Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hidup Seorang Gadis Mualaf

Assalammualaikum semua, dah makan ke belum ni ?
Jangan lupa makan malam awal. Seelok-eloknya before masuk Maghrib tapi ramai ja makan lepas Maghrib, makan tengah malam kan. Hehe Bella pun selalu juga. Kita try ubah slow-slow k.

Malam ni Bella nak cerita satu kisah.


Ada seorang gadis yang masih menuntut di alah persekolahan menengah. Gadis tu merupakan seorang penganut Kristian (Seventh Day Adentist). Family dia pun memang kuat pada agama yang mereka anuti. Tapi, si Gadis ni lebih senang berkawan dengan wanita-wanita Islam even dia ni seorang student Cina. Bagi dia, Gadis Islam lebih lemah lembut dan baik. Sekarang ni still ada juga perempuan yang tak beradab dan semua tu bergantung pada keperibadian masing-masing. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut.

 

Si Gadis ni tertarik dengan Agama Islam. Dia selalu meminta kawan-kawannya untuk menceritakan serba sedikit tentang Agama Islam dan juga kisah Nabi Muhammad SAW. Bila rakannya bercerita tentang Islam, dia terus berasa sangat teruja untuk mendengarnya. Dia selalu rasa bingung tentang Kristian kerana baginya, "Mengapa dia perlu sembah patung-patung yang kononnya adalah Jesus sedangkan manusia sendiri yang membuat patung tersebut? Adakah manusia yang membuat Tuhan ?" . "Kenapa perlu ada terlalu banyak kitab-kitab Injil yang kami perlu rujuk sehinggakaan manusia sendiri boleh mengubah isi didalamnya seperti buku-buku pelajaran yang mempunyai pelbagai edisi ?"

Oleh sebab tu, dia rajin ke kedai buku untuk membeli buku-buku mengenai Islam. Dia juga selalu mencari artikel-artikel dan video perdebatan mengenai Agama Islam dan Kristian di Internet. Sebelum tiba Hari Jadinya, kawan baik gadis tersebut bertanya. Hadiah apa yang dia mahukan ? Dia menjawab sebuah 'Tafsir Al-Quran'. Dia sangat berharap untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam kitab tersebut.   Kawannya terus menghadiahkan tafsir Al-Quran sebelum tiba Hari Jadinya lagi.

Alhamdulillah, dia telah melafaz kalimah Syahadah dengan pertolongan kawan-kawannya di sekolah selepas beberapa hari membaca tafsir Al-Quran tesebut. Sejak itu, dia meminta kawannya untuk mengajar dia solat. Kawannya menghadiahkannya lagi sepasang telekung dan sejadah. Setiap hari dia akan menunaikan solat di rumah tanpa pengetahuan orang tuanya. Selepas saja menunaikan solat, dia akan menyimpan telekung dan sejadah di tempat tersembunyi. 

Selama 2 Tahun dia bergelar seorang Muslimah. Hatinya mula terdetik untuk berdakwah kepada keluarganya yang terdekat tapi dia masih belum kuat untuk berterus terang. Dia takut. Tambahan pula, keluarganya terlalu kuat pada agama. Sebelum dia sempat untuk berterus terang, ibunya ternampak sejadah di biliknya. Ibunya terus bertanya. Dia menjawab dengan jujur dan mengaku dia telah menganut Agama Islam. Ibunya terus menengking gadis itu. Dia tetap menceritakan keindahan dan ketenangan yang dia rasakan selepas menganut Agama Islam. Ibunya tidak dapat mengawal perasaan marah dan terus memukul anaknya. Gadis itu mula menjatuhkan air mata kerana selama dia hidup, tidak pernah ibunya memukul dirinya. Ibunya terus menghalau Si Gadis. 
 

Si Gadis tidak punya pilihan lain selain daripada meninggalkan rumah itu. Dia keluar dari rumah itu. Selepas itu, dia menetap dia rumah anak-anak yatim atau Baitulmal bersama-sama anak-anak yang lain. Di sana, dia diajar pelbagai ilmu termasuklah membaca Al-Quran. Dia selalu juga mengikuti aktiviti sukarela. 

