Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jalan+Makan+Wayang Sebelum Mengundi


Assalammualaikum dan Hello Readers! :)
Teehee!

Semua da mengundi ke ni ? Ada tak yang tak mengundi lagi ? Hehe, tak sabo nak tunggu keputusan malam ni. Sunyi sepi ja kolej sekarang ni. Dah rasa macam cuti Final. Tak da orang, tak da cafe. Lift yang selalunya penuh ngan makanan pun dah tak da. Hehe,

Entry kali ni akan Bella kurangkan ayat dan banyakkan gambar! hehe, Tetiba malas pula nak menaip panjang meleret-leret :p Teehee!

Destinasi pertama, nak borong kain tuk raya Tahun ni


Happy Hour, Promotion, Cabutan Bertuah.


Destinasi kedua. Motif utama : Wayang+Makan


Beli ticket dulu even perut dah berbunyi.
Takut habis ticket tu. 
Baris selama 20 Minit. Panjang giler -,-''


Nak beli Iron Man 3, terbeli pula yang ni sebab timing tak kena tuk Iron Man 3


Mahal juga Citer ni. RM13. selalu max. pun RM10
Harapan, ceriter ni OMG
Oh menarik Giler ! :p


Pusing-pusing, singgah kat sini sebab dah tak tahan lapar. 
Dah makan roti canai pagi tu, tapi still lapar :p

Mana ayam ni ? Lambat sampai...
Gambar jap :p


Bila nasi+Ayam dah sampai, tak direct makan. Gambar dulu :p
Trip makan Carrot, padahal tak makan pun :p



Berusaha gigih ni nak makan.
Usaha tangga kejayaan.
Muka happy dapat makan :p

Bila perut dah full, rasa ngantuk pula kan. Dah siap solat semua, Now Show time ! Teehee! Tengok lah ni Mencari Cinta. Bolehlah cerita ni tapi lawak gak la. Rasanya, best lagi tengok Iron Man 3 kot :p


Yang ni sedap. Lama kita orang dok usha kedai ni. 
Bukan usha dari jauh, usha dari dekat. 



Ice cream dia ada rasa yogurt cket-cket.
Kalau yang ni mix Strawbery+Chocolate Cake+Chocolate.
Dia gaul Ice cream tu cam selalu kat drama-drama korea Live-live depan kita orang.
Yang gambar kecil tu, kita orang hancurkan Cone besar dia tu. 
Lagi Ummmmph!

Tengok ni. Cantik kan ?
Beli gelang ni murah je.
RM5.90 boleh dapat 6.
Ngam-ngam gelang Bella baru putus, belilah baru :3

Dah habis pusing satu CS, kita orang jalan ke Stulang Laut. First time pergi sana. Niatnya, nak makan kat kat Restoran Sayam. Tapi tak jumpa pula. Dari sana, boleh nampak Singapore. Dok cari-cari Restoran tu, sampai la nampak signboad pemeriksaan Kastam. Tem tu kawan Bella panic dah. Takut kena tahan kastam ke sebab tak da passport. Haha. Kita orang pun U-Turn la balik.

Singapore dari Stulang Laut 
Bila agaknya nak sampai sana :3

Pusing punya pusing cari tempat makan yang best-best. Tak jumpa pula. Padahal ada ja checklist nama-nama tempat makan. Dah check Google before nak keluar jalan . Hehe. Last-last singgah Danga Bay. Bukan tuk makan. Tuk jalan-jalan. Kecian perut masa tu :p





Kereta kuda yang Cinderella naik ni.
Lom Jam 12 malam lagi, jadi sempat lagi nak bergambar :p

Masa kat Danga Bay, kita orang naik tangga nak naik bahagian atas satu tempat ni. Masa dok naik, kawan Bella cakap yang ada polis cam tengah jalan ke arah kita orang. Bila bella tenggok, polis tu dah guna isyarat tangan panggil kita orang.Rupa-rupanya tak boleh naik waktu bukan office Hour >< patutlah tak da orang naik. Malu jer kena panggil depan orang ramai kat situ -,-'

Lastly, kita orang makan kat Sri Putri. Kat situ ada tempat makan famous ngan bubur, Tauhu bakar. Tu ja yang Bella ingat. Tempat Fatin AF. Bila pergi sana, hampa pula sebab tutup -,-' . Kita orang pun makan kat kedai sebelah-sebelah-sebelah dia. Kedai orang klate. 

Bubur Nasi Ayam+Ikan Bilis+Telur Masin+Kangkung

Bandung Cincau.
Cincau dia memang super duper big Size! :3

Kerang Bakar
Masa nak makan ni, perut agak full.
Push ja la makan sampai habis :D

Bila balik bilik, siap-siap ja bersihkan itu ini, terus terlantar kat katil. Yang tak tahannya, sokya bangun cedera parah. Lebih 4 Ekor penyengat ada atas katil. Boleh pula Bella tak sedar yang Bella tido ngan penyengat. Tup-tup kena sengat. Sakit giler sebab tajam-tajam dia tu tertinggal kat dalam masa Bella dok tarik nak bawa keluar. Terpaksa pergi klinik pagi tu tak pasal-pasal. Bila nak pergi klinik, tak sakit pula kaki tu. Doktor yang Bella jumpa tu dah panic dah bila cakap kena sengat, tapi bila bagi tunjuk, dia cakap tak da apa-apa dah ni. Haha, Malu jer. Ni kali kedua Bella kena kat sini -,-'

p/s: Ramai-ramai kita tunggu result voting Malam ni. Mesti Gempss ;)




6 comments:

Nana Liena said... Reply To This Comment

huhu.tidur dgn penyegat? bahaya tu..

nini said... Reply To This Comment

bestnya jalan2.....da lama tak tengok wayang....

CiK Bella said... Reply To This Comment

Tula pasal. sakit pula tu bila kena sengat :(

CiK Bella said... Reply To This Comment

Mesti buzy kan. Bella pun jarang tgok :)

CikAinaa said... Reply To This Comment

uiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Bestnyaaaa! Pi Jakel!!

CiK Bella said... Reply To This Comment

HAHAHA,
tak borong kain tuk raya masa balik ?