Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Blogger Bertuah!

Assalammualaikum and Hello Readers and Runners! ^^

Baru hari ni Bella berkesempatan nak review 2 Bloggers yang sangat-sangat bertuah. Bertuah kena review oleh Bella ? Haha! Ini semua poyo. Alah, Setakat Bella :p

Ni Bella nak review pemenang First Giveaway by Nuranis Amar. Nak skodeng empunya GA ? Boleh jer. bella benarkan. Bella agak merapu hari ni -_-



Straight to the point, pemenang pertama ni agak manis seperti 'madu'. Siapa ? Awak ?  Eh, Bukan la. Habis tu siapa ? Nama Blogger ni Nurfara Hani. Kan Bella dah kata dia manis seperti 'madu'. Nama pun Hani. Blog Hani sangat simple dan kemas. Dah banyak follower Hani ni. Masa Bella review ni dah 1660. Sekarang tak tau pula. Korang jangan lupa terjah sana. Sambil tu click la iklan-iklan Cik Hani ni. Mana tau murah rezeki kita nanti. InsyaALLAH, Amin!




Blogger kedua ? Siapa ? Awak ? Eh, bukan juga. Hehe, Nama Blogger kedua yang bertuah ni Nazieqa. Bella rasa dia ni ceria orangnya. Kenapa ? Sebab blog dia sangat ceria. Betul ke Tuan Empunya Blog ? Kalau salah, maafkan Bella. Hehe, Banyak gak kata-kata yang kita boleh ambil kat blog dia ni. Bukan bermaksud nak jadi copycat ke copydog. Tapi, kata-kata tuk diri kita. Hehe, Tapi, Bella rasa Zieqa boleh ganti Top Doodle tu dengan doodle yang kecil sedikit. Boleh je kalau nak letak ^^ Jangan lupa terjah Blogger ni juga.

Kalau korang rajin nak join Giveaway kat Blog, terjah lah dua Bloggers kat atas ni sebab Bella rasa dorang rajin join Giveaway. Hehe. Betul ke Tuan Blog ? 

Blog Bella still under construction tuk beberapa hari ni. Korang sabar eh. Hehe, Bella promis domis tuk continue update Entry Berepisod Tentang Cinta lepas cuti. InsyaALLAH. Ni kat bawah ni Jadual Final Examination Bella. Doakan Bella mampu ingat dan faham apa yang Bella belajar. Ada lagi, tenang dan ada idea tuk jawab. Kalau korang baca entry ni, secara tak langsung korang doakan Bella. Terima kasih :') Tanda Love tu means Bella balik Sabah. Yeay!! Tak sabar.




Entry Berepisod Tentang Cinta


Pengumuman!



Assalammualaikum dan Morning Bloggerian!
Teehee!

Bajet jer ni nak buat pengumuman. Cam nak buat pengumuman Raya pula. Eh? Puasa pun belom :p Bella just nak inform yang Blog sekarang Under Construction. Saja nak berubah angin dari colour pink hijau ke purple. Perubahan yang agak drastik. Tunggu dan lihat hasilnya ^^ Siapa yang contracter untuk Blog Bella ? Rahsia ! Nanti Bella bagitau. Promise Domis.


Secondly, chewaah! ada yang kedua juga. Sekarang musim study week. Next week dah final. Bella nak minta maaf kalau tak sempat nak terjah Blog korang. Tak sempat nak update entry. Or apa-apa yang berkenaan dengan Blogger. Promise Domis yang Bella akan kembali aktif lepas ni. Lepas Final. InsyaALLAH. 


Doakan Bella ya! Takut ni nak jawab final. Risau. Jangtung dok dup dab dup dab! Teehee. Gambar tu sekadar hiasan. 


Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus (Video dan Gambar)

Assalammualaikum semua ^^
Dan Hello,

gambar-majlis-pernikahan-ustaz-azhar-idrus-8

Alhamdulillah bila Ustaz Azhar Idrus (UAI) kita sekali lagi mendirikan masjid dengan sekali lafaz. Tema colour Kelabu. Majlis yang simple tapi sudah memadai. Lebih elok bila besederhana kan. Bukan bermaksud tak elok nak buat Majlis besar-besaran bila nak mendirikan masjid. Semua ikut kemampuan masing-masing. 

gambar-majlis-pernikahan-ustaz-azhar-idrus-2

gambar-majlis-pernikahan-ustaz-azhar-idrus-7

Macam biasalah, bila seseorang tu buat sesuatu, ada saja pihak yang tak berpuas hati. Sampai terkeluar hukum hakam yang dicipta sendiri. UAI kahwin pasti ada sebab. Rasanya tak perlu UAI nak huha sana sini sebabnya. 

947060_575457259142379_1730691078_n

InsyaALLAH rumah tangga yang dibina akan kekal dan bahagia seperti yang dikehendaki. Sama-sama kita doakan kebahagiaan UAI bersama isterinya :)

Boleh tengok Video Perkahwinan UAI di bawah ni 




Wanita Hidup Semula Selepas 3 Dekad


Assalammualaikum dan Morning ^^

Baca tajuk dah seram? Cam mana nak baca entri ni? Hehe, Ketawa jahat. Di London, seorang kawan terkejut apabila rakannya yang dipercayai telah meninggal menelefonnya mengajak dia keluar selepas 3 Dekad. Rakannya yang dipercayai telah meninggal 3 Dekad yang lalu bernama Christine Greenslade.

Foto
Christine duduk dua dari kiri

Christine lebih terkejut apabila rakan-rakannya menyangka dia telah meninggal. Hakikatnya, Christine masih hidup dan itu bukan rohnya. Dia menyedari bahawa satu akhbar tempatan telah tersilap meletak namanya sebagai orang yang telah meninggal pada tahun 1980 dulu. Sebenarnya, ibunya, Pamela yang meninggal ketika itu. Nama mereka telah tertukar di dalam akhbar tersebut.

"Christine Greenslade menghembuskan nafas terakhir, meninggalkan tiga anak dan seorang suami"

Akhbar mingguan The Cornishman yang tersilap meletak nama ibunya sebagai nama Christine

Christine yang telah berusia 66 Tahun tidak menyedari kesilapan nama di akhbar tersebut dan telah berpindah ke tempat lain tanpa memberitahu rakan-rakannya.

Bahaya juga kan kalau dah silap letak nama ni. Benda yang orang ingat Fakta tu sebenarnya salah. Semalam sempat juga makan Chicken Chop kat Hutan Bardar. Ramai Gila orang sampai takda tempat duduk. Ramai orang dok berdiri tunggu meja kosong. Ada juga yang kibar bendera putih angkat kaki pergi ke tempat lain. Alhamdulillah, kami dapat gak makan selepas 1 Jam lebih tunggu. 




Burger Bakar Abang Burn

Assalammualaikum dan AfteeerrrNoooon Readers! :)

Sekarang ni dah masuk Study Week. OMG! Oh Menarik Giler! Final dah nak dekat. Before bertapa kat bilik untuk mengfokuskan diri belajar, kita orang keluar jap pergi makan. Kat mana ? Kat mana ? Kat Burger Bakar Abang Burn! Abang Terbakar. Kami hanya berpandukan ingatan menghafal Google Map kawan seorang ni untuk ke sana. Akhirnya jumpa juga destinasi yang dicari. Dari seberang jalan, dah nampak asap-asap Abang Burn tu.


Ramai juga orang kat area Abang Burn tu. Maklumlah, cuti Hari Wesak kemarin tu. Terus buat line nak order Abang Burn. Oooops! Bukan Abang Burn tapi Burger Bakar Abang Burn. Bukan setakat Abang Burn ada kat sana, Akak Burn pun ada juga. Sedap! Hingga menjilat 10 jari tangan. Berbaloi-baloi. Tapi, Bella nasihatkan, pastikan bawa perut yang kosong bila nak ke sini.


