Teehee!
Bonjour :)
Sepatunya Bella update Entry ni semalam tetapi disebabkan Bella ada Test Statistic petang ni, Bella tak cukup masa pula nak spend time berblogging semalam. TAPI, ha! ada tapi-tapi juga ni. sebaris ayat selalunya akan diakhiri dengan perkataan TAPI. TAPI, tetiba lecturer tu cakap kita continue tutorial. *Muka dah berubah* Haha, Tak pa la. Test ditunda next week. Next week pula ada 1, 2, 3 Test .... :x
Before tu, siapa belum baca Part 1 dan Part 2,
PART 1 : Tentang Cinta
PART 2 : Salahkah Bercinta ?
Bila kita dah tau bercinta tu salah atau tak di PART 2, sekarang kena tau pula apa peraturan-peraturan Cinta? Apa agak-agaknya ? Siapa yang tengah mabuk cinta tu, tau tak peraturan-peraturan bercinta ni ? Ke bercinta tanpa peraturan ni ? Teehee! Hidup manusia perlu ada peraturan. Setuju ?
Peraturan cinta ni boleh diibaratkan seperti tanda-tanda di jalan raya. Semua kereta boleh bergerak. Kereta mainan pun boleh bergerak kalau kita kawal. Itulah, pergerakkan kereta itu perlu dikawal dan diatur. Tanda jalan itu bukanlah untuk menyekat pergerakkan kereta tu tapi untuk mengawal pergerakkannya supaya lebih selamat. Apa beza sekatan dengan kawalan ? kawalan ini untuk teruskan sesuatu pergerakkan dengan peraturan-peraturan tertentu TAPI Sekatan pula menghalang 100% pergerakkan tu. Cinta tu pun macam tu sebab cinta memerlukan peraturan dan kawalan, bukan sekatan.
Ada saja orang selalu sebut Hidupku untuk Cinta. Cinta Mati ? Yerla tu kan. Teehee! Peraturan paling common sekali yang rata-rata semua orang dah tau. Tidak melanggar hukum Allah. Terlalu umum kan? Contohnya, tidak meninggalkan solat, puasa, tutup aurat dan macam-macam lagi Hukum Allah. Dating berjam-jam, tapi sembahyang 5 minit pun tak larat kan. Teehee!
Ramai ja yang cakap, alaaa, dunia ni dah moden la. Cinta apa tu kalau tak da calling-calling 23 Jam. Tak da Message sayang-sayang, hubby-hubby, Oppa-oppa. Tak da dating? Semua tu dah dianggap seperti Ajinamoto untuk sebagai penambah sedap makanan. Means, cinta tanpa perisa macam tu mesti hambar dan tawar tak da rasa. Sedangkan itu bukan perisa atau ajinamoto tapi racun dalam Cinta.
Seterusnya, kita selalu dengar Cinta Islamik. "Kami Bercinta kerana ALLAH". Apa maksud tu ? Macam comment Achik kat Part 2, Cinta seseorang kerana ALLAH. Macam mana? Cinta apa yang dimaksudkan dengan Bercinta kerana ALLAH ? Yang ni Rules Kedua. Apabila kita bercinta, perlulah kita iringi dengan niat untuk bernikah dengannya. Janganlah kita nak bercinta hanya sekadar untuk suka-suka. Ada sesetengah orang rasa mesti ada Pakwe, ada Makwe, kalau tak malulah dengan kawan-kawan even tak suka betul-betul. Tu dah break the rules. Kalau kita tak terfikir untuk kahwin dengannya, tahan hati dan katalah dalam hati, "aku cuma tertarik dan minat kepada dia".
Jangan kita cintai orang itu kerana kasihan. Mungkin pada dasarnya, kita tak sanggup melukakan hatinya apabila dia terlalu baik dengan kita sebelum ni. Tapi, sebenarnya kita cuma akan merosakkan diri sendiri dan orang yang kita kasihan. Besar jurang perbezaan antara Cinta dan kasihan. Kita boleh kasihan dengan orang yang kita cinta tapi kita tak boleh cinta dengan orang yang kita kasihan.
Yakinlah ALLAH itu indah dan suka pada keindahan. Tidak mungkin Dia mewujudkan peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta. Bahkan, dengan wujudnya peraturan cinta ini, Cinta antara 2 insan lebih terpelihara. Besar kemungkinan cinta itu akan bersambung di alam kekal Abadi, Syurga. "Ku nantikan kau di Pintu Syurga". Di situlah wujudnya cinta pertama di antara 2 Insan iaitu di antara Nabi Adam dan Siti Hawa. Jangan pula "Ku nantikan di Pintu Syurga" menjadi "ku Nantikan di Pintu Neraka". Nauzubillah.
InsyaALLAH, cinta kita semua terpelihara dengan adanya Peraturan Cinta ini. Mestilah Follow the rules kan. Amin. Next Part, adalah tentang Couple. Wait and See :)
"Cinta yang abadi hanya ada dalam Syurga"
Adios Amigos
Teehee!
10 comments:
yang entri sebelum2 nya tak baca lagi..hehe.. banyak peraturannya kan..hehe.tapi peraturan 'akhrat' diutamanakn dulu bru kta ikut rules dunia..
Selalu orang sebut tentang rules tapi hakikatnya, kalo ikut sangat pun tak semestinya akan bahagia sebab setiap orang jalan bahagianya berbeza
wah...nice sharing about love..
tak tau laa pula cinta ade rules hehehe..
ape pun 1 perkongsian yang bagus..dr.cinta
wahh kak bella share rules dalam bercinta. :D
I love to read, thanks for share
Nanti ada masa bacalah :)
Betul tu. kenalah ikut rules dua-2 lau nak bahagia Dunia Akhirat :)
Itulah namanya takdir kan :)
Tapi, tulah yang terbaik sebenarnya untuk dia :)
Thanx Aminin :)
lepas ni follow the rules yer ;)
Haha, dah jadi Doktor Cinta tak bertauliah ni :B
Thanx Vicky ,
Stay tuned with the other part coming soon :)
Post a Comment