Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Esok Final!


Assalammualaikum w.b.t
Selamat Malam

Dengan rasminya, esok bermulalah peperangan di antara aku dan dia. Dia ? Kertas soalan "International Business Globalization". Hooooorayyy! -_- First, minta maaf kepada readers sebab blog nampaknya cam dah tak teratur .


Second, Bella akan ada final exam untuk semester 3 dari 30 Disember sampai 16 Januari. Sampai tahun depan tu. lama gilerr, giler tak lama kan. hehe. Bella harap readers boleh doakan supaya Bella dapat jawab final ni dengan tenang, mudah, dan lancar. Mana yang Bella lupa, Bella harap Bella boleh ingat balik. Mana yangg Bella lost, Bella harap dapat jumpa jalan keluar balik. Amin!

"Dan Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
                                                                                                      Surah Yusuf:87         


Family selalu pesan, buat yang terbaik. Result ok atau tak semua rezeki Allah. yang penting kta usaha dan buat yang terbaik. 


Lau ada juga yang ada final, gur luck ! ^^ Jangan lupa call umi dan abah. Minta doa. Tambah lagi, doa ibu senang termakbul.. In Syaa ALLAH . Amin! Jangan lupa alat tulis yang penting, i/c, kad matrik ke . 




Drama Best!


Assalammualaikum w.b.t


Minggu lalu, Bella tak pernah tidur awal kecuali ada 1 hari tu sebab Bella sakit. Sekarang ni makin hari makin buzy. So, as a reward tuk diri sendiri Sabtu ngan Ahad ni Bella langsung tak study. Sentuh buku pun tak. Jangan ikut perangai Bella yer adik-adik. hehe. Tapi, kekadang, kita tak boleh lah juga terlampau study sampai tak sempat nak tengok dunia luar. 

Masa ari Sabtu tu, Mula-mula Bella try tengok drama Good Doctor, tapi sebab tak kuat tengok orang kena cucuk sana sini, Bella tukar ke cerita Lie To Me tapi tengok rating rendah, tukar lagi dan tukar lagi -_- At last, Bella tengok Good Of Study@Master Of Study. Lama dah cita ni. Tapi best.


Tuk siapa yang tak suka study or selalu rasa cam mustahil ja nak score or yang seumpama dengannya, Bella syorkan anda, anda dan anda tengok cerita ni. Semua ada 16 episode. Dulu kat Matriks pun, ada lecturer ni dok citer drama ni. 


Apa yang Bella boleh kongsikan, anggap pelajaran kita tu sebagai 'game'. Tak stress kan main game kekadang memang stress lau tak dapat next level tapi bila dah dapat, memang puas giler. Giler tak puas. Gitu juga dengan pelajaran. Jangan anggap pelajaran ni study tapi GAME. 

Yang lain, bolehlah tengok sendiri dalam drama tu. Bella tengok drama i dalam 2 hari jer. Siapa yang tengok tu, kongsi-2 la ^^ Boleh tengok kat DramaLoad. Laju tanpa buffering. Teehee!

Wish me dapat naik level seterusnya dalam 'GAME' ni ^^

Tutorial Tudung Bawal Ala-Ala Bella


Assalammualaikum dan Malam Readers! ^^

Dah lama rasanya tak jejak dunia Blogger ni. Bella last update blog pun Bulan June yang lalu. So, hari ni dengan rasminya, Bella update blog. Sebenarnya, Bella baru habis Presentation + Test. Lega rasanya even tak buat dengan sebaik mungkin. Hurm, Banyak lagi test + Assignment menanti minggu depan ni. Sejak masuk Tahun 2 ni, rasa macam sibuk tu tak dapat dipisahkan dengan Bella. 

Korang sihat ke ? Lepas lama tak update blog, rasa macam banyak dah labah-labah menginap kat sini. Teehee!



Baru-baru ni Bella pergi dinner. Rezeki Bella balik dengan tangan berisi malam tu sebab Bella dapat satu hamper kecil. Tema pakaian Blocking tapi kita orang tak follow sangat dengan tema tu. Bella lagilah, tak suka blocking-blocking ni. Colour Pastel baru comel. Teehee!