Burger+Daging Bakar+Cheese limpah ruah - RM10.50


Meatball+Lada Hitam+Cheesy Wedges - RM9.50
Ni Bella share 2 orang tapi tu pun tak habis, bungkus bawa balik bilik. Kenyang!


Cheesy Wedges 

Tak lama kami tunggu. Tup-tup dah sampai. Excited ni nampak Burger Bakar dia meleleh dengan Cheese. Siapa yang tak minat Cheese boleh order yang takda cheese or yang versi Lada Hitam punya.







Kita orang ambil masa juga before nak makan tu. Dalam 10 minit gitu. Kenapa ? Sebab 10 minit tu untuk bergambar dengan Burger Bakar tu. Yerla, bukan selalu dapat makan. Asyik dok makan Burger Top (burger kat kolej) ja. Hehehe, 



Hari ni cuti kan. Student-student sekolah pun cuti. Memang kenalah sangat kalau dapat makan Burger Bakar dengan family atau kawan-kawan. Jom-jom Makan Burger Bakar. Promote ni. Tak da komisen pun. hehe


Lepas tu, kita orang stop jap kat Pandan Uptown. Niatnya, nak ke Pasar karat tapi tak da parking lepas buat tawaf 2 pusingan. Takut pula kena saman. Lari ke Pandan Uptown. Kat Pandan ni pun dah macam Pasar Karat. Serabut gak sebab banyak betul orang. Last-last duduk minum jap kat tempat makan. 


Bandung 3 Layer - RM3
Memang kaw-kaw punya!


ABC Besar Punya! - RM4
Full of Chocolate. Terbaekk!

Tak sabar nak balik rumah ni. Masa tuk bertapa sebelum Final. Bella tak minta apa-apa. Bella cuma minta doa dari Readers semua agar Bella dapat jawab dengan baik dan tenang. Dan, Bella dapat faham dan ingat dengan mudah ^^ Amin! 


Wanita Basuh Pinggan, Kemas Rumah Ketika Tidur


Assalammualaikum dan Malam Readers! ^^


Bunyi tajuk pun dah lain macam kan. Ni Bella terbaca kat Surat Khabar Metro. Seorang wanita berusia 50, Claire Bartlett membasuh pinggan mangkuk dan membersihkan rumah ketika tidur. Kerja-kerja membersihkan rumah seperti menyapu dan mengilap tingkap agak bersih dan berbaloi menyebabkan dia dan suaminya tidak mengambil apa-apa langkah untuk merawat masalah pelik tu.

"Saya berpendapat ia menjadi impian semua isteri dan setiap suami. Saya tidak merasa penat selepas itu. Lebih menyeronokkan kerana apabila terjaga, semuanya sudah beres. Ia berlaku kira-kira tiga kali seminggu. Keluarga saya berpendapat ia agak kelakar. Malah saya mula membiarkan pinggan tidak berbasuh dengan harapan saya akan membasuhnya ketika tidur"


Siapa agaknya yang tak nak bila boleh buat kerja masa tengah nyenyak tidur kat katil. Bangun-bangun ja, homework dah siap ke. Makanan pun dah siap dimasak ke. Best juga macam tu. Hehe, Tett! Jangan malas-malas Bella ! :p

Hari ni secara rasminya, lecture dah habis. Next week dah study week. Next-next week pula dah Final. Bekobar-kobar rasanya. Doakan Bella ^^




Akademi Fantasia Kembali Lagi

Assalammualaikum dan Malam Raeders ! :)


Akademi Fantasia nak tayang lagi kat TV ? Dulu, rasanya AF ni sampai musim ke-9. Hazama yang menang di akhir musim tu selepas dah try untuk masuk AF berkali-kali di musim yang lalu. Alhamdulillah, akhirnya rezeki tu milik dia.


