Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Hari Jadi Pelbagai Bahasa

Assalammualaikum dan Malam Readers! :)
Teehee!

Bella baru habis dok discussion untuk preparation interview lectures. Ni Assignment English. Penat betul hari ni. Tadi balik bilik dah Jam 9 Malam. Sebab dok bertawaf dalam Library mencari bahan untuk Assignment Macroeconomic. Banyak Betul Assignment sekarang ni. Tapi, tula student :)


So, Bella tetiba nak share ni Selamat Hari Jadi dalam Pelbagai bahAsa sebab hari tu Bella ada dapat email Berfday. Dia wish Bella dalam pelbagai bahasa. Melayu, Cina, India. 1 Malaysia gitu. banyak lagi bahasa-bahasa luar. 1 World gitu :)

Teehee! Bella tak kesah korang nak guna ayat-ayat ni tuk wish sesiapa ja yang korang nak wish :) 

Malay : Selamat Hari Jadi
English : Happy Birthday
Cantonese : Sun Yat Fai Lok
Mandarin : Qu Ni Sheng Er Kuai le
French : Joyeux Anniversaire
German : Alles Gute Zzum Geburtstag
Hawai : Hau Oli La Hanau
Italy : Buon Compleno
Japan : Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu
Korea : Saeng il Chukha ham nida
Latin : Fortuna dies natalis
Portugis : Feliz Aniversario
Punjabi : Janam dim diyan Wadhayian
Russia : S Dniom razhdjenia
Spanish : Feliz Cumpleaous
Swedish : Grattis p fdelsedagen
Taiwan : San Leaz Quiet lo
Thailand : Suk san Wan Keut
Tibetan : Droonkher Tashi Delek
Turkish : Dogum gunun kutlu olsun
Vietnamese : Chuc Mung Sinh Nhat
Indonesia : Selamat Ulang Tahun
Africa : veels geluk met jou verjaarsdag
Tamil : Piranda Naal Vaazhthukkal
Philippines : Maligayang Bati sa Iyong Kaarawan
Arab : Sanah Helwah
Yunani : Chronia Pola
Parsi : Tavalodet Mobarak



Tak banyak yang Bella tau. itu ja lah yang dapat Bella sharekan :) Korang nak, gunalah. Jangan lupa comment tau :D Doakan Bella belajar kat sini tau :D


Yang ni Entry lepas. Jom Terjah sini ! :)
" I LOVE U pelabagai Versi"




270413 Bella Sweet Twenteen

Assalammualaikum dan Salam Jam 2.
Hehe,
Teehee!

Alhamdulillah, Bella masih lagi mampu bernafas di dunia ni kan. sedar tak sedar. Wah! Bella dah Sweet Twenteen. Bukan Sweet Twenty. Teehee! Masih Teenagers. Konon. Thanx kawan-kawan yang dah bagi big Suprise Kat Bella Jam 12++ Malam 270413. Thanx kat kawan-kawan yang dah wish, bagi hadiah, doakan Bella :) Thanx juga kepada rakan-rakan Blogger yang dah wish :)


Cake Chocolate. Dalam dia Moist-moist gitu.
Nampak tu 'Twenteen' ? Hehe

Mulanya, Bella ingat Berfday kali ni tak meriah. Sebabnya, 3 Orang kawan Bella pergi Pesta Buku kat KL. Roomate pula nak pergi Singapore esoknya pagi-pagi. Kawan Bella yang sorang tu duk kat Blok Asrama lain. Tak jauh mana pun. Yang sorang ni pula tak dapat celebrate katanya sebab ada hal. Bella ingat family dia datang. Dia pun dok iya-iya. Jadi yang tinggal seorang ja la, Afiqah Hairi kat Blok tu.


ni la muka-muka yang nak bergambar. Ada lagi 1 Orang tak masuk dalam gambar. 
Gadis Misteri.

