

Ni baby rabbit ngan mak dia.
Kena lah asing sebab takut pakcik rabbit nak 'ngurat' baby-baby rabbit tu.

Sempat posing sekejap ^^

Dah kenyang la tu. Ni bulu dia panjang. 
Masa Bella ada rabbit dulu, hari-hari kami kena sikat bulu dia.
Lau tak macam rambut orang yang kusut.

Thanx sebab korang sudi baca entry yang panjang macam kereta api ni. Will be continue dengan Part III. Last Part. Korang tunggu tau. Banyak lagi aktiviti cam memanah ^^ 

Lau ari tu Bella tanya korang pernah makan buah naga or tidak. Ni Bella nak tanya, korang pernah bela Rabbit tak ? Tuk pengetahuan korang, hidung Rabbit sentiasa bergerak-gerak. Cuba la korang try tengok nanti ^^




8 comments:

Nana Liena said... Reply To This Comment

bestnya park nie heh..hehe..tak pernah tahu wujud kat johor..hehe..yg bawah gmbar 'durian' tu buah cermai kot? huhu..swans tu tak kejar pulak ea? mesra alam..

CiK Bella said... Reply To This Comment

Rasanya bukan kot sebab lau Bella tak silap, nama dia ada perkataan berry. Tapi lupa -,-''
Dia tak kejar tapi dia datang kat org sebab nak makanan :)

Nao Mei said... Reply To This Comment

hahaha...rabbit tu hidu barang makan dear :)

CiK Bella said... Reply To This Comment

haha, ya :)

NUR HAFIZAH said... Reply To This Comment

comelnre rabbit2 tu . teringin nk bela pulak

CiK Bella said... Reply To This Comment

Memang comel sangat ><

CikAinaa said... Reply To This Comment

arghhhhhh! tolong lah tepek gambar aku satu dekat situ :p

CiK Bella said... Reply To This Comment

baiklah :p Part III