Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hadiah dari Blogger Nabila Medan

Assalammualaikum dan Hello Readers! 
teehee!

Gambar Hiasan diimport dari Google Image

Malam ni Bella just nak share satu entry pendek. Masa Bella baru balik dari Centrepoint spending time dengan kawan Bella yang dah 2 Tahun lebih tak berjumpa, Bella ternampak satu sampul surat atas nama Bella. Tapi, sampul tu dah terbuka. Akak Bella pun excited nak tengok apa Bella dapat :p Teehee! Dia dah buka dulu.

Bella baru dapat hadiah dari Nabila Medan. Comel giler. Giler tak comel kan. Teehee! Lepas ni nak pakai la hadiah tu. Apa sebenarnya hadiah yang Bella dapat ? Teehee! Jeng Jeng Jeng! :p

Cermin Comel

Btw, semua result Bella dah keluar. Alhamdulillah dengan apa yang Bella dapat even tak setinggi masa semester satu dulu. Tapi Alhamdulillah :) Nanti Bella nak update entry jalan-jalan ngan kawan Bella tu pula. Teehee! Ada pasal World War Z! Teehee! Siapa dah tengok ? Okla, Gud Natch!




Kawan Baik dari Indonesia


Assalammualaikum dan Malam Readers!
Teehee!

Sebenarnya Bella dah lama nak update entry pasal 2 orang kawan Bella ni. Tapi, hari ni baru berkesempatan untuk mengupdate entry ni. Jom, Bella nak kenalkan 2 orang kawan Bella dari negara jiran ni. Sesi Ice Breaking bermula kat sini. Teehee!

Ni orang pertama yang Bella kenal. Dah lama Bella kenal dia. Lebih kurang 3 Tahun lau Bella tak salah. Nama comel dia Cherly. Dia ni peminat tegar Hongki. Siapa minat Hongki, bolehlah jadi geng dengan dia. Tapi, sekarang ni tiba-tiba pula dia dah jadi bini Jacob yang dalam filem Twilight tu. Bella mestilah ngan Edward. Teehee! Sangat-sangat peramah dan baik hati. OOOOppps! Cik Cherly jangan pula kembang dua lubang Hidung ^..^ Teehee!


Cherly yang cantik menawan

Lepas Bella berkawan dengan Cherly, Bella kenal dengan satu orang kawan ni pula. dia ni teman rapat Cherly. Nama dia Vine. Dia ni comel. Tapi, Bella selalu panggil dia Nenek Vine. Teehee! Joke-2 ja. Nasib baiklah dia tak mengamuk dengan Bella. Vine ni 2x5 peramah juga macam Cherly. Lawak-lawak juga. Selalu main WhatsApp dan WeChat dengan dia ni. Suara dia comel juga. Teehee!

Vine yang comel loteh

Thanx dah jadi kawan Bella hampir 3 Tahun. Jangan lupa bagitau Bella bila datang Malaysia nanti. Bella belanja makan Ice Cream. Teehee! apala Bella ni. orang datang jauh-jauh, belanja ice cream ja :p Teehee!

Lastly, ada dua subjek lagi yang tak keluar (markah). Bella dah kecewa dengan subjek lain. Hopefully yang lain okay. InsyaALLAH. Takpa la, past is past. Gagal sekarang tak bermaksud gaga selama-lamanya. Doakan Bella ya.




Hadiah dari Blogger Farisha

Assalammualaikum dan Malam Readers! 
Teehee!

Korang tengok tak Master Chef tadi ? Che Ta dah tersingkir. Tinggalah dua orang Finalist yang akan bertanding esok. Bella minat dengan Celina. Tapi, bila Bella tengok preview Master Chef untuk esok tadi, Bella rasa Syura yang akan jadi Master Chef Musim Kedua ni. Korang pula rasa macam mana ? Siapalah yang menang agaknya ?


Tadi Bella check peti surat, ada pula surat untuk Bella. Alhamdulillah, Bella dapat hadiah dari Blogger Farisha. Hadiah yang simple tapi cute. Thanx kak Farisha sebab dah post jauh-jauh hadiah tu ke Sabah. Sebenarnya ada 20 Bloggers yang dapat. Bella salah seorang daripada Bloggers tu. Teehee! Bella dok merepek dari tadi tapi tak bagitau lagi kan hadiah apa. Apa yang Bella dapat ?

Bookmark kawan Comel. Teehee!





Kucing yang Mempunyai Sayap



Assalammualaikum dan Hello Readers!
Teehee!

Hari ni nak cerita pasal kucing yang sangat-sangat Ajaib dan unik. Siapa peminat tegar Kucing mesti xcited nak tahu. Teehee! Bella pun minat kucing tapi Bella minat lagi dengan Encik Arnab. Teehee!


Pernah nampak tak Kucing Bersayap ? Macam Pari-pari tu. Bella tak pasti kucing ni betul-betul wujud atau macam mana. Kucing bersayap ni pernah dijumpai di China, Canada, Madrid, India dan beberapa tempat lain lagi. Ada juga yang percaya kucing ni adalah jelmaan Iblis. Cuba korang tengok sendiri gambar-gambar kucing Bersayap kat bawah ni.




Kumpulan Bulu rontok

Antara Sebab-sebab yang dipercayai kucing mempunyai sayap
 Bulu rontok yang menggumpal
 Cacat ketika lahir atau Kembar Siam
 Penyakit Feline Cutaneous Asthenia (FCA) - Penyakit keturunan yang menyebabkan kulit
     menjadi elastik


Resepi Spaghetti dan Dessert Ala-Ala Bella


Assalammualaikum dan Selamat Malam Readers!
Teehee!