Bella keluar jap malam tu 260413 pergi makan + teman roomate ambil kawan dia sebab dorang nak pergi Singapore. Orang Siam. Bila dengar dia cakap ngan mak dia, rasa cam tengah tengok drama Thailand.

dah Jam 11++ gitu, Bella dah siap cuci muka+gosok gigi nak tidur. Bella tidur kat bilik kawan, Afiqah tu sebab Bella biar kawan Siam tu tidur kat bilik bella. Tetiba, Roomate Bella datang dengan Muka risau gitu cakap laptop dia rosak. Minta tolong Bella tengokkan kat bilik. Bella pergi ja bilik, tus kena letupan-letupan entah apa-tu. Agak takut kat situ. Sebenarnya, Bella nak main gak letupan tu tapi dorang semua dah letupkan. Tup-tup, kawan Bella yang kononya family dia datang tu ada kat situ. Ish-ish -,-'' Kena tipu rupanya. Kawan Bella yang duk blok lain pun ada kat situ. Bukan men lagi dia cakap sory before dia keluar sebab xdapat celebrate.


Bilik tem tu gelap. ada Cake ada lilin 2 batang. Dorang semua bukan main lagi lengkap bertudung gara-gara nak ambil gambar. Bella pun ikutlah pakai selendang, pakai cardigan tuk ambil gambar. Padahal kat dalam tu baju tidur ja. Hehe, 

Rupa-rupanya, kawan Bella yang kononnya family dia datang tu keluar ngan kawan Bella yang duk Blok lain tu pergi beli cake semua. Nasib kita orang tak bertembung sebab Bella pun keluar gak p makan kat luar :p Kalau tak, mesti Kantoi :p Thanx for the suprise :)



Tapi, malangnya, masa Berfday Bella tu. Tombol pintu rosak masa petang. tak dapat masuk bilik. Bagitau Felo. Boleh pula dia marah kan. Kami nak jalan-jalan jam 5.45 petang tu pun tergendala. Gara-gara Bella tak dapat masuk bilik. 7.30 Malam baru Bella dapat masuk bilik. Nasiblah, malam tu jam 8 kami sempat gak naik bas UTM nak keluar p Jusco. Makan Pizza ! :) Lupa sekejap kena marah-marah tu.


Kita orang order la ni yang set. tus nak tambah set budak-budak punya. Dia kata tak bole pula. Haha, tuk budak-budak ja. 

Bila nak balik, tertinggal pula bas sebab terlewat cket. Balik naiklah taxi. Nasib Uncle Taxi memahami bagi murah ja :)


Tembam kan Bella punya pipi 


keluar berdua ja sebab yang Fiqa ngan Ainaa tak dapat join malam tu.
Kalau tombol pintu Bella tak rosak, dapat gak kita orang jalan berempat.

Lastly, Thanx again hadiah-hadiah korang bagi kat Bella. Thanx kat Umi dan Abah, Izz dan Khairul. 




KFC Jadi OFC ?

Assalammualaikum dan Night Bloggers!

Teehee!

Ni just short Entry. Maklumlah, ada Test lagi esok. Padahal, lepas ni memanjang lagi On|. Hehe, Bila lah Bella ni nak jadi rajin ? Hurm, Berfikir seketika bersama Oreo. Hehe.

Siapa tak tahu KFC? Siapa tak makan KFC? Orang kata lau kita tak makan sesuatu makanan yang sepatutnya boleh dimakan ni, hilang dah satu nikmat hidup dia. Teehee! Kawan-kawan selalu dok cakap cam tu. 

Ni apa cerita ni ? KFC dah jadi OFC ? Sejak bila pula KFC ni tukar nama ? Kalau K tuk Kentucky, O ni tuk apa ? Onion ? Hehe, Teehee! 

Sebenarnya, Bella nak habaq kat hampa semua. Kat China tu dah ada OFC. Meaning dia ?
Tengok lah kat gambar bawah ni ya . Teehee!



Apa-apa pun, Kita layan dulu Oreo. Doakan Bella dapat jawab Test esok dengan Baik smooth gitu :)




#4 CINTA vs cinta


Assalammualaikum dan Petang semua :)

Korang perasan tak dah lama Bella tak update apa-apa entry pun. Dah nak dekat seminggu kot. Maybe dah lebih seminggu. Tak tau la. Sebabnya, banyak Test yang mendatang ni. Sampai tak da masa pun nak tekan Button On kat Laptop. Ececeh! Sebenarnya, 2 Hari lepas Bella ada update entry cuma tak publish lagi. Sebabnya, ada problem confius bius kat entry tu. Jadi, Bella tak nak publish la.

