Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1,2,3 Menghitung Hari





Assalammualaikum dan Hello World!


Kepada yang tak tau, Bella nak bagitau ni satu rahsia.
Tapi, korang jangan bagitau orang lain tau.
Ni antara kita berdua ja. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Sebenarnya, 
Dragon Ball ada 7 biji. Haha! 
*tak lawak pun* 


ok-ok! Actually, Bella tengah menghitung hari ni. Tak lama lagi Bella kena terbang ke tanah lain. Ada lebih kurang 10 hari lagi. Bella tak puas lagi nak duduk kat tempat kelahiran Bella ni. Chewaaah! Korang tau ke juga Bella akan terbang ke mana selepas 10 hari ni ? Hehe,

Kena balik Johor la. *cakap macam jauh sangat* Sekarang ni bella kat Sabah. Ni la hidup sebagai seorang perantau even dalam Malaysia ja. tapi, kena naik flight juga lau nak balik. Payah bebenor nak balik even Air Asia cakap "Everyone Can Fly". Ada tak yang nak spend Bella tiket balik Sabah untuk next time ? 

Tak lama lagi dah nak start Semester 2. Doakan Bella ya. Harap-harap, Bella tambah rajin sebab Bella ni pemalas. Haha! 

Walauapapun, Hidup kena sentiasa mencari ilmu. Tapi, jangan cari ja. Jangan simpan ilmu tu buat jeruk dalam kepala. Kena amalkan juga. InsyaALLAH!



Senyum! Bella nak ambil gambar korang.
1,2,3!
Chak! 











10 Ekor Gajah Mati



Assalammualaikum dan selamat malam semua..


Ni lagi berita yang menyedihkan berlaku hari ni di Tawau. 10 ekor gajah mati kerana racun tikus. Nama species gajah ni ialah gajah pigmy atau gajah kerdil borneo. Memang gajah jenis ni dah nak pupus. Kesemua gajah tu dipercayai satu family. ada 7 ekor betina dan 3 ekor jantan. Dianggarkan 4-20 tahun. Gajah-gajah ni disahkan mati akibat termakan racun tikus. 

Ada kemungkinan juga bahawa gajah-gajah ini sengaja diracunkan oleh manusia yang tidak berhati perut. Semuanya masih disiasat. 

"Ia tidak boleh diterima. Saya mahu siasatan menyeluruh tentang perkara 
Pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan" 

                                                                     -Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman


Sini ada gambar-gambar gajah-gajah tu. Memang mengayat naluri kita .


Anak gajah ni mesti tau yang ni family dia. mesti dia pun sedih.
Haiwan pun ada perasaan macam kita


Ada satu kisah bahawa seorang pelacur masuk syurga kerana memberi anjing yang kehausan minum. So, penting untuk kita tidak menganiaya binatang. binatang itu juga adalah makhluk Tuhan. Ingat! setiap tindakan kita akan dibalas tak kira baik atau buruk.











Nilai Wanita bukan Pada Nilai Maharnya


Assalammualaikum semua. ha! jawab tau. even jawab dalam hati pun tak pa.


Bila tengok entry tu, bukan bermaksud orang yang nak kahwin je boleh baca. Ingat! Semua orang bila dah tiba jodohnya, akan jejak ke alam perkahwinan juga. InsyaALLAh, lagi cepat jodoh kita sampai, lebih baik. Tak elok kita tangguh-2kan pernikahan jika sudah tiba masa yang sesuai. Tapi, jangan pula gopoh nak cari pakwe OR makwe sekarang. Pemilik tulang rusuk kita dah ditulis oleh Allah.

"3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya" -Sabda Rasulullah SAW


Sweet ja kan gambar kat atas tu. 

Kadang-kadang, bila dah tiba masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga, si bakal suami pula menangguhkan. bukan kerana enggan mengahwini si bakal isteri tapi kerana nilai mahar yang sangat tinggi. Mahar ni adalah pemberian yang wajib diberikan oleh si suami kepada bakal isteri untuk mengahwininya. 


Bila parents si bakal isteri telah menetapkan nilai mahar yang tinggi, menyebabkan si bakal suami susah sehingga terpaksa membuat pinjaman. Bukan si bakal suami ja yang susah, si bakal isteri pun ikut sama susah bila dah berkahwin nanti sebab terpaksa bayar balik pinjaman yang dibuat sebelum ni untuk membayar maharnya. Even nilai mahar rendah, bukan bermaksud wanita itu murah dan senang dimiliki. Percayalah, nilai mahar yang rendah adalah lebih berkat dah mudah. InsyaALLAH.


"Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah 
( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar )" -Sabda Rasulullah


So, lepas ni bila nak kawin, tak payah letak nilai mahar yang tinggi-tinggi. Bincang dengan parents baik-baik. Kepada yang bakal berkahwin, semoga dipermudahkan. kepada yang sudah berkahwin, semoga kekal ke akhirnya. Dan kepada yang lama lagi nak kahwin, InsyaALLAH ada yang terbaik menunggu kita di depan. Teruskan berdoa ~ 






Salah Siapa Bila Anak Hilang ?


