Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Awal dan Scha Dijangka Menunaikan Umrah Ramadhan ini

Assalammualaikum dan Selamat Malam Readers!
Teehee!

Panjang betul tajuk Entry kali ni. Tadi dok godek-godek Beautifulnara, terjumpa berita yang Awal dan Scha InsyaALLAH akan menunaikan Umrah bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah. Memang bella tak pernah lagi ke sana. InsyaALLAH, kalau ada rezeki Bella ke sana. Teringin juga. Siapa yang tak nak pergi kan.


Menurut Kosmo, mereka dijangka akan menunaikan umrah pada minggu kedua tau ketiga Ramadhan ni. Awal dan Scha akan ditemani keluarga masing-masing. Lagi sweet. Pergi dengan family lagi.

"Oleh kerana ini yang pertama kali bagi saya, sebagai persiapan saya ada membeli beberapa buku panduan mengerjakan umrah. Kami juga akan menghadiri kursus untuk mendapat gambaran dan sedikit ilmu sebelum menjejakkan kaki ke sana. Kami pergi ke sana untuk berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Selain itu, kami juga ingin berdoa agar lebih dimurahkan rezeki"
-scha

Bella doakan semua perancangan yang dibuat akan berjalan dengan lancar. Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. 


6 comments:

MHI said... Reply To This Comment

aamiin moga berjalan lancar ye Bella :)
singgah perdana kat sini dan followed :)

Dayang Deno said... Reply To This Comment

sweet betul pasangan ni... suka!

Unknown said... Reply To This Comment

amin...semoga dipermudahkan... :)

Unknown said... Reply To This Comment

@maryam ishmatullah insyaALLAH Amin! ^^ Thanx Maryam ^^

Unknown said... Reply To This Comment

@deno Betul! :) Sempoi lagi.

Unknown said... Reply To This Comment

@aii ♥ InsyaALLAH Amin ^^