Hari ni kita continue ngan Part 4. Sebenarnya, Part 4 pasal couple tapi Bella tak dapat nak publish. Sory k :( 

Semua orang dah tau kan perasaan cinta ni lumrah setiap manusia. Percaya tak yang ada orang masuk Syurga kerana cintanya yang suci tu ? Tapi, ramai juga yang masuk Neraka  sebab cinta mereka yang ... Apa-apa ja la kan nak describe cinta mereka tu. Tapi macam mana semua tu ?


Cinta ni datang dari 2 sumber utama. Satu, dari nafsu kita yang membuak-buak tu. 1 lagi dari ALLAH. Cuba fikir Cinta datang dari Allah tu macam mana ? Luaskan pemikiran ada ya :) Cinta yang datang dari nafsu tu equal to Cheaper Love (Cinta Murahan). Cheap Love ni bersifat sementara, Expensive Love (Cinta dari ALLAH) pula akan kekal.

"Cinta itulah yang dialirkan kepada ALLAH dalam hati. 
Cinta muncul dari dalam ke luar, bukan dari luar ke dalam.
Cinta bukan dari mata turun ke hati"

Cinta ni dari hati akan terus mengalir ke seluruh anggota. Cinta juga bukan diukur dengan jari tapi diukur dengan mata hati. Cinta itu datang daripada ALLAH dan diberikan kepada kita sebagai bekalan untuk mendapat kecintaan ALLAH. Jika kita tidak cintakan ALLAH, means kita kurang kenal ALLAH. Tak kenal maka tak cinta kan.

Bagaimana semua cinta kita kepada manusia itu kembali semula kepada ALLAH ?

Cinta kepada kesempurnaan dan kekekalan diri


Semua orang pun cintakan diri kita yang special ni kan. Semua rasa diri sendiri tu sempurna kan. Teehee! Even kita cinta orang lain pun, semua tu still akan kembali kepada diri sendiri. Cinta between two lovers, sebab nikmat bercinta yang dia rasa tu. Cinta ibu kepada anak, sebab dia nak kelangsungan keturunan oleh dirinya. Kita kena ingat yang segala kesempurnaan kita tu datang dari ALLAH. 

Cinta ALLAH ialah cinta paling suci kerana ALLAH tidak menginginkan sebarang manfaat daripada hambaNYA. 
Jadi, cinta itulah yang benar-benar suci.
Semuanya kerana Cinta ALLAH kepada Hamba-hambaNYA.

Cinta kepada sesiapa yang berbudi

Kita pasti akan jatuh cinta dengan seseorang yang berbudi pada kita. Contohnya, pemberi wang,nasihat dan sokongan. Cuba tanya diri kita balik. Dari mana harta si pemberi harta tu dapat? Dari Tenaga dia berusaha la kan. Dari mana pula datang tenaga si pemberi harta tu ? Mestilah datang dari ALLAH. Siapa pula yang mendorong hatinya untuk membuat budi tu ? Dari ALLAH juga :) Orang yang berbudi hanyalah perantaraan kita dengan ALLAH. Cintailah Dia kerana Dia adalah sumber segala budi.

Tuhan adalah sumber utama budi pada semua yang budiman.
Jika kita menganggap manusia sendiri yang berbudi, maka kita sebenarnya telah terlindung dari melihat hakikat

Cinta kepada sesuatu yang indah


Cinta kepada keindahan ni ada dua. First, yang kita boleh lihat,rasa,sentuh,hidu,dengar. Kedua, cinta yang hanya dapat dijangkau dengan hati. Cinta yang first tu adalah cinta kelas bawah. yang second tu, cinta kelas atas. Cinta kelas atas ni dapat lihat pemberian nikmat disebalik nikmat yang dia dapat. Siapa yang sebenarnya pemberi nikmat disebalik nikmat yang kita dapat? Jawapannya tetap ALLAH :)

Kalau kita faham apa sebenarnya meaning yang kita tak nampak dengan mata kasar hati cinta yang kita ada sekarang, itulah dia "CINTA". cinta yang kita hanya dapat rasa dengan mata kasal hati tulah "cinta". Itulah perbezaannya :)

"Selalunya seorang hamba mendekatkan diri kepadaKU dengan amalan-amalan sunat, sehingga dia telah KUcintai.
AKUlah yang menjadi telinga untuknya mendengar, matanya untuk melihat dan lidahnya untuk berkata"

Teehee! Next Part untuk Entry Cinta ni adalah pasal Cinta tanpa Perantara ? Apa tu ? Tunggu ! :)

Adios Amigos
Teehee!