 
Assalammualaikum dan Good Morning. 

Semua orang mesti tau kan pasal anak yang telah meninggal baru-baru ni setelah hilang lebih kurang seminggu. Memang sedih bila anak yang hilang dicari-cari oleh si keluarga dan bila ditemui anaknya, sudah meninggal pula. Tapi, kita kena ingat. Ajal setiap manusia dah ditentukan oleh Tuhan.

"Mayat itu anak saya" -ibu bapa William Yau Zhen Zhong.
Kadang-kadang kita selalu salahkan orang luar bila anak yang hilang telah diculik. Tapi, cuba kita fikir balik. cuba tanya diri sendiri. "macam mana anak tu boleh diculik?" maybe, tu salah kita sendiri. kita yang tak jaga anak tu baik-baik. Bella belum jadi ibu lagi. Bella mungkin tak berapa tau. hehe

Selain itu, kita sebagai anak juga perlu dengar cakap parents. Kalau parents dah cakap tak boleh keluar, jangan keluar. kalau kita keluar juga, means kita keluar tanpa keredhaan parents. Macam mana kalau masa tu ada apa-apa benda yang tak baik berlaku? Sempat ka lagi kita nak mohon maaf dengan parents kita bila contohnya kita... apa-apa jer la . Gerun Bella kalau jadi apa-apa yang tak baik kat bella. Umi Bella cakap, lau parents tak redha bila anak dia keluar, selalunya akan berlaku benda buruk kat anak tu. tapi, benda buruk kat sini ada macam-macam. jangan fikir yang extreme ja.



 Tuk pendapat bella, orang yang nak lari dari rumah terutamanya remaja, fikir la dulu sebelum bertindak. cuba fikir perasaan parents kita. tak ada parents yang tak sayangkan anak mereka even kadang-kadang parents tak tunjukkan kasih sayang dia. percayalah, di sudut hati mereka ada perasaan sayang khas buat anak-anak mereka.

Tu ja tuk pagi ni. Bella nak cari makan dulu. lapar pula perut ni. kruk kruk. hehe



Moist Chocolate Cake ala-ala Bella


Assalammualaikum and a very good evening to all readers.


Alahai, perut siapa yang berbunyi tu ? Cepat mengaku! Ni mesti tak dinner lagi. kruk-kruk kata perut. Bella tak tau pula macam mana bunyi perut. Bella main taram ja. Hehe,

Ari ni Bella nak jadi Chef tak bertauliah untuk readers. Siapa sini suka makan Cake ? Mesti ramai kan tapi malu nak ngaku. So, our recipe today is Moist Chocolate Cake ala-ala Bella macam yang kat gambar bawah ni.

Original tau cake ni Bella ambil :) 
tapi x clear sangat kot sebab guna camera h/p


First of all, baca Bismillahirahmanirrahim bagi yang muslim . Hehe doa-doa dulu supaya cake tu jadi.

apa yang korang perlukan untuk buat cake ni...
           2 cawan tepung naik sendiri
           1 cawan minyak masak
           1 cawan susu pekat
           1 cawan susu cair
           1 cawan gula
           1 cawan serbuk koko
           4 biji telur
        
Bahan untuk buat topping pula
           chocolate masak
           2 sudu butter
           2 susu pekat 

ok, lets start the show. first sekali masuk semua bahan buat cake satu persatu . tapi, mulakan dengan tepung la kan and bahan-bahan lain sambil kacau. pastikan kacau lawan arah jam. then, boleh la kukus selama 40 minit or sampai masak. Tapi jangan pula hangus. Hehe, senang kan?



bila cake dah siap, bolehlah buat topping. panaskan semua bahan topping sekaligus. bila chocolate tu dah cair, tuangkan ja kat atas cake tadi. lau nak lagi sedap, boleh tabur chocolate rice OR boleh buat cake dua layer macam kat gambar.

Kadang-kadang, bila buat cake memang nampak tak cantik tapi dijamin 99.99% sedap. Hehe InsyaALLAH. 

In Short, Dont judge Book by ItsCover. Biar tak cantik cake yang kita buat asal sedap untuk dimakan. tapi lau tak sedap juga, tak dapat la Bella nak tolong. Hehe 









Secret Terbesar Mr Yahoo !


Assalammualaikum dan selamat petang. Dah minum petang ?


Hari ni tuk pertama kali Bella post 2 entry dalam 1 hari.


Ni kali Bella nak share something yang interesting. Maybe ramai yang dah tau kot. 
tapi, Bella nak share juga ! Hehe



Korang selalu guna apa tuk search ? Mr Google ke Mr Yahoo ? ke  korang guna Mr Safari ? ke yang lain ? Banyak betul Question Mark . 



ok! Sekarang kita balik ke main story. Mr Yahoo's Secret. Cuba korang try buat ni step by step. Ingat! jangan tinggal satu step pun. Follow baik-baik tau.


