Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Assign Job Bahaya ?!

Assalammuaaikum dan Selamat Malam Raeders!
Teehee!

Mesti ramai dah tahu dan dah sign up Assign Job. Bella pun dah sign up. Sebabnya, senang nak dapat earning dalam masa yang singkat. Dah lama Bella tak masuk Assign Job sebab hari tu Bella sibuk dengan Exam. Bila cuti ni, Bella nak tengok lah available Jobs yang ada. 

Tetiba....

Bella nampak ....



Bella agak konfius bius kat situ. Betul ke ? Bila korang buka Assign Job, korang dapat cam ni juga ke ? ke Bella sorang je yang pelik. Bila Bella try nak buka juga web tu, dia tanya benda lain pula. Jadi, Bella pun tak buka Assign Job tu. 

Entahlah betul ke tak ni. ni just sharing :)




Bella Kembali Berblog


Assalammualaikum dan Selamat petang Readers!
Teehee!


Lama giler Bella tak update blog. Giler tak lama kan. Teehee! Takla lama sangat sebenarnya. And Guess what ?! Bella dah sampai rumah. Teehee! Gembiranya. Bella dah sampai Sabah. Tapi, balik ni Bella tak sihat sebab jerebu kat Johor bertambah teruk. Bella sakit tekak+Demam. InsyaALLAH esok esok Bella sihat lah. Teehee! ^^

Masa baru sampai KK. OTW balik rumah. Teehee! ^^

Alhamdulillah, exam Final hari tu dah berakhir. susah senang belakang kira. Gred A,B,C,D atau Z semua belakang kira. Yang penting semua dah berakhir. InsyaALLAH Bella dah buat yang teraik dan termampu. Sekarang, hanya mampu berdoa dan tawakal. Korang doakan Bella sekali ye. Teehee! ^^

InsyaALLAH lepas ni Bella rajin berblogwalking. Lama dah tak BW korang yang comel loteh ni. Teehee! ^^ Lastly, untuk akak yang nak ambil lesen, gurt luck! Bolehlah kita keluar naik kereta sendiri lepas ni. Jadi Driver Bella pula lepas ni. Teehee!

Cuti kali ni pendek ja. 1 Minggu lebih. Sebab Bella ada short sem. Tak pa la. Gitulah hidup student. Kan3? Tak lama dah kan puasa. Jangan lupa ganti puasa cepat-cepat tau. Tak sabar nak puasa. Teehee! 

Hadiah dari Ain Hamdan



Buat Semua yang Bergelar SAHABAT

Assalammualaikum dan Hello Readers!

Teehee!

Siapa pun boleh baca Entry Bella ni. Tak semestinya sahabat yang Bella kenal dan jumpa ja. Maybe, korang boleh ambil sedikit input dalam entry kali ni. InsyaALLAH berguna tuk korang la.


Mesti ramai kan kawan kita kat dunia. Dari pelbagai pelbagai ceruk tempat ada. Dari Perlis hinggalah ke Sarawak. Hujung ke hujung tu. Orang cakap, kita kawan biarlah berjuta kan. Masa tu lah kita akan nampak pelbagai jenis orang. Macam-macam ragam yang ada. Masa tu juga kita akan jumpa orang yang lebih pandai, orang yang mungkin sama taraf dengan kita dan orang yang mungkin kurang mahir. Tapi, setiap orang mesti ada kelebihan masing-masing. Maybe, kita ja yang tak nampak.

Bila dah ada pelbagai ragam kawan-kawan yang kita ada, masa tu lah kita dok rasa orang tu pelik. Tak suka dengan orang tu. Sebab kita dok fikir orang tu berbeza dengan kita. Dah rasa macam Alien bila orang tu tak sama ragam dengan kita. Tak suka itulah, inilah. Padahal, orang tu mungkin jauh lebih baik dari kita sendiri. Tulah, Tuhan ciptakan kita dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Supaya kita dapat hidup bersatu melengkapkan antara satu sama lain. Betul tak ? Siapa tak setuju ? Bagitau Bella ok.


Point Bella kat sini, kita perlu cuba untuk tanamkan dalam diri kita tu supaya tak benci dengan orang tu. Tak benci dengan orang ni disebabkan ada sesuatu yang kita tak suka pada dia. Ada sesuatu sifat yang kita tak sama dengan dia. Tapi, kalau orang tu buat salah, lain cerita lah. Bila dia minta maaf, kita cuba maafkan dia dan hilangkan perasaan benci. Perasaan benci dalam diri kita tu buat kita tak tenang tau nak hidup. Cuba fikir, nak bawa sampai mana benci tu? Boleh ke bawa sampai mati ? Benci tu tak da nilai pun.


Maybe, kita akan benci orang tu tanpa kawalan kita, cuba ambil masa beberapa jam tuk redakan balik. Ingat ja, semua orang pun ada buat salah. Tak da yang tak buat salah. Kadang-kadang orang tu nak buat salah pun tapi dia tak terfikir pun benda tu boleh mendatangkan benci orang lain. So, ingat! Sendiri pun pandai buat salah. Jangan fikir nak betul ja kat orang lain. Contohnya, bila kita tak suka dengan percakapan seseorang tu, cuba kita fikir balik. Mungkin dia tak sedar. Kita pun mesti pernah kena bila orang lain tak suka dengan percakapan kita even kita ttak sedar pun benda tu. So, apa-apa pun reflect diri kita sendiri balik kita mula benci dengan seseorang.

Lastly, esok ada paper Financial Accounting and Reporting. Sangat killer. Doakan Bella. InsyaALLAH Bella mampu jawab. Mana tau doa salah seorang dari readers termakbul. Teehee!