#3 Peraturan Cinta

Teehee! 
Bonjour :)


Sepatunya Bella update Entry ni semalam tetapi disebabkan Bella ada Test Statistic petang ni, Bella tak cukup masa pula nak spend time berblogging semalam. TAPI, ha! ada tapi-tapi juga ni. sebaris ayat selalunya akan diakhiri dengan perkataan TAPI. TAPI, tetiba lecturer tu cakap kita continue tutorial. *Muka dah berubah* Haha, Tak pa la. Test ditunda next week. Next week pula ada 1, 2, 3 Test .... :x

Before tu, siapa belum baca Part 1 dan Part 2, 

PART 1 : Tentang Cinta

Bila kita dah tau bercinta tu salah atau tak di PART 2, sekarang kena tau pula apa peraturan-peraturan Cinta? Apa agak-agaknya ? Siapa yang tengah mabuk cinta tu, tau tak peraturan-peraturan bercinta ni ? Ke bercinta tanpa peraturan ni ? Teehee! Hidup manusia perlu ada peraturan. Setuju ? 


Peraturan cinta ni boleh diibaratkan seperti tanda-tanda di jalan raya. Semua kereta boleh bergerak. Kereta mainan pun boleh bergerak kalau kita kawal. Itulah, pergerakkan kereta itu perlu dikawal dan diatur. Tanda jalan itu bukanlah untuk menyekat pergerakkan kereta tu tapi untuk mengawal pergerakkannya supaya lebih selamat. Apa beza sekatan dengan kawalan ? kawalan ini untuk teruskan sesuatu pergerakkan dengan peraturan-peraturan tertentu TAPI Sekatan pula menghalang 100% pergerakkan tu. Cinta tu pun macam tu sebab cinta memerlukan peraturan dan kawalan, bukan sekatan.


Ada saja orang selalu sebut Hidupku untuk Cinta. Cinta Mati ? Yerla tu kan. Teehee! Peraturan paling common sekali yang rata-rata semua orang dah tau. Tidak melanggar hukum Allah. Terlalu umum kan? Contohnya, tidak meninggalkan solat, puasa, tutup aurat dan macam-macam lagi Hukum Allah. Dating berjam-jam, tapi sembahyang 5 minit pun tak larat kan. Teehee!

Ramai ja yang cakap, alaaa, dunia ni dah moden la. Cinta apa tu kalau tak da calling-calling 23 Jam. Tak da Message sayang-sayang, hubby-hubby, Oppa-oppa. Tak da dating? Semua tu dah dianggap seperti Ajinamoto untuk sebagai penambah sedap makanan. Means, cinta tanpa perisa macam tu mesti hambar dan tawar tak da rasa. Sedangkan itu bukan perisa atau ajinamoto tapi racun dalam Cinta.


Seterusnya, kita selalu dengar Cinta Islamik. "Kami Bercinta kerana ALLAH". Apa maksud tu ? Macam comment Achik kat Part 2, Cinta seseorang kerana ALLAH. Macam mana? Cinta apa yang dimaksudkan dengan Bercinta kerana ALLAH ? Yang ni Rules Kedua. Apabila kita bercinta, perlulah kita iringi dengan niat untuk bernikah dengannya. Janganlah kita nak bercinta hanya sekadar untuk suka-suka. Ada sesetengah orang rasa mesti ada Pakwe, ada Makwe, kalau tak malulah dengan kawan-kawan even tak suka betul-betul. Tu dah break the rules. Kalau kita tak terfikir untuk kahwin dengannya, tahan hati dan katalah dalam hati, "aku cuma tertarik dan minat kepada dia". 