Sekarang ni, AF akan kembali lagi dengan wajah yang baru. Majlis Pelancaran dan sidang media akan diadakan pada 23 May ni. Tak lama lagi. Hari lusa tu. Katanya, AF kali ni serba baru. Kita tunggu ja lah apa yang akan dikatakan pada sidang media lusa ni. Manalah tau MR. Bola-bola pun dah berwajah baru. Kalaulah korang masih ingat dengan Mr. Bola-Bola tu.


Bella start tengok AF ni masa musim kedua. Masa tu Zahid yang menang. Zahid yang Peminat tegar Colour Oren. Then, ada Adam, Linda, Anding. Rasa gempak ja masa tu. Then, Musim ketiga dah start Demam Mawi. Mawi World. 

Musim baru ni agak-agaknya macam mana ya ? 



2nd Bombastic Giveaway by Cik Amabee


Comel banner dia !
Suka suka colour dia yang lembut tu :D
Jom join. Click Banner cantik+cute kat atas :D




Tips Mencuci Muka Dengan Betul


Assalammualaikum dan Hello Readers ! :)

Entry ni khas untuk semua jenis golongan. Jangan ingat perempuan saja yang cuci muka. Lelaki pun jaga penampilan tau. Ni nak ajar cara cuci muka yang betul. Selalu kita cuci muka main hentam ja kan. Lantaklah. Jangan! Cuci muka pun ada caranya. Tak susah mana pun.


Sebelum tu, pastikan tangan kita bersih dari kekotoran. Sebabnya, nanti bertambah-tambah kotor pula muka tu lepas dah basuh. Untuk wanita yang bermake-up, sila tanggalkan dulu make-up-2 anda guna wet tissue. Make up amat susah nak tanggal dengan hanya mencuci muka. 

Jangan lupa pula pencuci muka kita yang pelbagai brand tu :p Ratakan pencuci muka tu ke suluruh muka. Jangan sampai ada bahagian yang tertinggal. Lepas tu, ikut langkah-langkah kat bawah. Tak susah, tak ambil masa yang lama pun :)


Dah siap, cuci muka dengan air biasa. Jangan guna air suam or air yang sejuk. Bila kita mengurut muka dengan cara yang betul, ini akan meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di bahagian kulit muka kita. Akhir sekali, seelok-eloknya, tak perlu lap dengan tuaala. Biar dia kering sendiri. Kalau tak selesa, lap je dengan tuala tapi pastikan tuala tu bersih dan hanya dikhaskan untuk melap muka selepas mencuci muka. Pastikan tukar tuala tu dengan kerap. Dan, masa tengah dok cuci muka, jangan lupa sambil-sambil tu selawat :)

Mungkin korang ada rahsia tersendiri dalam penjagaan muka supaya nampak lebih berseri. Tengok muka Readers ni, semua cantik-cantik dan macho-macho belaka. Share tau dengan Bella.

P/s : Jangan lupa bagi rating kat Entry Bella ^^ Boleh tick di bahagian atas Entry ni




Nak Try Buat Macaroon

Assalammualaikum dan Malam semua ^^

Apa benda alah Macaroon tu ? Tapi yang pasti Macaroon sangat comel. Sayang nak makan bila ada depan mata. Mesti ada Readers rasa pelik bila dapat tau benda pelik Macaroon tu makanan. Ye dok ?


Cam mainan pun ada juga rupa Macaroon ni. Tak sabar dah nak balik rumah Bulan Jun ni.  Tak sabar nak buat Macaroon ni. Walaupun balik cuma 2 minggu sebab ada Short Semester 1 Julai tu, tak apa. Bella dah beli tiket balik Johor lewat cket sebab Berfday akak 2 Julai. ^^ Rindu Family :') 


Tapi, tak tahan bila tengok harga tiket tuk balik raya nanti. kalau tolak, tambah, darab, bahagi boleh jadi RM700 juga tuk pergi dan balik. Haih! Tak balik la Bella jawabnya. Tak tahulah tahun ni berya kat mana. 


Nanti balik rumah ni nak try buat Macaroon tu. Lau jadi, Bella promise domise kat semua. Bella akan share kat blog ni. Lau tak menjadi... Hhaha, InsyaALLAH tak share :p

Gambar credit to kawan Bella a.k.a adik Wawa dan Pak Cik Google :)


Selamat Hari Jadi Awak!



