Assalammualaikum dan Salam senja semuanya.
Before tu, Bella nak tanya. Korang sihat hari ni ? Even korang sakit demam OR batuk OR pening-pening lalat ke, ucap Alhamdulillah sebab korang masih lagi bernafas di dunia ni.
Hari ni Bella nak bagi motivation untuk kita semua. OOOoopss! Bella bukan Pakar Motivasi macam Datuk Fazley Or Ustaz Fadzilah Kamsah. Bella cumalah Bella. Hehe, Kita tak payah susah-susah nak jadi orang lain kan. Jadi diri sendiri lebih baik kerana dirimu lebih berharga. Hehe,
Ok! Macam mana korang hari ni ? Ada apa-apa problem Or No problemo ? Kalau No problem, Alhamdulillah! Bagi yang ada problem, mesti korang asyik dok mengeluh dan bertanya, Kenapa macam tu, kenapa macam ni? STOP! Dah! Jangan Mengeluh.
Kita ni hidup penuh dengan kelemahan. Nobody Perfect kan. Tula reason yang paling utama kenapa kita sering diuji dengan pelbagai problem. In short, Tuhan mau kita perbaiki kelemahan kita. Tula, kita diberi ujian macam-macam.Inilah latihan supaya kita dapat bina kembali kekuatan dan perbaiki kelemahan kita tu semula.
Orang yang lemah dalam Biology, Tuhan akan terus menguji kita ikut kelemahan tersebut. Tula kita dok fail Biology even dah berusaha. Kenapa ? Supaya kita akan terus dan terus cuba lagi. Perlulah diiringi dengan doa kan? Doa seseorang pasti akan termakbul cuma cepat atau lambat ja.
Pelbagai ujian yang manusia alami seperti dalam bentuk harta, hubungan antara manusia sendiri dan maksiat. Kenapa kita diuji berkali-kali ?
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
- Hadis Riwayat al-Bukhari
Sekiranya kita diuji dengan kemiskinan, bersabarlah dan terus berusaha untuk mencari rezeki. Sekiranya kita terus bertaqwa even dalam keadaan yang susah, percayalah pintu Syurga terbuka luas untuk kita. Masa tu, kita berada di dunia yang kekal abadi dan tiada lagi kemiskinan.
"Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...."
- Hadis Riwayat Muttafaqun'alaih
Sekiranya kita diuji dengan hubungan sesama manusia sendiri seperti hubungan kawan, Family, suami isteri atau anak-anak, bersabarlah kerana Tuhan hendak menguji kesabaran kita. Cubalah untuk berdamai dan saling memaafi. Hidup kita tidak akan tenang jika hubungan kita dengan orang tidak baik. Bella sendiri rasa macam tu. Betul!
"... dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
- Surah al-Furqan ayat 20
Sekiranya kita diuji dengan melakukan maksiat, cepat-cepatlah bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita semua. Jangan kita lambatkan taubat kita sebab kita sendiri tak tau bila kita akan kembali kepadaNYA.
" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allahmengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani " - Surah al Zumar ayat 53
Bella harap bila kita dikurniakan dengan pelbagai masalah sebesar mana pun, ingatlah tu adalah tanda supaya kita dapat perbaiki kelemahan kita dan teruslah bersabar. Ada lagi orang di luar sana yang mempunyai masalah jauh lebih berat dari kita.
9 comments:
kak nis lebih suka berkongsi cerita kelakar dr tulis bende2 berbentukkeluhan.. org lain pon ada masalah.. sekurang2nya.. kita boleh buat org tersenyum.. selamat bercuti bella
Betul, setuju. tapi kadang-kadang kita sendiri pun xsedar lau kita mngeluh kan.
tu yang best tuh. Blh juga org yg ada problem tu terhibur kejap kan kak :)
thanx akak ! :)
betul tu, totally agree, apa apa pun kena bersabar, lumrah kalau ada masalah dalam hidup, Allah nak uji, orang yg bersabar banyak ganjarannya :)
Baca entry ni di pagi hari terus rasa bermotivasi... Hehehe.. Tq :)
Dgn ingat ja. Semua ada hikmahnya kan :)
Baguslah kalau mcm tu.
Most welcome :)
Bagus sangat entri ni. Paling suka dengan ayat ni "Ada lagi orang di luar sana yang mempunyai masalah jauh lebih berat dari kita."
Terima kasih sudi berkunjung ke blog akak. Done follow blog Bella yang cute ni :)
Terima kasih kak.
Betul! lau kita ingat gtu, kita akan termotivate juga even ayat tu macam remeh.
Nanti Bella terjah akak ya :)
Post a Comment