Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kota 'Cinta Online'

Assalammualaikum dan Hello World! 

Disini hujan. Rasa sejuk ja kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah kalau dah hujan.
Hari ni Bella keluar dengan my Beloved Mummy. Tak pergi mana pun. Beli amplang, kuih cincin, keropok Angrybird tuk bawa ke Johor Isnin nih. Bella ada 2 malam lagi kat uma ni. OMG! Oh, Menarik Gila! Mula dah merepek.

Nampak kan tajuk entry ni. Apa tu Cinta Online ? Tettt! Tak kan tak tau. Jangan pula korang fikir meaning dia suka online. Maksudnya, 2 insan yang bertemu di alam maya, mula berbicara, mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat, sharing-sharing story, then...wujudlah satu perasaan Cinta. Ataupun dalam bahasa dusun, Sarang. Korea sebenarnya. 

 

Banyak dah berlaku sekarang ni. Tak kiralah di muka buku ka, Burung biru (Twitter) or even di dunia Blogger sendiri. Alhamdulillah ada yang mendirikan rumah tangga. 

 Atlanta wallpaper

Nampak kan gambar kat atas ni. Cantik kan bandar dia. tula Kota 'Cinta Online' or nama dalam peta dunia ialah Atlanta. Satu majalah kesihatan, Men's Health telah mengeluarkan carta untuk 'Cinta Online' selepas membuat observation. Ramai penduduk di Atlanta menggunakan laman sosial untuk mencari Cinta. So, siapa yang single mingle yang nak cari cinta, boleh lah pergi sana. Dapat juga kahwin Mat Salleh kan. Hoho,

Kebanyakkan orang Atlanta duduk jauh di antara satu sama lain. Tulah susah dorang nak cari Cinta. Tu lah alternatif dorang mencari cinta. Untuk information, ranking yang dikeluarkan tu adalah tuk bandar-bandar di Amerika Syarikat saja. So, memang lah Malaysia tak da nombor. 

Bella tak cakap salah kita mencari teman di dunia maya. Tapi, korang kena ingat. Jangan terlalu percaya orang-orang di alam maya tu. Bukan semua baik dan bukan semua jahat. So, beware ! :)  




2 comments:

F said... Reply To This Comment

cinta online. Nice fact. Atlanta ye. :)

CiK Bella said... Reply To This Comment

Thanx F :)
Just sharing