Assalammualaikum semua rakan Bloggers Bella :)
Selamat Jam 10 Malam.
Alhamdulillah, Bella dah selamat sampai ke Johor Bahru. Before balik ke UTM, Bella tawaf 1 Airport Senai tuh. Paling lama dekat MPH. Ngam-ngam ada Baucar RM50 lagi yang tinggal.
Bella ada beli dua buku. 1 Novel Kampung Girl, 1 buku 'Tentang Cinta'. Bella cari novel Hlovate tapi ada 1 ja. Tu pun Bella dah ada.
Mulai hari ni, Bella akan jadi Doktor Cinta untuk beberapa hari. Chewaah! Ni Entry Khas dari Bella terutamanya untuk Remaja. Yang dah kahwin atau baru nak kahwin pun still boleh baca. Macam yang korang boleh tengok kat tajuk Entry, ini adalah Part 1. Kira macam ada Episod lah ni. Hehe, Cam Drama Bersiri pula. InsyaALLAH semuanya akan ada 18 Part. So, ini Part 1. Untuk makluman, semuanya tentang Cinta. Wow!
Bila sebut soal Cinta, kita akan imagine watak-watak dalam Filem. Contoh : Rose and Jack dalam Titanic, Romeo and Juliet, Kalau dalam Cerita Melayu ialah Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Dalam Versi Korea pula, Jun Pyo dan Jan Di.
Before tu bella nak tanya korang semua. Gambar apa yang paling susah untuk dilukis ? Gambar apa pula yang paling senang untuk dilukis ? Jawab jangan tak jawab.
Menurut Cerita Maharaja China dulu-dulu iaitu apabila Maharaja itu bertanya kepada seorang pelukis soalan tersebut, pelukis itu menjawab gambar yang paling senang ialah Hantu dan yang paling susah ialah Kuda, Anjing dan sebagainya. Cuba fikir, Kenapa ? Sebabnya, tiada siapa yang pernah melihat Hantu. Jadi lukis rupa bentuk apapun, tiada orang yang akan salahkan kita dan sebaliknya untuk Anjing dan kuda yang majoritinya pernah nampak.
Apa kena mengena Cinta dengan Gambar lukisan tu ? Cinta merupakan benda yang paling sukar seperti melukis anjing atau Kuda kerana semua orang pernah melihatnya atau lebih senang untuk difahami, semua orang pernah merasainya. Terutamanya, apabila kita mengjangkau usia Remaja. Memang fitrah Manusia apabila wujud perasaan Cinta.
Apabila kita telah mabuk cinta, kita tidak sedar apa yang kita buat. Yang kita nampak hanyalah gambaran-gambaran indah saja. Disebabkan mabuk cinta, ada yang sanggup tinggalkan ibu bapa. Tapi, kadang-kadang Cinta itu tidak berkekalan kan. Sedangkan orang yang dah berumah tangga pun ada yang bercerai, ini pula orang yang bercouple. Betul kan ?
Untuk Bahagia, Citailah sesiapa yang mencintai anda.
Bukan Sesiapa yang anda Cintai
Then, Bella nak tanya. Siapa yang wajar untuk kita cintai ? Hadiah pemberian seseorang ataupun Pemberi Hadiah ? Jawab jangan tak jawab ;)
Mestilah Kita akan mencintai Pemberi Hadiah. Tapi, sedarkah kita kadang-kadang kita tu mencintai Hadiah kerana Allah merupakan Pemberi Hadiah dan Hadiah merupakan Cinta yang dikurniakan Allah. Ini cuma perumpamaan ya :)
Jika tepat pada masa, ketika, keadaan, dan siapa,
cinta akan menjadi luar biasa dan tiada tandingannya.
Orite! ini baru Pengenalan. Bolehkah Kita Bercinta ? Bolehkah Bercouple ? Apa itu Cinta High Class ? Semua Bella akan sambung dalam Part yang setrusnya. Tunggu tau ! :)
Btw, Bella nak share.Tempat Cinta sebenar ialah di Padang Arafah. Kenapa ? Nabi Adam telah bersusah payah untuk berjumpa Siti Hawa di Padang Arafah. Di situ juga tempat Rasulullah menyampaikan Khutbah terakhirnya. Padang Arafah juga menjadi simbol penyatuan umat seluruh Dunia.
P/s : Bella pun pernah Bercinta tau. Kalau Bella ada salah cakap ke, salah info ke. Bagitau ya. Sharing Is Caring :)
14 comments:
wah bila sebut je soal cinta nie..
berbunga2 lak rasa diri ni..
bagus DR.Cinta....
Kalau Am ada masalah cinta leh la rujuk kat sini.. #teeheeee
jatuh cinta lagi.. hehe
sy sakit dr. cinta :P
kalau saya ada msalah cinta..confirm saya dtg jumpa dr.Bella..hihi
Haha, bila pasal Cinta. mulalah kita nak berkhayal. hehe.
Boleh ja lau Bella mampu tolong Am :)
Ooooops ! :D
Kena pergi PK :p
adik jumpa Doktor Bella tak bertauliah ni. hehe
hoho...
Teehee ! :)
trimassss yer... savadikap....
Orite! :)
Doktor cinta ye x)
hahaha x)
Post a Comment