Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat Semua yang Bergelar SAHABAT

Assalammualaikum dan Hello Readers!

Teehee!

Siapa pun boleh baca Entry Bella ni. Tak semestinya sahabat yang Bella kenal dan jumpa ja. Maybe, korang boleh ambil sedikit input dalam entry kali ni. InsyaALLAH berguna tuk korang la.


Mesti ramai kan kawan kita kat dunia. Dari pelbagai pelbagai ceruk tempat ada. Dari Perlis hinggalah ke Sarawak. Hujung ke hujung tu. Orang cakap, kita kawan biarlah berjuta kan. Masa tu lah kita akan nampak pelbagai jenis orang. Macam-macam ragam yang ada. Masa tu juga kita akan jumpa orang yang lebih pandai, orang yang mungkin sama taraf dengan kita dan orang yang mungkin kurang mahir. Tapi, setiap orang mesti ada kelebihan masing-masing. Maybe, kita ja yang tak nampak.

Bila dah ada pelbagai ragam kawan-kawan yang kita ada, masa tu lah kita dok rasa orang tu pelik. Tak suka dengan orang tu. Sebab kita dok fikir orang tu berbeza dengan kita. Dah rasa macam Alien bila orang tu tak sama ragam dengan kita. Tak suka itulah, inilah. Padahal, orang tu mungkin jauh lebih baik dari kita sendiri. Tulah, Tuhan ciptakan kita dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Supaya kita dapat hidup bersatu melengkapkan antara satu sama lain. Betul tak ? Siapa tak setuju ? Bagitau Bella ok.


Point Bella kat sini, kita perlu cuba untuk tanamkan dalam diri kita tu supaya tak benci dengan orang tu. Tak benci dengan orang ni disebabkan ada sesuatu yang kita tak suka pada dia. Ada sesuatu sifat yang kita tak sama dengan dia. Tapi, kalau orang tu buat salah, lain cerita lah. Bila dia minta maaf, kita cuba maafkan dia dan hilangkan perasaan benci. Perasaan benci dalam diri kita tu buat kita tak tenang tau nak hidup. Cuba fikir, nak bawa sampai mana benci tu? Boleh ke bawa sampai mati ? Benci tu tak da nilai pun.


Maybe, kita akan benci orang tu tanpa kawalan kita, cuba ambil masa beberapa jam tuk redakan balik. Ingat ja, semua orang pun ada buat salah. Tak da yang tak buat salah. Kadang-kadang orang tu nak buat salah pun tapi dia tak terfikir pun benda tu boleh mendatangkan benci orang lain. So, ingat! Sendiri pun pandai buat salah. Jangan fikir nak betul ja kat orang lain. Contohnya, bila kita tak suka dengan percakapan seseorang tu, cuba kita fikir balik. Mungkin dia tak sedar. Kita pun mesti pernah kena bila orang lain tak suka dengan percakapan kita even kita ttak sedar pun benda tu. So, apa-apa pun reflect diri kita sendiri balik kita mula benci dengan seseorang.

Lastly, esok ada paper Financial Accounting and Reporting. Sangat killer. Doakan Bella. InsyaALLAH Bella mampu jawab. Mana tau doa salah seorang dari readers termakbul. Teehee!




11 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said... Reply To This Comment

gdluck for exm cik bella

CikAinaa said... Reply To This Comment

Be strong bella :) Biasalah tu. Bukan semua orang suka kita DAN bukan semua orang kita suka. Yedak? Teheee~ Apa-2 pun, biar je lah sesiapa yg x suka tu. Wat lek wat peace. Be strong bebeh! (^_^)V All the best for tomorrow!

ArifahLee said... Reply To This Comment

Ye betul, perasaan benci dalam diri kita membuatkan diri kita tak tenang.

P/S : GudLuck ^^,

Malihah Munirah said... Reply To This Comment

Good luck Bella :)

Unknown said... Reply To This Comment

Thanx Yana :)

Unknown said... Reply To This Comment

Betul tu, normal la tu kan.
Macam-2 :3
Thanx Ainaa! Gurt Luck! Gambate ! ^^

Unknown said... Reply To This Comment

Tula pasal, lebih baik kita cuba buang perasaan tu kan :)

p/s : Thanx ^^

Unknown said... Reply To This Comment

Terima kasih :)

Unknown said... Reply To This Comment

betul apa yangg kak bella cakap . perasaan benci tu takkan buat kita tenangg . lebih baik memaafkan orangg yangg penah buat salah dekat kita dari terus membenci dia :)

Unknown said... Reply To This Comment

btw good luck kak bella !! :D
soryy tadi terlupa nak tulis skali . hehe

Unknown said... Reply To This Comment

Kadang-2 ada org tu jenis susah nak maafkan kan. kena ambil masa juga kan. depends la kat diri masing-2.


Thanx Eiyna! Alhamdulillah dah habis lagi 1 paper :)