 Buka New Tab
 Pasang Speaker kuat-kuat sampai tahap maksimum
 Pergi Yahoo Website. Pastikan bukan Yahoo Malaysia or Negara mana-mana tapi main
 Korang nampak kan perkataan 'Yahoo!' kat atas belah kiri ? Kalau nampak, lulus! 
 Cuba click titik kat tanda seru tu.
 Itulah rahsia dia ;)                       

Cam mana apa yang korang jumpa ? Apa dia secret Mr. Yahoo ? Cuba share kat Bella dan genk-genk korang . 












Bahaya Tidur dengan Lampu ter'ON'


                          
Apa khabar korang semua? Bella harap korang semua sihat-sihat macam selalu.




Hari ni bella nak story pasal orang yang suka tidur dengan lampu yang terpasang. Bella pun tak tau kenapa entry bella ni pasal tidur ja. Ari tu tips nak hilangkan mengantuk. kali ni tentang tidur 0n lampu . Hehe


Ok! Siapa sini tidur buka lampu? Angkat tangan! Ha! Awak! BAHAYA tau tidur buka lampu. Actually, bella pun tidur buka lampu tapi lepas baca kat google, terus bella beranikan diri. Hehe, penakut rupanya bella ni.


Korang tau tak kenapa bahaya ?
Sebab, golongan orang tidur pasang lampu boleh dapat penyakit leukemia. Jangan main-main tau. leukemia ni jenis kanser juga.


Untuk pengetahuan korang, Badan kita ni perlu suasana yang gelap untuk menghasilkan bahan kimia tuk lawan kanser. Even, bila pasang lampu toilet je pun boleh menyebabkan penghasilan hormon melatonin terhenti. melatonin ni penting untuk cegah kanser. melatonin banyak terhasil pada jam 10-12 malam. tu la kita kena tidur awal. 


Bella selalu tidur jam 11-12 malam. korang pula ? cam banyak pula bella guna 'korang' kali ni. eiiieeh!


Kalau korang takut juga nak tidur dalam gelap macam bella ni, korang boleh guna lampu tidur yang suram warna merah atau kuning.



“Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun” 

                                                                                                    - Prof. Russler Reiter

Tu la Tuhan jadikan siang dan malam. malam tu untuk kita berehat. siang pula untuk kita cari rezeki OR buat apa yang patut.

korang tidur cam mana pula ? buka ka tutup lampu ? 

Jangan lupa like page Bella kat sini 





Kalau Mengantuk ?


Sekarang ni dah jam 0033 . tiba-tiba rasa rajin nak menaip. HAHA. ni sebab tak dapat tidur lagi la ni . hurm, korang dah tidur ke ?

maklumlah bukan sedang study. kalau study, sekejap ja dah ngantuk. betul tak ?
ni nak share la tips-tips nak hilangkan mengantuk. check check it out ;D

     1. Of course la kena cukup tidur. tapi jangan pula terlebih tidur. seelok-eloknya, kita   kenalah tidur 5-6 jam sehari. lebih elok tidur awal, bangun awal daripada tidur lewat, bangun lewat even 6 jam . hehe. tapi, Cik Bella pun kekadang tidur tak tentu juga macam sekarang. hehe

     2. kalau ngantuk, paksaa mulut kita bercakap. maksudnya, carilah kawan-kawan untuk bersembang. tak akan tem-tem tengah bercakap kita boleh tertidur pula kan . carilah bahan cerita untuk bercakap tapi jangan pula mengumpat . hehe


     3. ada orang cakap, lau mengantuk cari batang penyapu. mesti tertanya-tanya kan nak buat apa dengan penyapu. mestilah menyapu. menyapu ni salah satu senaman. kerja lain juga boleh buat selain menyapu macam exercise.


     4. ni pula tips dari pengetua masa sekolah menengah dulu. pengetua pernah cakap kat perhimpunan. setiap malam sebelum tidur, amalkan minum susu. cuba try test. tengok apa kesannya. cik Bella pun tak pasti mujarab ke tak.


     5. yang ni student suka buat. beli nescaffe. masa musim exam kat sekolah dulu, koperasi dapat banyak untuk sebab student dok borong nescaffe la. macam-macam ada. cappuccino,mocca,latte and bla-bla. tapi jangan kerap minum. sebab nescaffe OR kopi mengandungi caffeine yang tinggi. nescaffe+caffein=nesCAFFEin


     6. ni bagus amalkan masa lecture kat kelas or kuliah. bagitau kawan awal-awal. kalau nampak ja kita mengantuk, suruh dia tampar ke, cubit ke.. or apa-apa yang patut. jangan pula masa mengantuk direct minta kawan tampar. tak ada effect la sebab kita dah tau dia nak tampar.

ni nak share lagi. roomate Cik Bella pernah cakap. kalau masa study kita tetibe je mengantuk, cuba ambil udara segar OR tahan untuk 10 minit. sebab sebenarnya, kita cuma mengantuk untuk 7 minit. tapi tak tahu la betul ke tak. cuba try tengok

kalau korang? cam mana korang nak hilangkan mengantuk ?