Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wanita Hidup Semula Selepas 3 Dekad


Assalammualaikum dan Morning ^^

Baca tajuk dah seram? Cam mana nak baca entri ni? Hehe, Ketawa jahat. Di London, seorang kawan terkejut apabila rakannya yang dipercayai telah meninggal menelefonnya mengajak dia keluar selepas 3 Dekad. Rakannya yang dipercayai telah meninggal 3 Dekad yang lalu bernama Christine Greenslade.

Foto
Christine duduk dua dari kiri

Christine lebih terkejut apabila rakan-rakannya menyangka dia telah meninggal. Hakikatnya, Christine masih hidup dan itu bukan rohnya. Dia menyedari bahawa satu akhbar tempatan telah tersilap meletak namanya sebagai orang yang telah meninggal pada tahun 1980 dulu. Sebenarnya, ibunya, Pamela yang meninggal ketika itu. Nama mereka telah tertukar di dalam akhbar tersebut.

"Christine Greenslade menghembuskan nafas terakhir, meninggalkan tiga anak dan seorang suami"

Akhbar mingguan The Cornishman yang tersilap meletak nama ibunya sebagai nama Christine

Christine yang telah berusia 66 Tahun tidak menyedari kesilapan nama di akhbar tersebut dan telah berpindah ke tempat lain tanpa memberitahu rakan-rakannya.

Bahaya juga kan kalau dah silap letak nama ni. Benda yang orang ingat Fakta tu sebenarnya salah. Semalam sempat juga makan Chicken Chop kat Hutan Bardar. Ramai Gila orang sampai takda tempat duduk. Ramai orang dok berdiri tunggu meja kosong. Ada juga yang kibar bendera putih angkat kaki pergi ke tempat lain. Alhamdulillah, kami dapat gak makan selepas 1 Jam lebih tunggu. 




2 comments:

CikAinaa said... Reply To This Comment

untunglah makan chicken chop!!!!!! hahaha

Unknown said... Reply To This Comment

Tu yang ko fokus kan :p
Jelez la tu . hehehe