Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesta Pelik Manusia


Assalammualaikum semua. Jawab jangan tak jawab. 
Awak! Awak! ye, Awaklah. yang tengah baca entry ni. Senyum cket. Baru nampak lebih cantik dan handsome. hehe.

Hari ni Bella terbaca news yang Bella rasa menarik kat Kosmo! Online. Maybe ramai yang dah tau dan maybe ramai juga yang tak pernah dan tak nak ambil tau. Dunia ni luas. Macam-macam pesta yang diraikan oleh manusia di dunia ni. Pesta di Malaysia pun Bella belum khatam. Hehe. 

Sepanyol


Kat atas tu pesta yang diamalkan oleh sebahagian masyarakat Sepanyol yang tinggal di Castrillo. Pesta ni dianamakan Baby Jumping. Seorang lelaki yang berpakaian pelik ala-ala syaitan akan melompat di atas 4 hingga 5 orang baby yang baru lahir bagi memastikan baby tu sihat dan terpelihara dari semangat jahat. Lau nak tengok lebih jelas, boleh click VIDEO.


United Kingdom

Yang ni pun pelik. ni lebih kepada pertandingan yang disebut sebagai Cheese Rolling. Peserta yang ikut akan cuba menangkap keju berbentuk roda yang dilepaskan di atas bukit yang penuh dengan rumput dan macam. Dengar macam senang tapi susah tau sebab keju tu boleh bergerak 70km/jam. Even ramai yang cedera sampai patah tulang itu dan ini, masih ada lagi orang yang mau ikut pesta ni. Lau nak tengok secara real, click Video


Sepanyol

Yang ini pun dari Sepanyol. Amalan orang sepanyol memang pelik-pelik kan. Nama pesta ni Latomatino or Pesta Tomato. Dirayakan di Bunol yang memang famous dengan Tomato. Syarat nak ikut pesta ni ialah mesti menghancurkan dulu tomato tu before nak baling kat orang lain.


Korea Selatan

Ni pesta di korea selatan. HA! siapa yang minat k-pop tu. Nama pesta ni ialah Perayaan Lumpur Boryeong. Pesta ni famous dan kononnya lumpur dari Pantai Dacheon kaya dengan mineral dan boleh rawat penyakit kulit. Siapa nak cantikkan kulit bolehlah persi korea dan join pesta ni. hehe


Turki

Yang ni pun pelik juga. Selalunya manusia yang bergusti. Ni kali Unta. Pertandingan Gusti Unta ni sangat famous. Ramai pelancong pun nak tengok. Video boleh tengok sini


USA, Hong kong, Finland, Eropah

Ni pertandingan bukan alang-alang. International. Dalam Wife Carry World Championship, si suami kena angkat si isteri tak kira macam mana sekalipun untuk menempuh pelbagai halangan. Manalah tau lepas pertandingan ni, Cinta mereka makin kuat. Hehe, Jangan pula makin tutttt.


Thailand

Masa ni, Monyet akan dilayan seperti raja. Monkey Buffet Festival di Thailand diadakan kerana mereka percaya Monyet-monyet tersebut akan membawa tuah dan rezeki. Konfem monyet-monyet di Thailand tunggu Festival ni. Mari tengok ribuan monyet makan di sini

Thailand

Yang ni tak pelik sangat kot sebab Bella pernah nampak kat Movie Thailand. Masa Pesta Air ni, dorang boleh simbah ja air kat siapa-siapa yang dorang jumpa. OOooopS! Jangan marah lau terkena.





8 comments:

Ayue Rejaluddin said... Reply To This Comment

Negara luar memang banyak pesta pelik2...
Yang pelik nya, ramai pulak yang join.....
Hehehhehe...

Cik Aida™ said... Reply To This Comment

Pesta pelik manusia ?
Huh. Memang pelik. -.-''

Unknown said... Reply To This Comment

Tula, even bnda yg mnyakitkan pun dorang masih lg nak join

Unknown said... Reply To This Comment

Pelik tapi benar kan. Hehe

cik husna said... Reply To This Comment

memang pelik negara-negara asing ni :)

Unknown said... Reply To This Comment

Betul tu. Nak kata unik, tak tau la .. Hehe

Unknown said... Reply To This Comment

rasanya kalau mandi tomato & lumpur tu mmg nak join..bagus utk kulit what..ahaha

Unknown said... Reply To This Comment

Ada juga bella baca kat majalah yg lumpur bagus tuk kulit tapi kena pandai pilih lumpur. Jgn pula ambil lumpur kat tepi jln kaan.. Hee,