Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Martabak Maggie ala-ala Bella


Assalammualaikum dan Hello Bloggers yang Bella sayang.
Chewaaah!
Hehe,



Malam ni, Bella tetiba mengidam Martabak MaggieMasa Bella kerja kat Carlorino, selalu kawan Bella yang comel ni bawa Martabak Maggie. Teringat pula kat dia. Kita orang selalu ja bawa bekal than sharing-sharing. Bak kata orang-orang, Sharing Is Caring :)

So, 59 Minit yang lalu Bella buatlah Martabak Maggie ni. Cara dia sama ja kot dengan orang lain. Yang Penting Simple !


Bahan Utama ? Mestilah MaggieTak kira lah jenama Maggie ke, Ruski ke, Mi Sedap atau apa-2 saja. Tapi, yang paling sedap kalau guna perencah kari.

Then, bahan yang boleh dikategorikan utama juga ialah TelurTelur 2 Biji dah cukup untuk sebungkus. 1 Biji pun cukup kot. Tapi jangan sampai 3 Biji tuk sebungkus Maggie. Tak sedap sebab dia akan jadi tebal.

Bahan yang lain ialah Daun sup, Daun Bawang dan apa-apa ja yang korang nak tambah. Tak kesah :)


Cara-caranya

Masak Maggie tanpa perencah dan cuci setelah masak untuk mengurangkan Wax yang ada pada Maggie

Letak Maggie ke dalam Bekas yang tahan Panas

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau bersama segala jenis Daun yang 
     dipotong halus dan bahan-bahan lain yang korang nak letak + perencah Maggie

 Tuangkan sedikit minyak masak atas Maggie tadi untuk mengelak Maggie tu 
      dari melekat apabila masak

 Panaskan Maggie dan tuangkan telur tadi di atas Maggie tu.

 Last sekali, tutup Maggie tu guna penutup dan biarkan sehingga masak. 
      Pastikan api kecil ya :)



Jangan lupa try ya kat rumah. Sekarang pun boleh dah try kalau ada Maggie dan Telur.
 Lau nak guna Pasta pun boleh :) Bila dah masak, potong-potong kut suka hati korang.
Lagi sedap kalau dimakan dengan sos.
Sos Cili tau, bukan Tomato :)


P/s : Sini ada First Resepi dari Bella masa dulu. Siapa belum baca, boleh terjah kat MOIST CHOCOLATE CAKE ALA-ALA BELLA




10 comments:

Iha Zaliza said... Reply To This Comment

tiba2 air liur menitis depan netbook.. padahal baru je lepas dinner, alahai sedapnya martabak dia.. =9

Puteri Hana said... Reply To This Comment

dah lama dah x buat bende alah ni..eh,,tapi bukan saya buat,,mak..hehe..saya makan je..hii

Nana Liena said... Reply To This Comment

kita pernah cuba buat..jadi la juga..tapi kering la..huhuh..minyak tak cukup kot..hehe..

CiK Bella said... Reply To This Comment

Bahaya tu kalau sampai tahap tu.
Kena buat sekarang juga la ni ;)

CiK Bella said... Reply To This Comment

Haha, tu sudah mmg kewajipan kita tuk makan. Hehe

CiK Bella said... Reply To This Comment

Tapi, lau trlampau banyak minyak pun xsedap. Maybe trlebih masak kot :)

CikAinaa said... Reply To This Comment

perghhhhhhhhhhhh. ada chef lah :) masak cpt utk aku :P

eimah siti said... Reply To This Comment

wahhh...thanks for sharing..kena try ni ^^

CiK Bella said... Reply To This Comment

Alaaaa, tak pandailah :p

CiK Bella said... Reply To This Comment

sama-sama :)
Try lah, senang dan simple :)