Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Burger Bakar Abang Burn

Assalammualaikum dan AfteeerrrNoooon Readers! :)

Sekarang ni dah masuk Study Week. OMG! Oh Menarik Giler! Final dah nak dekat. Before bertapa kat bilik untuk mengfokuskan diri belajar, kita orang keluar jap pergi makan. Kat mana ? Kat mana ? Kat Burger Bakar Abang Burn! Abang Terbakar. Kami hanya berpandukan ingatan menghafal Google Map kawan seorang ni untuk ke sana. Akhirnya jumpa juga destinasi yang dicari. Dari seberang jalan, dah nampak asap-asap Abang Burn tu.


Ramai juga orang kat area Abang Burn tu. Maklumlah, cuti Hari Wesak kemarin tu. Terus buat line nak order Abang Burn. Oooops! Bukan Abang Burn tapi Burger Bakar Abang Burn. Bukan setakat Abang Burn ada kat sana, Akak Burn pun ada juga. Sedap! Hingga menjilat 10 jari tangan. Berbaloi-baloi. Tapi, Bella nasihatkan, pastikan bawa perut yang kosong bila nak ke sini.


Burger+Daging Bakar+Cheese limpah ruah - RM10.50


Meatball+Lada Hitam+Cheesy Wedges - RM9.50
Ni Bella share 2 orang tapi tu pun tak habis, bungkus bawa balik bilik. Kenyang!


Cheesy Wedges 

Tak lama kami tunggu. Tup-tup dah sampai. Excited ni nampak Burger Bakar dia meleleh dengan Cheese. Siapa yang tak minat Cheese boleh order yang takda cheese or yang versi Lada Hitam punya.







Kita orang ambil masa juga before nak makan tu. Dalam 10 minit gitu. Kenapa ? Sebab 10 minit tu untuk bergambar dengan Burger Bakar tu. Yerla, bukan selalu dapat makan. Asyik dok makan Burger Top (burger kat kolej) ja. Hehehe, 



Hari ni cuti kan. Student-student sekolah pun cuti. Memang kenalah sangat kalau dapat makan Burger Bakar dengan family atau kawan-kawan. Jom-jom Makan Burger Bakar. Promote ni. Tak da komisen pun. hehe


Lepas tu, kita orang stop jap kat Pandan Uptown. Niatnya, nak ke Pasar karat tapi tak da parking lepas buat tawaf 2 pusingan. Takut pula kena saman. Lari ke Pandan Uptown. Kat Pandan ni pun dah macam Pasar Karat. Serabut gak sebab banyak betul orang. Last-last duduk minum jap kat tempat makan. 


Bandung 3 Layer - RM3
Memang kaw-kaw punya!


ABC Besar Punya! - RM4
Full of Chocolate. Terbaekk!

Tak sabar nak balik rumah ni. Masa tuk bertapa sebelum Final. Bella tak minta apa-apa. Bella cuma minta doa dari Readers semua agar Bella dapat jawab dengan baik dan tenang. Dan, Bella dapat faham dan ingat dengan mudah ^^ Amin! 


6 comments:

deno said... Reply To This Comment

sedapnya! belum pernah lagi rasa berger tu^^

Nur Nabilah said... Reply To This Comment

Siz try la rasa.
Sedap ! ^^

Izza Sakura said... Reply To This Comment

Msti sedap kan,lapar pulak

Aku Penghibur said... Reply To This Comment

wahhh sedapnya !!!!!!!!!!!! nyum nyum

Nur Nabilah said... Reply To This Comment

Ha, Apa lagi.
Jangan tunggu lama-lama :D

Nur Nabilah said... Reply To This Comment

Dijamin Sedap :D
Nyum Nyum!