Dah makan ? Kalau belum, jom try buat Spaghetti ala-ala Bella. Tapi, lau tak da Spaghetti, simpan menu ni untuk esok ye. Sangat simple. Tak memerlukan banyak bahan. Ni semua sebab tengok Master Chef semalam la. Dorang dok buat Pasta. Kita buat Spaghetti.

 Spaghetti Simple Ala-Ala Bella 

First sekali, sediakan bahan-bahan kat bawah ni ya. Teehee!
 Spaghetti
 Minyak Zaitun
 Garam
 Nugget atau yang seumpama dengannya
 Mayonnaise
 Daun Sup

Lepas tu, korang hanya perlu ikut step simple ni
 Rebus Spaghetti sehingga lembut
 Bila Spaghetti dah masak, gaul dengan minyak zaitun dan garam.
 Gaul Spaghetti dengan hirisan daun sup
 Masak Nugget dan dipotong dadu
 Last sekali, dah boleh hidang di dalam piring. Boleh letak Mayonnaise sebagai penambah
    perasa


Next, kita buat Dessert simple sebagai penyeri makanan pula. Yang ni pun mudah dan ambil masa yang singkat saja. Jom try buat Salad Buah ni pula.

Bahan-Bahan
 Buah-buahan seperti Apple, Pear, Anggur. Boleh juga kalau nak letak Ubi kentang rebus
 Sos Salad (Mayonnaise untuk salad)

Cara-Cara
 Potong buah bentuk dadu
 Gaulkan buah-buahan tadi dengan Sos Salad
 Nak lagi sedap? Boleh letak Susu Pekat Manis
 Nak super duper sedap lagi ? Letak di Peti Sejuk

Hasilnya :


Selamat Mencuba. teehee!



Awal dan Scha Dijangka Menunaikan Umrah Ramadhan ini

Assalammualaikum dan Selamat Malam Readers!
Teehee!

Panjang betul tajuk Entry kali ni. Tadi dok godek-godek Beautifulnara, terjumpa berita yang Awal dan Scha InsyaALLAH akan menunaikan Umrah bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah. Memang bella tak pernah lagi ke sana. InsyaALLAH, kalau ada rezeki Bella ke sana. Teringin juga. Siapa yang tak nak pergi kan.


Menurut Kosmo, mereka dijangka akan menunaikan umrah pada minggu kedua tau ketiga Ramadhan ni. Awal dan Scha akan ditemani keluarga masing-masing. Lagi sweet. Pergi dengan family lagi.

"Oleh kerana ini yang pertama kali bagi saya, sebagai persiapan saya ada membeli beberapa buku panduan mengerjakan umrah. Kami juga akan menghadiri kursus untuk mendapat gambaran dan sedikit ilmu sebelum menjejakkan kaki ke sana. Kami pergi ke sana untuk berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Selain itu, kami juga ingin berdoa agar lebih dimurahkan rezeki"
-scha

Bella doakan semua perancangan yang dibuat akan berjalan dengan lancar. Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. 


Facebook Naik Taraf Lagi


Assalammualaikum dan Hello Readers!
Teehee!

Facebook naik taraf lagi ? Bella maksudkan 'upgrade' ya. Maybe Bella yang lambat kot. Mungkin ada yang dah tau. Tak pa la. Bella nak share juga. Teehee! Sharing is Caring. Bella tak perasan sebenarnya sampailah Bella nampak kawan Bella share kat Facebook.

Apa pula Mark Zuckerberg buat kali ni untuk meng'upgrade' Facebook? Tengok kat bawah ni.

Sila abaikan comment-comment kat atas tu. 

Perasan tak ? FB dah boleh letak gambar dalam comment. Lepas ni bolehlah kita balas-balas comment dengan gambar. Asyik dok comment dengan ayat 'biru' la, hitam la. Cuba try test buat perubahan pula kat comment korang. Teehee!

Macam mana nak buat ? Nampak tu simbol comel   tempat nak tulis comment ? Click ja simbol tu dan attach gambar yang korang nak. Camera tu tak lah pink cam tu ya. hehe Colour kelabu tu ja.

Cepat try. Mana tau tak jadi. Teehee! Selamat Meng'try'. Lau tak dapat, jangan tanya bella. Tanya Mark Zuckerberg. Teehee!





Hadiah dari A&D Kraf


Assalammualaikum dan Selamat Petang !
Teehee!


Tadi bila pakcik posmen datang, intai-intai dari tingkap. Manala tau. kot-kot posmen tu nak berhenti depan rumah. Memang betul posmen tu berhenti depan pagar tadi. Bila Bella keluar nak ambil, ingatkan surat dari Astro ke, Streamyx ke, Digi ke atau yang seumpama dengannya. Rupa-rupanya surat untuk Bella :D Teehee!


Before buka, rasa-rasa dulu. Nak teka-teka la konon apa kat dalam. Teehee! Bila dah buka, tengok ni apa yang Bella dapat.

Gambar brooch bunga tu Bella punya. Sekadar Hiasan.
Comelkan Bookmark Felt tu. Teehee!


Thanx to A&D Kraf. Korang pun boleh jenguk page A&D Kraf. Macam-macam ada. Boleh buat tempahan. Comel-comel belako. Ada keychain, bag, bantal dan Bookmark. Semua Handmade. Comel! Teehee!