Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nilai Wanita bukan Pada Nilai Maharnya


Assalammualaikum semua. ha! jawab tau. even jawab dalam hati pun tak pa.


Bila tengok entry tu, bukan bermaksud orang yang nak kahwin je boleh baca. Ingat! Semua orang bila dah tiba jodohnya, akan jejak ke alam perkahwinan juga. InsyaALLAh, lagi cepat jodoh kita sampai, lebih baik. Tak elok kita tangguh-2kan pernikahan jika sudah tiba masa yang sesuai. Tapi, jangan pula gopoh nak cari pakwe OR makwe sekarang. Pemilik tulang rusuk kita dah ditulis oleh Allah.

"3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya" -Sabda Rasulullah SAW


Sweet ja kan gambar kat atas tu. 

Kadang-kadang, bila dah tiba masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga, si bakal suami pula menangguhkan. bukan kerana enggan mengahwini si bakal isteri tapi kerana nilai mahar yang sangat tinggi. Mahar ni adalah pemberian yang wajib diberikan oleh si suami kepada bakal isteri untuk mengahwininya. 


Bila parents si bakal isteri telah menetapkan nilai mahar yang tinggi, menyebabkan si bakal suami susah sehingga terpaksa membuat pinjaman. Bukan si bakal suami ja yang susah, si bakal isteri pun ikut sama susah bila dah berkahwin nanti sebab terpaksa bayar balik pinjaman yang dibuat sebelum ni untuk membayar maharnya. Even nilai mahar rendah, bukan bermaksud wanita itu murah dan senang dimiliki. Percayalah, nilai mahar yang rendah adalah lebih berkat dah mudah. InsyaALLAH.


"Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah 
( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar )" -Sabda Rasulullah


So, lepas ni bila nak kawin, tak payah letak nilai mahar yang tinggi-tinggi. Bincang dengan parents baik-baik. Kepada yang bakal berkahwin, semoga dipermudahkan. kepada yang sudah berkahwin, semoga kekal ke akhirnya. Dan kepada yang lama lagi nak kahwin, InsyaALLAH ada yang terbaik menunggu kita di depan. Teruskan berdoa ~ 






4 comments:

Ahmad Zarif said... Reply To This Comment

hehe.. tapi susah kot rasanya kat malaysia ni kan?

CiK Bella said... Reply To This Comment

rasanya gtu la. hehehe,

PeRdU cINta said... Reply To This Comment

Islam menggalakkan umatnya sentiasa bsederhana dalam segala urusan..apa yang penting kebahagiaan dan redha Allah dalam rumahtangga yang bakal di bina atau telah dibina..

CiK Bella said... Reply To This Comment

itulah yang kita harapkan tapi kita sebagai manusia kadang-kadang lupa dan suka bermegah.