Assalammualaikum dan selamat petang.
Korang sihat dok ni ?
Musim ni banyak lecturer yang tak da. Kami pun duk senang-lenang sebab tak perlu pergi kelas. Konfem last-last semester nanti banyak kelas ganti. Bersedialah. hehe
Masa dok rehat-rehat kat bilik tadi, pinjam buku kawan jap. Sebab otak dah tepu nak terima buku pelajaran. So, Bella pun pinjam 1 buku ni, Nama buku tu '40 HADIS PENAWAR HATI'. Ada maca-macam hadis kat dalam tu. So, Bella nak share 1 Hadis ni. Sharing Is Caring kan. Tapi, Bella direct bagi meaning dalam Bahasa Melayu la kan. Mudah cket.
Daripada Abu Barzah Nadhlah Bin 'Ubaid al-Aslami radhiallahu anhu berkata : Bersabda Rasulullah SAW. : "Belum berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba (di hadapan Allah SWT. pada hari Qiamat), sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya)".
Soalan-soalan yang ada pada hadis tu agak sukar untuk dijawab tapi yang pastinya soalan itu akan terjawab dengan jawapan yang benar. Pada masa itu, tidak ada seorang pun dari kita yang berani untuk bercakap bohong dihadapan Allah SWT. Jika mulut cuba menipu, maka Allah SWT akan menguncinya dan mempersilakan anggota badan yang lain untuk menjawab. Anggota badan sepert tangan dan kaki akan mengakui segala perbuatan yang pernah kita lakukan masa di dunia ni.
"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu telah mereka lakukan".
Surah Yasin : Ayat 65
So, berhati-hatilah dengan segala amalan yang kita lakukan di dunia pada masa sekarang. Masih belum terlambat untuk kita kembali ke jalan yang benar sekiranya kita telah melakukan pelbagai kejahatan di dunia. Tak salah kita try ubah pelan-pelan dan istiqamah dari ubah drastik tapi tak istiqamah. ^^
15 comments:
Perkongsian yang berguna :)
Jaga amalan dan perbuatan kita seharian ...
Thanx ^^
Thanx ^^
InsyaALLAH ^^
Umur, Ilmu, Harta, dan Tubuh badan :) nice share ukhti ... Semoga kita bisa memeliharanya dengan sebaik lagi :) InsyaALLAH.
Thanx sebab dah selalu baca entry dari Bella ^^
Amboiii asam boi,
Kmain lagi kau bella. HAHAHA :p
Terbaik pungpangpungpang (^_____________^)V
tq gud sharing..
smoga dpt jd panduan n teladan.!
haha, saya berusaha la ni.
jgn la panggil Bella, cam peliks pula :p
sama-2
insyaALLAH ^^
Thanks for sharing bella.
Sama-2
No hal punya ^^
perkongsian yg baik utk kita semua:)
Terima kasih ^^
semoga kita dirahmati Allah... =)
InsyaALLAH, Amin :)
Post a Comment