Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pasar Bergerak di Malaysia



   Assalammulaikum dan Hello semua !
Jap lagi Bella nak balik rumah keluarga angkat kat Johor.
Hehe, Saja nak melawat ^^

Korang dah tau ke tentang "Pasar Bergerak" di Malaysia?
Bukan pasar kat belakang rumah kita tu bergerak-gerak.
Bukan!

 pix_gal0

Pasar bergerak 1 Malaysia baru dilancarkan semalam.
Ni macam Kedai Rakyat 1 Malaysia juga.
Semua murah-murah daripada biasa.
Khas untuk Zon Tengah, Zon Utara dan Zon Selatan.



Perkhidmatan ni diberi sehingga ke depan pintu rumah.
Macam-macam barang keperluan dijual.
Pasar Bergerak ni akan beroperasi 3x sehari mengikut jadual kawasan yang ditetapkan 
iaitu pagi, petang dan lewat petang.

Sok, try tunggu depan pintu rumah. 
Manatau Pasar Bergerak tu datang kat kawasan rumah kan. 
^^






Sunnah Rasulullah yang Paling Utama?


 Assalammualaikum semua,
Baru-baru ni Bella ada ikut satu seminar iaitu "Ummah Awakening Seminar"
with Brother J and Brother Syah
Bella tak nak taip panjang-panjang petang ni.

Bella just nak share 1 benda tapi before tu Bella nak tanya korang semua.
Agak-agaknya, apa Sunnah Rasulullah yang paling penting?
Cara Rasulullah makan ?
Cara nak potong kuku ?
Cara nak mandi ?
OR ?
Korang fikir-fikir la dulu


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sunnah yang paling penting ialah

BERDAKWAH

Nampak cam simple, Nampak cam remeh tapi ni la dia Sunnah yang paling penting tau.

 


Then, mesti ramai antara kita fikir cam ni
"Aku bukannya baik sangat, ada hati pula nak berdakwah kat orang lain"
"Tak pa la, nantila aku start sok or lusa dakwah kat orang"
"Tak dapat hidayah lagi lah"

Dakwah ni ada macam-macam jenis dan cara.
kita boleh juga dakwah kat orang Muslim sendiri or Non-Muslim. 
lau korang nak tau lebih detail, try tanya Mr Google.

Tu ja la yang Bella nak share.




Anak Faezah Elai Dan Heykal Hanifah


Assalammualaikum dan selamat petang la kan.

Sekarang ni dah Jam 5 ++. Entry kali ni pendek ja. Bella tak sempat + malas nak menaip.
Hehe, Bella nak share gambar-gambar anak Faezah Elai yang dilahirkan hari tu. Nama yang cantik diberikan kepada anak mereka ialah Dealova Heyrinna Heykal seperti tajuk lagu Dealova dari Kumpulan Dewa.

Jom kita tengok gambar-gambar comel anak Faezah Elai.

anak faezah elai

anak faezah elai 

anak faezah elai

anak faezah elai 

anak faezah elai

anak faezah elai 

anak faezah elai
Comel tak ? Comel kan.
Tu la ciptaan Tuhan, Semuanya sempurna dan diciptakan yang terbaik untuk kita.

Btw, Bella nak mohon jasa korang semua, doakan Bella tuk tempuhi segala dugaan dan cabaran yang mendatang selama tempoh Bella belajar dan hingga ke hujung nyawa Bella .

Gambar Credit to BeautifulNara




Video Jawapan Lagu Sayang (Shae)


Assalammualaikum dan Selamat Malam,

Before Bella mencipta mimpi indah malam ni, Bella nak share Jawapan untuk Lagu Sayang dari Shae yang hangat di Astro dan radio-radio sekarang ni.


Untuk siapa yang tak pernah dengar dan tak pernah tahu lagu Sayang ni,
Bolehlah try dengar kat Sini 

Dah hayati lagu Sayang tu ? Hehe,

So, ini Jawapan tuk Lagu tu from Mr. Bie
...

