Assalammualaikum dan Selamat Tengah Hari. Bella baru lepas makan tadi. Setelah sekian lama tak makan kat sini, akhirnya merasa lagi makanan di cafe kat tempat Bella study. Cuti tak lama mana pun.
Semua orang mesti dah kenal dengan Angkasawan Negara kita, Sheikh Muszaphar. Alhamdulillah, rezeki mereka sungguh murah selepas dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan pada 19 Januari yang lalu kira-kira jam 7.53 malam. Cahaya mata yang kedua diberi nama lebih kurang dengan yang pertama iaitu Sophea Natasha. Bella suka sangat dengan nama tu terutama yang ada dua perkataan. Lau korang nak tau, anak sulung mereka diberi nama Sophea IsaBELLA. hehe, Bella-bella juga
Bella nak share apa yang Bella baca kat Blog Dr. Halina . Dr ada cakap tentang petua orang tua-tua. Tali pusat adik-beradik perlu disimpan supaya mereka tak bergaduh nanti. Bella tak tau la betul ke tak tapi bakal-bakal Mummy kat luar sana cubalah guna cara ni. Mana tau berkesan gitu kan.
Semua gambar ni credit Dr Halina
Ni c kakak Sophea Isabella
InsyaALLAH ada pula yang ketiga kan. Kalau perempuan tentulah bermula dengan Sophea. Agak-agaknya kalau dikurniakan anak lelaki, apa nama baby lelaki Sheikh Muszaphar dengan Dr Halina ya ?
10 comments:
comelnya anak-anak dia :D
comelnyee babyy ^^
comelnya..
Memang comel anak-anak dia :D
Tambah lagi mak bapa dia cantik hensem :3
Betul tu CT :D
haah. mak aku buat camtu. satukan tali pusat adik beradik tp stilll gaduh-2. :p kekekeke
First time kot saya dengar petua macam tu.
btw, experiment gagal :P
muka anak doc mcm ank patung. perrgghh
Tula, comel betul ><
Post a Comment