Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PART II] Trip Satu Hari Ke Putrajaya

Assalamualaikum semua dan hello ! :)
Alhamdulillah, akhirnya hari ni Bella dapat update blog setelah beberapa hari
tak sentuh blog ni sampai dah nak berhabuk blog ni.
Internet kat kolej kita orang ni kena 'shot'.
Tula pasal.

Before tu, siapa yang belum baca PART I
boleh baca kat sini : KISAH SILAM

Rasa cam budak sekolah yang tengah buat lawatan sambil belajar pula
bila pakai baju seragam cam ni

Bella nak continue story mory pasal Putrajaya ni. *imbas kembali kisah dulu* . dah lupa pula apa yang berlaku. Haha. Yang Bella ingat Kita orang tak henti-henti ambil gambar. Setiap sudut nak ambil gambar. Tehee! kalau total angle ada 360 darjah. setiap angle tu la nak ambil gambar jadi kenangan.


Lepas dah puas ambil gambar, kita orang sama-sama memeriahkan 'Ceria Bersama PM'. Actually, kami x memeriahkan apa-apa pun kat sana. Tehee! Ada gak artis-artis jemputan macam Suki, Mizz Nina, Vince, akak kepada Vince.


Then ada PM+Bini. Nama pun program 'Ceria Bersama PM'. Selama ni dok tengok Datuk Najib ngan Rosmah dari TV ja. Masa tu, dapat tengok Live-live. Tehee! kat sana adalah persembahan tarian, cycling, jalan 5km, cabutan bertuah dan makan-makan. Even tak menang cabutan bertuah, yang penting dapat makan-makan.


Masa OTW nak balik, driver bas tu stop jap kat R-and-R Pagoh. dah siap solat jamak kat sana, Xcited nak makan pula. Bab makan-makan memang No.1. dah jelajah makanan-makanan kat sana, last-last beli nasi ayam kat satu kedai satu ni. Yerla, tak kan dua pula kan :p 


Bella VS 'Uncle' Nasi Ayam
Masa nak beli makanan pula, 'uncle' kedai tu dok main-mainkan Bella. Actually bukan tahap uncle lagi la. Hahaha, Masa tu Bella tak da duit kecil. jadi dia tak dapat lah nak bagi baki. dia pun dok suruh Bella pergi minta ngan boyfriend. Macamlah Bella makan ngan Boyfriend.Then, Bella p beli air dulu kat tempat lain. so, duit yang besar dah dikoyak-koyakkan jadi kecil. Bella pun pergi la bayar kat tempat nasi ayam tu balik. Then, dia cakap sambil angkat-angkat kening tak jadi macam Ziana Zain tu.

"Dah minta ngan boyfriend ek?" Bella pun ketawa ja la. Bella kan suka ketawa. Haha . Last sekali Bella cakap Thank You. Dia pun buat-buat dok faham perkataan simple tu. Dia tanya pula Bella apa yang Bella cakap sebab dia tak faham. Bella pun cakap la terima kasih. Baru dia faham katanya. Actually babak ni panjang lagi tapi Bella dah lupa. Haha. Siapa yang nak jumpa uncle nasi ayam tu, bolehlah singgah ke Pagoh.

Kami VS Bas vs Uncle Bas
Dah selesai babak Bella ngan 'Uncle nasi ayam'. dapatlah makan penuh nikmat even tempat tu agak sesak ngan orang-orang. lepas dah habis makan, kita orang nampak bas UTM yang satu ni gerak. kami pun bangun la nak pergi bas. Selamba ja kita orang fikir bas yang gerak tu bukan bas kami tapi bas yang satu lagi. (note:kami pergi dengan 2 bas). Relax ja la ni. Bila naik bas satu lagi yang memang tengah statik tunggu orang, muka dah berubah. Ni bukan bas kita ni. Uncle bas tu suruh kita orang pergi turun kejar bas kami yang dah jalan tadi. yang ni memang pangkat uncle. Kami yang muka agak innocent ni pun ikut la cakap dia tapi memang betul bas kami dah tak da. kami hanya mampu tebalkan muka naik bas yang ada tu. Uncle tu dok sindir kami tak henti-henti sampai semua orang yang memang ada dalam bas tu tengok. Jadi famous sekejap masa tu. Alang-alang dah dapat publisiti percuma.


Jam 5.30 ++ gitu kita orang pun sampai la kat UTM. Memang masa tu hujan lebat. Nasib ada delivery yang boleh hantar kami balik ke kolej. Rasanya tak sanggup dah nak jalan kaki patah balik ke kolej pula hujan-hujan ni.

Lastly, Bella rasa tak lah best sangat event kat Putrajaya. Haha . Yang bestnya pengalaman jalan kaki dari kolej ke tempat tunggu bas sebab dah tak da delivery dan pengalaman ditinggalkan bas. Bella rasa tu la first time Bella alami. Maybe ada kot tuk kedua kalinya. Tehee! Dan yang penting dapat bergambar kat situ even tak da 1 pun muka PM kat dalam gambar tu.


++Esoknya, kita orang pergi kelas lewat 40 Minit++
Tehee!


4 comments:

Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah said... Reply To This Comment

assalamualaikum, alamak halusnyaa tulisan hehehehee, jenuh is ctr++ baru nampak, nasib baik ada bantuan penghantaran, kalau tidak nak menapak jauh tu.

CikAinaa said... Reply To This Comment

kmain lg TEHEEEEEE dia tu :p

CiK Bella said... Reply To This Comment

Alaaaa, xperasan pula. hehe.
sory is . hehe
nanti Bella besarkan ><

CiK Bella said... Reply To This Comment

Teeeeheeee ! :P