Sayang aku baik selaluJanganlah kamu risaukan akuKu harap kamu pun baik di situKerna diriku selalu mendoakanmu
Sayang jangan talipon akuNanti habis pulak 'kereditmu'Kalau kamu rindu akan dirikuLuahkan saja di dalam doamuSayang dengar bah permintaankuJangan tinggalkan solatmuSayang jangan dengarkan bisikan hatimuItu setan menggangguSayang dengar bah permintaankuJangan lupakan TuhanmuSayang percayalah apa katakuAku akan menikahimu
 
Mari kita dengar Mr Bie nyanyi pula


Sweet ja kan lirik Jawapan dari Mr Bie. Okla, Jom tidur. Sok Bella ada kuliah. Doakan Bella tak mengantuk dalam kelas and dapat fokus Baek Punya esok! Selamat Malam semua. Sayang Kamu Semua :p


Hadiah Untuk Si Dia dan Dia

Assalammualaikum dan Selamat Malam,
Tadi siang, Bella dah post satu entry pasal Misteri tangisan di sebuah Lorong. Korang boleh Click Sini lau belum baca entry tu. Sediakan Mental dan fizikal sebelum baca entry tu tau. Takda la, gurau-gurau ja.


Malam ni, Bella nak share tentang hadiah yang sesuai untuk Si Dia dan Dia yang disayangi. Before tu, jangan sempitkan pemikiran anda ya! Buka luas-luas. Si Dia yang disayangi tu bukan saja korang punya Hubby OR Sweety. Termasuklah parents, adik-beradik, kawan,guru or Musuh. Kalau korang sayanglah dengan musuh korang. Hehe, Jangan Bermusuh tau !


Mesti susah kan bila korang tengah mencari hadiah untuk Si Dia di tengah-tengah kedai. Nanti beli mahal-mahal, bila nak bagi terfikir pula kalau-kalau dorang tak suka. Last-last tak bagi. Simpan ja hadiah tu tuk kenangan. Lebih-lebih lagi lau perempuan yang nak beli hadiah tuk lelaki. 

Ni Bella bagi suggestion la yang korang boleh pakai bila nak beli hadiah tuk Si Dia.

 

Hadiah Untuk Si Dia yang bergelar WANITA              

              Aksesori - Tak kirala Rantai,Cincin,Gelang
              Bunga - Setiap colour bunga ada meaning
              Perfume 
               Make Up Set - Jangan bagi Si Dia yang tak suka Make Up
               Purse - Beli purse ikut colour yang dia suka
               Chocolate - Ni Common la
               Baju OR Tudung - POastikan korang tau size yang dia pakai
               Gadget - Perempuan tak kesah sangat lau Gadget tu Murah
               Jam - Bagus bagi bila jam dia tengah rosak ke
               Suprise - Terbaekk!
               Candle Light Dinner - Romantic
               Payung Comel
               Lagu - korang buat sendiri lagu tu sambil main gitar            
               Buku Novel OR Al-Quran - Tafsir pun boleh
               Cake - Cupcake huruf pun Ok
              Keychain - Keychain Huruf
              Binatang Peliharaan - Ikan, anak Kucing ATAU Rabbit, Kura-2
              Photo Album yang ada gambar kenangan - Konfem senyum
               Propose Kahwin  - InsyaALLAH Bahagia


Hadiah Untuk si Dia yang Bergelar LELAKI

               Perfume - Jangan bau yang terlampau menusuk hidung
               Wallet - Buatan kulit sebab lelaki suka barang yang tahan lama
               Belt - Tengok juga pada 'kepala' Belt
               Jam - Bentuk yang sesuai dengan diri dia
               Baju OR Jersi - Depends dia suka team mana. MU, Chelsea, 
                                           Harimau Malaya?
               Pen - Lelaki yang bekerja selalu bawa pen ke mana saja
              Gadget - Ni kena yang mahal-mahal juga kot
              Aksesori - Aksesori diri Atau Kereta Or apa saja
              Kasut Bola
              Suprise
              Cincin Perak - Sunnah di Jari kelingking tangan Kanan
               Boxer - Pilih design yang sesuai
               Tie - Colour yang sesuai dengan dia
               Bag - Bag sandang OR Bag Laptop OR Bag Kerja
               Setuju Propose - Ehem!
               Anak - Ramai macam Team Bola sepak  OR 
                               sedikit macam pemain Tennis


Bella tak Pro sangat nak beli hadiah-hadiah ni. Masa Bela Kecil-kecil dulu, Bella selalu buant Handmade punya. Buat Handmade lebih murah, nampak kreatif, nampak kesungguhan kita dan lebih berharga. Tu cara Tradisional la. 

Korang pula cam mana ? Cuba share cket kat Bella hadiah yang korang pernah bagi Untuk Si Dia OR dapat dari Si Dia.