Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#4 CINTA vs cinta


Assalammualaikum dan Petang semua :)

Korang perasan tak dah lama Bella tak update apa-apa entry pun. Dah nak dekat seminggu kot. Maybe dah lebih seminggu. Tak tau la. Sebabnya, banyak Test yang mendatang ni. Sampai tak da masa pun nak tekan Button On kat Laptop. Ececeh! Sebenarnya, 2 Hari lepas Bella ada update entry cuma tak publish lagi. Sebabnya, ada problem confius bius kat entry tu. Jadi, Bella tak nak publish la.

Hari ni kita continue ngan Part 4. Sebenarnya, Part 4 pasal couple tapi Bella tak dapat nak publish. Sory k :( 

Semua orang dah tau kan perasaan cinta ni lumrah setiap manusia. Percaya tak yang ada orang masuk Syurga kerana cintanya yang suci tu ? Tapi, ramai juga yang masuk Neraka  sebab cinta mereka yang ... Apa-apa ja la kan nak describe cinta mereka tu. Tapi macam mana semua tu ?


Cinta ni datang dari 2 sumber utama. Satu, dari nafsu kita yang membuak-buak tu. 1 lagi dari ALLAH. Cuba fikir Cinta datang dari Allah tu macam mana ? Luaskan pemikiran ada ya :) Cinta yang datang dari nafsu tu equal to Cheaper Love (Cinta Murahan). Cheap Love ni bersifat sementara, Expensive Love (Cinta dari ALLAH) pula akan kekal.

"Cinta itulah yang dialirkan kepada ALLAH dalam hati. 
Cinta muncul dari dalam ke luar, bukan dari luar ke dalam.
Cinta bukan dari mata turun ke hati"

Cinta ni dari hati akan terus mengalir ke seluruh anggota. Cinta juga bukan diukur dengan jari tapi diukur dengan mata hati. Cinta itu datang daripada ALLAH dan diberikan kepada kita sebagai bekalan untuk mendapat kecintaan ALLAH. Jika kita tidak cintakan ALLAH, means kita kurang kenal ALLAH. Tak kenal maka tak cinta kan.

Bagaimana semua cinta kita kepada manusia itu kembali semula kepada ALLAH ?

Cinta kepada kesempurnaan dan kekekalan diri


Semua orang pun cintakan diri kita yang special ni kan. Semua rasa diri sendiri tu sempurna kan. Teehee! Even kita cinta orang lain pun, semua tu still akan kembali kepada diri sendiri. Cinta between two lovers, sebab nikmat bercinta yang dia rasa tu. Cinta ibu kepada anak, sebab dia nak kelangsungan keturunan oleh dirinya. Kita kena ingat yang segala kesempurnaan kita tu datang dari ALLAH. 

Cinta ALLAH ialah cinta paling suci kerana ALLAH tidak menginginkan sebarang manfaat daripada hambaNYA. 
Jadi, cinta itulah yang benar-benar suci.
Semuanya kerana Cinta ALLAH kepada Hamba-hambaNYA.

Cinta kepada sesiapa yang berbudi

Kita pasti akan jatuh cinta dengan seseorang yang berbudi pada kita. Contohnya, pemberi wang,nasihat dan sokongan. Cuba tanya diri kita balik. Dari mana harta si pemberi harta tu dapat? Dari Tenaga dia berusaha la kan. Dari mana pula datang tenaga si pemberi harta tu ? Mestilah datang dari ALLAH. Siapa pula yang mendorong hatinya untuk membuat budi tu ? Dari ALLAH juga :) Orang yang berbudi hanyalah perantaraan kita dengan ALLAH. Cintailah Dia kerana Dia adalah sumber segala budi.

Tuhan adalah sumber utama budi pada semua yang budiman.
Jika kita menganggap manusia sendiri yang berbudi, maka kita sebenarnya telah terlindung dari melihat hakikat

Cinta kepada sesuatu yang indah


Cinta kepada keindahan ni ada dua. First, yang kita boleh lihat,rasa,sentuh,hidu,dengar. Kedua, cinta yang hanya dapat dijangkau dengan hati. Cinta yang first tu adalah cinta kelas bawah. yang second tu, cinta kelas atas. Cinta kelas atas ni dapat lihat pemberian nikmat disebalik nikmat yang dia dapat. Siapa yang sebenarnya pemberi nikmat disebalik nikmat yang kita dapat? Jawapannya tetap ALLAH :)

Kalau kita faham apa sebenarnya meaning yang kita tak nampak dengan mata kasar hati cinta yang kita ada sekarang, itulah dia "CINTA". cinta yang kita hanya dapat rasa dengan mata kasal hati tulah "cinta". Itulah perbezaannya :)

"Selalunya seorang hamba mendekatkan diri kepadaKU dengan amalan-amalan sunat, sehingga dia telah KUcintai.
AKUlah yang menjadi telinga untuknya mendengar, matanya untuk melihat dan lidahnya untuk berkata"

Teehee! Next Part untuk Entry Cinta ni adalah pasal Cinta tanpa Perantara ? Apa tu ? Tunggu ! :)

Adios Amigos
Teehee!



8 comments:

Aminin said... Reply To This Comment

wah hebat betul la doktor cinta nie... banyak betul definasi tentang cinta.. dalam 1 tajuk dah dapat olah pelbagai... awesom nice Am suka entri ni..

Maksud Gwiyomi Dan Penyanyi Asal Lirik Lagu Gwiyomi
Tips Cinta: Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros

fardiyah said... Reply To This Comment

complicated jugak cinta ni...hew3

CikAinaa said... Reply To This Comment

Cintai Allah itu lah yang terbaik :)

CiK Bella said... Reply To This Comment

Thanx Am setia ngan Post Berepisod Bella ni. Hoho

CiK Bella said... Reply To This Comment

Tula, dah macam maths equation , hehe

CiK Bella said... Reply To This Comment

Tula CINTA, bukan cinta :)

Lynn Munir said... Reply To This Comment

Bila berlakunya pertembungan di situlah datangnya complicated.
Tapi cinta pada Allah tak pernah complicated pun :-)

CiK Bella said... Reply To This Comment

Haha, betul tu. cinta Ilahi xakan complicated :)