Even dia berasa bahagia tinggal bersama dengan anak-anak yang lain di Baitulmal, di hati masih teringat akan Ibu yang menahan kesakitan melahirkannya, kepada Ayah yang telah bersusah payah mencari rezeki kerana hidup mereka yang susah dan adik-beradiknya yang ramai (7 orang). Hidup dia di Baitulmal sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan. Dia dapat makan makanan yang enak secara percuma. Bagaimana hidup keluarganya sekarang? Kadang-kadang dia melihat rumahnya dari jauh. Setiap kali dia melihat rumahnya, setiap kali itu jugalah air matanya mengalir. Dia mula teringat kenangan-kenangan dia bersama keluarganya. Alangkah indahnya jika dia dapat tinggal di rumah itu lagi walaupun tidak semewah orang lain. Kebahagian tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Alangkah indahnya jika keluarganya terbuka pintu hidayah untuk memeluk Islam. Dia bertekad lagi untuk cuba berdakwah kepada keluarganya suatu hari nanti.

Sebelum sempat dia menunaikan niat untuk berdakwah, dia menerima panggilan dari adik perempuannya. Adiknya memaklumkan bahawa ibunya telah meninggal. Dia sangat terkejut. Dia tidak mampu lagi menahan air matanya dari terus mengalir. Bukan kerana ibunya telah tiada tapi kerana dia belum sempat untuk berdakwah dan ibunya telah meninggal dalam keadaan 'Kafir'. Dia gagahkan diri juga untuk pergi ke upacara pengebumian ibunya even ibunya dikebumikan mengikut cara orang Kristian.


Selepas beberapa hari, dia berdakwah kepada ayahnya. Alhamdulillah ayahnya telah menerima dan memeluk Agama Islam. Adik-beradiknya juga telah mengikut menganut agama Islam. Dia kini telah berkahwin dengan seorang lelaki Muslim yang berilmu dan mampu untuk membimbing dirinya serta keluarga.

Kita seharusnya bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai seorang Islam. Cuba bayangkan ibu kita meninggal dalam keadaan Kafir ? Apa yang kita mampu lakukan lagi jika itu berlaku ? Kita tidak dapat melakukan apa-apa lagi selain berdoa. Ingatlah! semua yang berlaku adalah yang terbaik dan pasti ada hikmahnya. InsyaALLAH. 





12 comments:

FarhanahAdzlan said... Reply To This Comment

takut juga bila memikirkan kita mati sbgai kafir ataupun Islam tapi kita kufur dngan nikmat Allah masa didunia.
Moga2 kita dijauhkan semua yg buruk2 belaka :)

Ujud Al-ikhwan said... Reply To This Comment

Kita dilahirkan pada dasarnya adalah pemeluk Islam. Hanya parents yang bikin kita memeluk agama selain Islam. Nice share ukhti. Salam ukhuwah.

Unknown said... Reply To This Comment

Thanx dah jemput ^^

Unknown said... Reply To This Comment

Amin, InsyaALLAH kita bukan dalam golongan tersebut.
memang takut. kita hanya mampu cuba untuk berubah dan selalu berdoa :)

Unknown said... Reply To This Comment

Tula, kadang-2 Bella terfikir bayi yang baru lahir tidak mahu pun memilih untuk lahir dalam keadaan itu. Tapi, parents juga tak boleh disalahkan sepenuhnya sebab dorang follow dan caya agama yang dianuti nenek moyang dorang juga.
tula, hidup kena sentiasa mengkaji kan :)

CikAinaa said... Reply To This Comment

Sedih.. :( sebab walau macam mana si anak tu lakukan untuk mak dia, mak dia still kafir.. Subhanallah.. Bagus post ni. Teruskan perjuangan :)

Unknown said... Reply To This Comment

=) nice story...

Unknown said... Reply To This Comment

Tiba-2 teringat kisah Brother Syah.
Tula post pasal story ni
Thanx Ainaa :)

Pesta ulang tahun said... Reply To This Comment

cerita yg sangaat menyentuh :')

Unknown said... Reply To This Comment

ya, :')

iha said... Reply To This Comment

Sayu je baca.. ya iha bersyukur sebab lahir2 je dah peluk agama Islam, bila banyak baca kisah mualaf2 ni memang kita akan rasa malu dengan mereka kan Bella..

Unknown said... Reply To This Comment

Agak la, sebab bila seseorang mualaf tu masuk Islam dengan ikhlas, bermakna dia betul-2 nak dalami Islam. Tu yang kekadang dorang lebih kuat dengan Islam . kita yang memang dah Islam ni pula selalu lalai :(