Jangan kita cintai orang itu kerana kasihan. Mungkin pada dasarnya, kita tak sanggup melukakan hatinya apabila dia terlalu baik  dengan kita sebelum ni. Tapi, sebenarnya kita cuma akan merosakkan diri sendiri dan orang yang kita kasihan. Besar jurang perbezaan antara Cinta dan kasihan. Kita boleh kasihan dengan orang yang kita cinta tapi kita tak boleh cinta dengan orang yang kita kasihan


Yakinlah ALLAH itu indah dan suka pada keindahan. Tidak mungkin Dia mewujudkan peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta. Bahkan, dengan wujudnya peraturan cinta ini, Cinta antara 2 insan lebih terpelihara. Besar kemungkinan cinta itu akan bersambung di alam kekal Abadi, Syurga. "Ku nantikan kau di Pintu Syurga". Di situlah wujudnya cinta pertama di antara 2 Insan iaitu di antara Nabi Adam dan Siti Hawa. Jangan pula "Ku nantikan di Pintu Syurga" menjadi "ku Nantikan di Pintu Neraka". Nauzubillah.

InsyaALLAH, cinta kita semua terpelihara dengan adanya Peraturan Cinta ini. Mestilah Follow the rules kan. Amin. Next Part, adalah tentang Couple. Wait and See :)

"Cinta yang abadi hanya ada dalam Syurga"

Adios Amigos
Teehee!





#2 Salahkah Bercinta ?


Assalammualaikum dan Morning kawan-kawan ! 
Teehee ! :)

Cuaca kat bilik Bella sekarang ni sungguh sejuk. Angin bertiup kencang tadi sehingga tingkap yang bertutup boleh terbuka. Ceh! skema bebenor ayat Dr Bella ni. Semalam Doktor Bella yang tak bertauliah ni telah bercakap soal Cinta. Siapa yang belum baca, boleh baca kat #1 TENTANG CINTA. Alhamdulillah, sekarang dah Part 2. Maaflah sebab Entry Bersiri Bella ni tak tentu masanya. Hehe, Tapi, jangan risau sebab tak perlu nak rekod cam drama Bersiri kat TV lau kita tak sempat nak tengok. 



Orite! Tajuk kali ni lebih seronok. Teehee ! Salahkah kita Bercinta ? Korang rasa cam mana ? Before tu Bella nak tegaskan yang ni dalam Skop Cinta antara Manusia. Lelaki dan Perempuan. Kalau sejantina.......Itu memang terang-terang lagi bersuluh dengan sportlight salah!

Sekarang ni semuanya penuh dengan Cinta. Drama atau Filem genre Perang pun ada Cinta. Iklan kat TV tentang Perfume dan Shampoo juga ada pasal Cinta. MP3 kita semua tak payah cakaplah. Hampir semua lagu Cinta. Lagu korea ? Lagu Korea tak sah tanpa perkataan 'Sarang'. Hehe. Bella sendiri minat lagu Korea. Teehee ! :)


Before ni Bella ada cakap sedikit pasal Mabuk Cinta dekat Part 1. Kadang-kadang kita boleh tinggalkan Keluarga kerana Cinta kan ? Malah ada sanggup bertukar Agama demi Cinta. Sini ada Pantun Melayu pasal Mabuk Cinta :

"Nasi Lemak buah bidara,
Sayang selasih Hamba lurutkan,
Buang Emak buang Saudara,
Kerana kasih Hamba turutkan"


Bijak pandai pernah mengingatkan :

"Jangan dibawa berbincang 3 Golongan manusia,
pertama yang SEDANG LAPAR,
kedua yang SEDANG SAKIT,
dan ketiga orang yang sedang MABUK CINTA"


Sebabnya, orang yang lapar hanya memikirkan perutnya yang berbunyi 'kruk-kruk'. Orang sakit sedang menanggung kesakitan yang ditanggung. Orang yang mabuk Cinta pula hanya memikirkan orang yang dicintainya. 

Kita sering tertanya-tanya, salahkah bercinta ? Jawapannya simple saja. Tidak Salah! Bercinta merupakan Fitrah Tabii yang dikurniakan Tuhan. Jiwa kita memerlukan Cinta sepertilah kita memerlukan makanan. Cuma, Cinta merupakan makanan Jiwa. Jika salah, Mengapa Tuhan mengurniakan rasa Cinta ? Pasti ada maksud dan tujuan. 



