Assalammualaikum dan Morning kawan-kawan !
Teehee ! :)
Cuaca kat bilik Bella sekarang ni sungguh sejuk. Angin bertiup kencang tadi sehingga tingkap yang bertutup boleh terbuka. Ceh! skema bebenor ayat Dr Bella ni. Semalam Doktor Bella yang tak bertauliah ni telah bercakap soal Cinta. Siapa yang belum baca, boleh baca kat #1 TENTANG CINTA. Alhamdulillah, sekarang dah Part 2. Maaflah sebab Entry Bersiri Bella ni tak tentu masanya. Hehe, Tapi, jangan risau sebab tak perlu nak rekod cam drama Bersiri kat TV lau kita tak sempat nak tengok.
Orite! Tajuk kali ni lebih seronok. Teehee ! Salahkah kita Bercinta ? Korang rasa cam mana ? Before tu Bella nak tegaskan yang ni dalam Skop Cinta antara Manusia. Lelaki dan Perempuan. Kalau sejantina.......Itu memang terang-terang lagi bersuluh dengan sportlight salah!
Sekarang ni semuanya penuh dengan Cinta. Drama atau Filem genre Perang pun ada Cinta. Iklan kat TV tentang Perfume dan Shampoo juga ada pasal Cinta. MP3 kita semua tak payah cakaplah. Hampir semua lagu Cinta. Lagu korea ? Lagu Korea tak sah tanpa perkataan 'Sarang'. Hehe. Bella sendiri minat lagu Korea. Teehee ! :)
Before ni Bella ada cakap sedikit pasal Mabuk Cinta dekat Part 1. Kadang-kadang kita boleh tinggalkan Keluarga kerana Cinta kan ? Malah ada sanggup bertukar Agama demi Cinta. Sini ada Pantun Melayu pasal Mabuk Cinta :
"Nasi Lemak buah bidara,
Sayang selasih Hamba lurutkan,
Buang Emak buang Saudara,
Kerana kasih Hamba turutkan"
Bijak pandai pernah mengingatkan :
"Jangan dibawa berbincang 3 Golongan manusia,
pertama yang SEDANG LAPAR,
kedua yang SEDANG SAKIT,
dan ketiga orang yang sedang MABUK CINTA"
Sebabnya, orang yang lapar hanya memikirkan perutnya yang berbunyi 'kruk-kruk'. Orang sakit sedang menanggung kesakitan yang ditanggung. Orang yang mabuk Cinta pula hanya memikirkan orang yang dicintainya.
Kita sering tertanya-tanya, salahkah bercinta ? Jawapannya simple saja. Tidak Salah! Bercinta merupakan Fitrah Tabii yang dikurniakan Tuhan. Jiwa kita memerlukan Cinta sepertilah kita memerlukan makanan. Cuma, Cinta merupakan makanan Jiwa. Jika salah, Mengapa Tuhan mengurniakan rasa Cinta ? Pasti ada maksud dan tujuan.
Tapi, kita harus ingat! Setiap benda ada peraturan. Begitu juga Cinta :) Tuhan telah mencipta Peraturan khas untuk Cinta. Kenapa Tuhan ciptakan Peraturan Cinta ini ? Sebab Tuhan sayangkan Hambanya. Jika Cinta tanpa peraturan, banyaklah kesan-kesan yang Negatif berlaku untuk Jangka panjang. Mungkin Kesan positif still ada tapi hanya untuk Jangka pendek. Cinta tanpa peraturan merupakan Cinta Terlarang.
"Seteguk kita minum dari kendi Cinta Terlarang,
racunnya akan meresap membunuh
akal, jiwa dan perasaan"
Bella juga pernah Bercinta. Siapa tak pernah Bercinta kan ? Maybe tak Couple, tapi lumrah kita jatuh hati kepada seseorang itu. Itu merupakan Fitrah manusia. Tapi, Cinta mempunyai Peraturan. Apa peraturan Cinta ? Tunggu Part 3 dari Bella :)
Cintailah sesuatu itu sekadar saja.
Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.
Bencilah yang engkau bbenci itu sekadar saja.
Berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.
14 comments:
jom join
http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/04/mini-mini-segmen-by-muhd-zuhri.html
berpada-pada dalam bercinta. yalah. hehe
cinta seseorang itu kerana ALLAH.. maka ALLAH juga akan jaga cinta kita itu :)
Thanx Yana :)
Tula pasal, semua benda pun kita kena berhati-2 kan :)
Betul tu Achik ! Sokong 100% :)
ayat "teehee" tu rasa cam biasa kuar hehehe..
Salahkan bercinta? sebenarnya lagi salah kalau tak bercinta..
simple tp dalam maksudnya..btl tak dr.Cinta?
huuuu. betul tu.. jgn TERlalu menyayangi seseorang, kelak mesti frust menonggeng bila dia dah xde. :) cinta tu lumrah. tp manusia ni suka sangat kotori cinta sampai kita pun anggap cinta tu kotor.. ye dak? teheee~ :P
pengaruh higaniga, vlogger jepun :)
Haha, kalau tak ada perasaan cinta tu pun bahaya gak kan . hehe
Teehee!
betul juga tu. kena pandai kawal juga tahap cinta tu.
tapi, kdg-2 susah gak nak kawal.
betul tu, fikiran kita pun kenalah terbuka kan.
janganlah sempitkan fikiran tapi jgn terlampau luas juga. hehehe
Teehee :p
ops...betul tu ;)
salam,,, nice post sobat kita bisa merasa tuh gimana rasanya jatuh cinta :)
Sama-2 kawan :)
Nanti bacalah Part lain kalau ada kelapangan :)
Tettt!
Post a Comment