Salam Jumaat dan Hello Readers ! :)

Alhamdulillah, masalah kemarin dah selesai. Harap-haraplah. Thanx to Umi dan Abah. Thanx to Roomate Bella :)  Tadi check Web, Alhamdulillah Bella dapat Kolej yang sama untuk semester depan. Kira jadi orang yang bertuah la juga ni dari 300+ orang. Lastly, Alhamdulillah tiket pergi balik lepas Final ni tak semahal RM300++ macam selalu. Tapi,, tiket balik Raya pergi balik RM600++ -,-'' Tak balik lah raya tahun ni.


Straight to the point, Awak, Selamat Hari Lahir! Awak dah makin tua la :p Sejujurnya, saya tak da hadiah nak bagi kat awak. Sory. Tapi, rasanya, hadiah-hadiah ni tak penting kot.

Saya just nak doakan awak bahagia Dunia dan Akhirat. Tak kesahlah dalam apa-apa pun. Awak jangan tinggal solat tau. Saya tak reti la nak karang-karang  ayat ni -,-'' Sebab lapar kot sekarang ni.

Makan jap ...

Terlebih kenyang pula dah. Nak cakap, Kita study tuk masa depan. Bukan tuk Exam. Saya pun tengah cuba untuk buat cam tu. Umi selalu cakap, buat yang terbaik. kalau kita tak buat yang terbaik, next time nanti menyesal. So, just buat yang terbaik :) Kurangkan menghafal, lebihkan memahami. Saya tak lah sebijak orang lain, tapi saya rasa apa yang saya dapat tu dah setimpal dengan usaha :) Maybe lau saya usaha lebih lagi, lebih baik yang saya akan dapat. Chaiyo-2! :)


Awak, saya nak cakap terima kasih untuk semuanya even saya ni degil ngan awak. Saya janji, saya akan cuba jaga diri saya sendiri. Sory tuk semua salah dan silap saya sebelum ni. sejak kita kenal sehingga sekarang. saya betul-betul minta maaf.


P/s : R^2PIE. Good luck presentation :)

Adios Amigos !
Teehee!
:)





150513 Hari Nakba

Assalammualaikum dan Malam Readers ! :)

Hari ni, seorang lagi kawan Bella yang menyambut Hari Jadi. Dah semakin ramai yang dah mula masuk Group 20s. hehe,


Hari ni juga merupakan Hari Nakba. Apa tu ? Tak pernah dengar pun. Bella pun baru ja tau dari kawan Bella yang seorang ni. Nama lain Hari Nakba ni ialah Hari Kecelakaan. Macam pelik ja kan. Hari Nakba ni disambut untuk sama-sama memperingati hari di mana lebih 500 bandar dan kampung Palestine telah diceroboh oleh Israel yang menyebabkan lebih 700 000 rakyat Palestine menjadi pelarian. Bukan angka yang sedikit tu. Rakyat Israel telah menjadi pelarian di tempatnya sendiri. 


Hari ini akan disambut pada setiap 15 May iaitu sehari selepas pengisytiharan penubuhan Negara Israel pada tahun 1948. Rakyat Palestine yang menjadi pelarian dianggarkan seramai 4 Juta sekarang ni. Hari Nakba ni mula diraikan pada tahun 1998.


Mereka tak minta kita untuk datang ke sana untuk sama-sama berperang. Mereka hanya minta doa kita agar mereka mati syahid dalam peperangan untuk menegakkan Islam. Kalau kita, belum tentu untuk berani mati bagi menegakkan Agama Islam. Betapa kuatnya iman dan hati mereka. Betapa cintanya mereka terhadap Islam :')

Dulunya Palestine sangat luas. Tetapi telah dirampas oleh Israel.
InsyaALLAH suatu hari nanti akan menjadi milik Palestine kembali !

Adios Amigos