Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku Hanya Seekor Kucing!


Assalammualaikum semua!

Bella nak bed time story cket malam ni. Tadi masa dok cocentrate baca entry-entry korang kat blog ni, tiba-tiba Bella dengar suara kucing dok meow-meow. Yer la, tak kan kucing nak mengembek pula kan. Nyanring gila suara kucing tu. Kalah kucing bella. So, Bella pun intai la dari tingkap. Eh ? Ada baby kucing tengah meow-meow sambil jalan tak tentu hala kat dalam area rumah Bella. Bella pun cepat-cepat lah ambil tudung keluar rumah. 

"Tak akan Dan bawa balik baby kucing. Mentang-mentang dia tengah hangat bercinta dengan kucing betina kat rumah jiran" 

Btw, Dan tu nama kucing kesayangan Mum sebab dah 3 keturunan kucing, dia ja yang ada bulu panjang ala-ala kucing siam even kat bahagian ekor ja. Back kat story baby kucing tu. Adalah 1 orang Ah Moi, jiran Bella. Btw, jiran Bella semua cina. depan, belakang, kanan. Sebelah kiri tak adala sebab duk area corner. Dia cakap dia yang ambil kucing tu bawa pergi rumah Bella sebab dia ingat tu kucing kami. Bella cakaplah bukan. Then, Bella tanya jumpa kat mana. Dia cakap jumpa kat rumah Oren sana. Lepas Bella bagi makan Whiskas kat baby kucing tuh, Bella suruh Ah Moi tadi letak balik kucing tu. Mana tau orang punya. Dia pun ambil la balik kucing tu.

Ada tahi mata lagi. Hehe, Bella tak sempat nak bersihkan tadi.
Terus snap gambar dia pakai H/p

Lebih kurang setengah jam gitu, Bella dengar lagi suara kucing tu. Bella skodeng lagi kat luar. Eh! Ah Moi ni letak balik baby kucing tu kat dalam area rumah Bella. Bella pun blur. Terus Ah Moi tu pergi balik uma dia. Ish Ish Ish. Bella pun keluar lah nak engok baby kucing tu. Ah Moi tu pun datang. Dia pun tanya kat Bella lau Bella nak jaga tak kucing tu? Bella pun ambil la kucing tu sebab macam kelaparan ja. Kecian! Siapa punya kucing la ni? Mana lah mak dia ni. Jangan-jangan Ah Moi tu punya tapi dia tak nak jaga. (-)ve thingking betul la. 

Dulu, masa Chinese New Year, Ah Moi tu ngan adik dia datang rumah sambil bawa kotak limau mandarin. Bella ingat limau mandarin. Rupa-rupanya anak kucing ada 5 ekor. Dia suruh kami jaga. Kami pun jagalah lima-2 ekor tu. 

Tak apalah. Kita anggap kita sedekah bila kita beri dorang makan. Lagipun, bila ada haiwan peliharaan, best juga. Boleh bawa main. InsyaALLAH haiwan peliharaan yang kita jaga tu akan doakan kita. 






14 comments:

Nao Mei said... Reply To This Comment

Betolo tu dik...tapi akak memang geli dengan kucing la dik...siptom takut..hihi

CiK Bella said... Reply To This Comment

Biasala tu. Ada juga kawan Bella yang takut gila-gila ngan kucing . hehe,

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

wah amoi ni...sampai hati bawak kotak limau tapi takde limau...haha...

PS: salam perkenalan..:)

Megi Tristisan said... Reply To This Comment

comelnya

CiK Bella said... Reply To This Comment

Hhaha, tula. ingat limau mandarin
salam perkenalan juga :)

CiK Bella said... Reply To This Comment

:)

PeRdU cINta said... Reply To This Comment

insyaAllah berkat kita jaga dia,,rezeki kita bertambah luaskan..ameen..jg elok2 tau..comel je kucingnya tu..

CiK Bella said... Reply To This Comment

Amin kak :) InsyaALLAH. Tapi, Bella dah nak terbang balik JB next week. tak dpt den nak jga baby kucing tu

CikAinaa said... Reply To This Comment

betul tu :) moga bertambah-2 rezekinya nanti ^^

CiK Bella said... Reply To This Comment

haha, InsyaALLAH Cik Ainaa :)

IntaNBerliaN said... Reply To This Comment

baiknya bella ni..!!

moga bella dimurahkan rezeki.. :-)

Aku Budak Kampung said... Reply To This Comment

@: cHocolatemoisT

fie suka kucing! ^_^

CiK Bella said... Reply To This Comment

Amin!
Bella suka ada haiwan pliharaan sbnrnya.

CiK Bella said... Reply To This Comment

Bella pun ^^