So, ada orang tanya, macam mana Bella pakai tudung masa pergi dinner tu. So, kat sini Bella akan ajar. Tapi, Bella ada ubah cket. Kalau tak faham, tanya Bella. Teehee! Yang bestnya, tak payah iron pun tudung. Teehee!


Pakai tudung bawal macam biasa tapi tak perlu lipat segi tiga


Tarik sedikit dan lipat tudung bahagian atas kepala ke depan


Pinkan dengan jarum peniti di kedua-dua belah kiri dan kanan tudung


Tarik bahagian belakang tudung ke depan, 
pandai-2 adjust supaya bahagian belakang tudung juga panjang


Ambil hujung tudung yang panjang tu dan pinkan guna jarum peniti 
di bahagian atas belah kanan
Jadila macam ni. Teehee!



Tu ja la untuk malam ni. Bella tak tau bila lagi Bella akan update Blog ni. Sory kepada semua readers sebab Blog Bella agak berabuk. Sebab, Bella rasa sangat buzy. Buat akak Bella, jom sama-sama kita tempuhi test + Assignment. Tuk adik Bella, Gurt Luck SPM. Tuk Umi dan Abah, rindu sangat-2 :')

Jaga diri semua ^^




Hadiah dari Blogger Nabila Medan

Assalammualaikum dan Hello Readers! 
teehee!

Gambar Hiasan diimport dari Google Image

Malam ni Bella just nak share satu entry pendek. Masa Bella baru balik dari Centrepoint spending time dengan kawan Bella yang dah 2 Tahun lebih tak berjumpa, Bella ternampak satu sampul surat atas nama Bella. Tapi, sampul tu dah terbuka. Akak Bella pun excited nak tengok apa Bella dapat :p Teehee! Dia dah buka dulu.

Bella baru dapat hadiah dari Nabila Medan. Comel giler. Giler tak comel kan. Teehee! Lepas ni nak pakai la hadiah tu. Apa sebenarnya hadiah yang Bella dapat ? Teehee! Jeng Jeng Jeng! :p

Cermin Comel

Btw, semua result Bella dah keluar. Alhamdulillah dengan apa yang Bella dapat even tak setinggi masa semester satu dulu. Tapi Alhamdulillah :) Nanti Bella nak update entry jalan-jalan ngan kawan Bella tu pula. Teehee! Ada pasal World War Z! Teehee! Siapa dah tengok ? Okla, Gud Natch!




Kawan Baik dari Indonesia


Assalammualaikum dan Malam Readers!
Teehee!

Sebenarnya Bella dah lama nak update entry pasal 2 orang kawan Bella ni. Tapi, hari ni baru berkesempatan untuk mengupdate entry ni. Jom, Bella nak kenalkan 2 orang kawan Bella dari negara jiran ni. Sesi Ice Breaking bermula kat sini. Teehee!

Ni orang pertama yang Bella kenal. Dah lama Bella kenal dia. Lebih kurang 3 Tahun lau Bella tak salah. Nama comel dia Cherly. Dia ni peminat tegar Hongki. Siapa minat Hongki, bolehlah jadi geng dengan dia. Tapi, sekarang ni tiba-tiba pula dia dah jadi bini Jacob yang dalam filem Twilight tu. Bella mestilah ngan Edward. Teehee! Sangat-sangat peramah dan baik hati. OOOOppps! Cik Cherly jangan pula kembang dua lubang Hidung ^..^ Teehee!


Cherly yang cantik menawan

Lepas Bella berkawan dengan Cherly, Bella kenal dengan satu orang kawan ni pula. dia ni teman rapat Cherly. Nama dia Vine. Dia ni comel. Tapi, Bella selalu panggil dia Nenek Vine. Teehee! Joke-2 ja. Nasib baiklah dia tak mengamuk dengan Bella. Vine ni 2x5 peramah juga macam Cherly. Lawak-lawak juga. Selalu main WhatsApp dan WeChat dengan dia ni. Suara dia comel juga. Teehee!

Vine yang comel loteh

Thanx dah jadi kawan Bella hampir 3 Tahun. Jangan lupa bagitau Bella bila datang Malaysia nanti. Bella belanja makan Ice Cream. Teehee! apala Bella ni. orang datang jauh-jauh, belanja ice cream ja :p Teehee!

