Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Memilih Botol Minuman

Assalammualaikum semua. Malam masih muda nih. Sementara Bella dok tunggu kawan Blogger Bella datang tuk discussion malam ni, Bella teringat satu benda ni. Benda tu, tajuk entry kali ni la. Sebenarnya, ni bukan rahsia. Lau rahsia, Bella tak bolehlah nak share kat korang semua. Yea dok ?



Semua orang mesti pernah beli air mineral or minuman kan? Tambah-tambah lagi bila syok jalan-jalan berjoli, tetiba tekak kering minta air. So, air yang paling murah, air mineral la kan. Ada macam-macam, Spritzer, Nabalu, Giant, Jusco dan banyak lagi. If korang tak pernah beli air mineral seumur hidup korang, mesti korang pernah beli botol air tuk korang baa pergi kelas ke kerja ke. 

Korang pernah tengok tanda tiga segi ala-ala kitar semula bersama nombor di bawah botol tu ? Pernah tak ? Korang tau tak fungsi simbol tu ? Untuk hiasan semata-mata ? Untuk kitar semula ? Ha?! Salah!



Sebenarnya nombor pada simbol tu menunjukkan bahan yang digunakan dalam membuat plastik tersebut. Setiap nombor ada bahan kimia yang mewakilinya. Bukan lagi besar nombor tu, lagi bagus tuk di kitar semula or refill balik. Untuk pengetahuan korang, fungsi sebenar nombor tu adalah untuk memudahkan kerja mendokumentasi sampah yang betul terhadap jenis-jenis botol tu yang selalu kita jumpa di longkang la, di tepi jalan la.

So, moh kita ramai-ramai tengok rahsia nombor-nombor tu ..


Nombor 1-Polyethylene Terephthalate
Selalunya botol yang jernih macam botol air mineral. Disarankan guna hanya sekali. Boleh menyebabkan kanser, masalah penafasan, masalah haid, keguguran dan pertumbuhan anak yang dilahirkan lambat.

Nombor 2-High Density Polyethylene
Selalunya pada botol susu atau bekas makanan. Selamat digunakan kerana mampu mencegah tindak balas kimia dan tahan pada suhu yang panas. Tapi, disarankan pakai hanya sekali kerana pembebasan Antimoni Trioksida akan meningkat dari semasa ke semasa.

Nombor 3-Polyvinyl Choride
Plastik yang paling sukar untuk dikitar.Biasa digunakan pada pembalut makanan dan botol yang lain. Bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan apabila bertindak balas dengan makanan yang dibalut terus dengan plastik jenis ini

Nombor 4-Low Density Polyethylene
Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi. Dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol. Bersifat kuat, tembus cahaya,fleksibel, permukaan yang berminyak dan tahan bawah suhu 60 darjah selsius. Boleh dikitar semula.

Nombor 5-Polypropylene
Pilihan yang terbaik untuk menyimpan makanan dan minuman. Bersifat jernih,ringan, tahan terhadap minyak,berkilat dan tahan pada suhu yang tinggi.

Nombor 6-Polystyrene
Digunakan pada bekas makanan atau minuman pakai buang.Mampu mengeluarkan styrene apabila bersentuhan dengan makanan. Styrene juga boleh dijumpai pada asap rokok,kenderaan atau kilang. Bahaya untuk otak,hormon estrogen wanita(masalah sistem peranakan),pertumbuhan dan sistem saraf. Susah dikitar semula.

Nombor 7-Lain-lain (Styrene acrylonitrile, Acrylonitrile Butadiene Styrene, Polycarbonate)
Selalunya pada bekas makanan atau minuman dan alat elektronik. Polycarbonate tidak tahan pada makanan atau minuman yang panas dan boleh menyebabkan kerosakkan hormon, kromosom ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. Styrene Acrylonitrile dan Butadiene Styrene pula baik dan tahan pada suhu yang tinggi.



So, in short, Jangan sesekali guna botol or bekas yang bernombor 3,6 dan 7. Yang ni la paling dangerous. Paling baik adalh nombor 4 dan 5. Yang lain half-half la. Baik+Buruk. Kalau nak lebih selamat, korang gunalah botol kaca ke . Sekarang juga check nombor kat botol korang tau. 





16 comments:

Nurfaezah Abdullah said... Reply To This Comment

done bookmark this page :)

nur hidayah said... Reply To This Comment

info yang bagus kak bella..thank 4 share ^_^

KamKim said... Reply To This Comment

wau.. baru tahu nih.. thanks.. :)

Nana Liena said... Reply To This Comment

itulah..kalau botol plastik bila me buang mak mesti marah..huhu...selalu me igt 7 tu okay.huhu.thanks info.. :)

CiK Bella said... Reply To This Comment

Thanx :)

CiK Bella said... Reply To This Comment

Thanx Hidayah,
Sharing is Caring :)

CiK Bella said... Reply To This Comment

Bagus lah lau macam tu.
Sama-sama :)

CiK Bella said... Reply To This Comment

Dulum Bella ingat 7 paling bagus. konon lagi tinggi lagi bagus.
Salah rupa-2nya. ><

Danee said... Reply To This Comment

bookmark this . thanks for the info :)

CiK Bella said... Reply To This Comment

ok, Sama-2 :)

Nadya Bubble said... Reply To This Comment

Promosi Rainbow Alquran dan Ribbon Watch ! Sehingga 23 Mac 2013 sahaja !

http://bit.ly/cd2aQx

CiK Bella said... Reply To This Comment

Thanx ^^ cantik semuanya .

Iha Zaliza said... Reply To This Comment

bagus la entri ni, moga bermanfaat buat semua.. tapi yang pasti, iha tiba2 rasa seram dengan jenis2 diatas, huhu..

CiK Bella said... Reply To This Comment

Thanx :)
Bella pun takut. yang Bella pelik, napa dorang teruskan produce benda-benda yg dibuat dari plastik ni ? Napa tak diambil tindakan kan.

Anonymous said... Reply To This Comment

pembetulan... 4 dan 5 lah bagus,.. tp perlu ditukar lbh kurang 6 bulan sekali,sebaiknya..

Cik Bella said... Reply To This Comment

@Anonymous terima kasih, Bella tak perasan :)