Lastly, ada dua subjek lagi yang tak keluar (markah). Bella dah kecewa dengan subjek lain. Hopefully yang lain okay. InsyaALLAH. Takpa la, past is past. Gagal sekarang tak bermaksud gaga selama-lamanya. Doakan Bella ya.




Hadiah dari Blogger Farisha

Assalammualaikum dan Malam Readers! 
Teehee!

Korang tengok tak Master Chef tadi ? Che Ta dah tersingkir. Tinggalah dua orang Finalist yang akan bertanding esok. Bella minat dengan Celina. Tapi, bila Bella tengok preview Master Chef untuk esok tadi, Bella rasa Syura yang akan jadi Master Chef Musim Kedua ni. Korang pula rasa macam mana ? Siapalah yang menang agaknya ?


Tadi Bella check peti surat, ada pula surat untuk Bella. Alhamdulillah, Bella dapat hadiah dari Blogger Farisha. Hadiah yang simple tapi cute. Thanx kak Farisha sebab dah post jauh-jauh hadiah tu ke Sabah. Sebenarnya ada 20 Bloggers yang dapat. Bella salah seorang daripada Bloggers tu. Teehee! Bella dok merepek dari tadi tapi tak bagitau lagi kan hadiah apa. Apa yang Bella dapat ?

Bookmark kawan Comel. Teehee!





Kucing yang Mempunyai Sayap



Assalammualaikum dan Hello Readers!
Teehee!

Hari ni nak cerita pasal kucing yang sangat-sangat Ajaib dan unik. Siapa peminat tegar Kucing mesti xcited nak tahu. Teehee! Bella pun minat kucing tapi Bella minat lagi dengan Encik Arnab. Teehee!


Pernah nampak tak Kucing Bersayap ? Macam Pari-pari tu. Bella tak pasti kucing ni betul-betul wujud atau macam mana. Kucing bersayap ni pernah dijumpai di China, Canada, Madrid, India dan beberapa tempat lain lagi. Ada juga yang percaya kucing ni adalah jelmaan Iblis. Cuba korang tengok sendiri gambar-gambar kucing Bersayap kat bawah ni.




Kumpulan Bulu rontok

Antara Sebab-sebab yang dipercayai kucing mempunyai sayap
 Bulu rontok yang menggumpal
 Cacat ketika lahir atau Kembar Siam
 Penyakit Feline Cutaneous Asthenia (FCA) - Penyakit keturunan yang menyebabkan kulit
     menjadi elastik


Resepi Spaghetti dan Dessert Ala-Ala Bella


Assalammualaikum dan Selamat Malam Readers!
Teehee!

Dah makan ? Kalau belum, jom try buat Spaghetti ala-ala Bella. Tapi, lau tak da Spaghetti, simpan menu ni untuk esok ye. Sangat simple. Tak memerlukan banyak bahan. Ni semua sebab tengok Master Chef semalam la. Dorang dok buat Pasta. Kita buat Spaghetti.

 Spaghetti Simple Ala-Ala Bella 

First sekali, sediakan bahan-bahan kat bawah ni ya. Teehee!
 Spaghetti
 Minyak Zaitun
 Garam
 Nugget atau yang seumpama dengannya
 Mayonnaise
 Daun Sup

Lepas tu, korang hanya perlu ikut step simple ni
 Rebus Spaghetti sehingga lembut
 Bila Spaghetti dah masak, gaul dengan minyak zaitun dan garam.
 Gaul Spaghetti dengan hirisan daun sup
 Masak Nugget dan dipotong dadu
 Last sekali, dah boleh hidang di dalam piring. Boleh letak Mayonnaise sebagai penambah
    perasa


Next, kita buat Dessert simple sebagai penyeri makanan pula. Yang ni pun mudah dan ambil masa yang singkat saja. Jom try buat Salad Buah ni pula.

Bahan-Bahan
 Buah-buahan seperti Apple, Pear, Anggur. Boleh juga kalau nak letak Ubi kentang rebus
 Sos Salad (Mayonnaise untuk salad)

Cara-Cara
 Potong buah bentuk dadu
 Gaulkan buah-buahan tadi dengan Sos Salad
 Nak lagi sedap? Boleh letak Susu Pekat Manis
 Nak super duper sedap lagi ? Letak di Peti Sejuk

Hasilnya :


Selamat Mencuba. teehee!