Tapi, kita harus ingat! Setiap benda ada peraturan. Begitu juga Cinta :) Tuhan telah mencipta Peraturan khas untuk Cinta. Kenapa Tuhan ciptakan Peraturan Cinta ini ? Sebab Tuhan sayangkan Hambanya. Jika Cinta tanpa peraturan, banyaklah kesan-kesan yang Negatif berlaku untuk Jangka panjang. Mungkin Kesan positif still ada tapi hanya untuk Jangka pendek. Cinta tanpa peraturan merupakan Cinta Terlarang


"Seteguk kita minum dari kendi Cinta Terlarang, 
racunnya akan meresap membunuh 
akal, jiwa dan perasaan"

Bella juga pernah Bercinta. Siapa tak pernah Bercinta kan ? Maybe tak Couple, tapi lumrah kita jatuh hati kepada seseorang itu. Itu merupakan Fitrah manusia. Tapi, Cinta mempunyai Peraturan. Apa peraturan Cinta ? Tunggu Part 3 dari Bella :)

Cintailah sesuatu itu sekadar saja.
Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.
Bencilah yang engkau bbenci itu sekadar saja.
Berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.



#1 Tentang Cinta

Assalammualaikum semua rakan Bloggers Bella :)
Selamat Jam 10 Malam.

Alhamdulillah, Bella dah selamat sampai ke Johor Bahru. Before balik ke UTM, Bella tawaf 1 Airport Senai tuh. Paling lama dekat MPH. Ngam-ngam ada Baucar RM50 lagi yang tinggal.
Bella ada beli dua buku. 1 Novel Kampung Girl, 1 buku 'Tentang Cinta'. Bella cari novel Hlovate tapi ada 1 ja. Tu pun Bella dah ada.


Mulai hari ni, Bella akan jadi Doktor Cinta untuk beberapa hari. Chewaah! Ni Entry Khas dari Bella terutamanya untuk Remaja. Yang dah kahwin atau baru nak kahwin pun still boleh baca. Macam yang korang boleh tengok kat tajuk Entry, ini adalah Part 1. Kira macam ada Episod lah ni. Hehe, Cam Drama Bersiri pula. InsyaALLAH semuanya akan ada 18 Part. So, ini Part 1. Untuk makluman, semuanya tentang Cinta. Wow!


Bila sebut soal Cinta, kita akan imagine watak-watak dalam Filem. Contoh : Rose and Jack dalam Titanic, Romeo and Juliet, Kalau dalam Cerita Melayu ialah Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Dalam Versi Korea pula, Jun Pyo dan Jan Di.

Before tu bella nak tanya korang semua. Gambar apa yang paling susah untuk dilukis ? Gambar apa pula yang paling senang untuk dilukis ? Jawab jangan tak jawab.

Menurut Cerita Maharaja China dulu-dulu iaitu apabila Maharaja itu bertanya kepada seorang pelukis soalan tersebut, pelukis itu menjawab gambar yang paling senang ialah Hantu dan yang paling susah ialah Kuda, Anjing dan sebagainya. Cuba fikir, Kenapa ? Sebabnya, tiada siapa yang pernah melihat Hantu. Jadi lukis rupa bentuk apapun, tiada orang yang akan salahkan kita dan sebaliknya untuk Anjing dan kuda yang majoritinya pernah nampak.


Apa kena mengena Cinta dengan Gambar lukisan tu ? Cinta merupakan benda yang paling sukar seperti melukis anjing atau Kuda kerana semua orang pernah melihatnya atau lebih senang untuk difahami, semua orang pernah merasainya. Terutamanya, apabila kita mengjangkau usia Remaja. Memang fitrah Manusia apabila wujud perasaan Cinta. 

Apabila kita telah mabuk cinta, kita tidak sedar apa yang kita buat. Yang kita nampak hanyalah gambaran-gambaran indah saja. Disebabkan mabuk cinta, ada yang sanggup tinggalkan ibu bapa. Tapi, kadang-kadang Cinta itu tidak berkekalan kan. Sedangkan orang yang dah berumah tangga pun ada yang bercerai, ini pula orang yang bercouple. Betul kan ?

Untuk Bahagia, Citailah sesiapa yang mencintai anda. 
Bukan Sesiapa yang anda Cintai

Then, Bella nak tanya. Siapa yang wajar untuk kita cintai ? Hadiah pemberian seseorang ataupun Pemberi Hadiah ? Jawab jangan tak jawab ;)

Mestilah Kita akan mencintai Pemberi Hadiah. Tapi, sedarkah kita kadang-kadang kita tu mencintai Hadiah kerana Allah merupakan Pemberi Hadiah dan Hadiah merupakan Cinta yang dikurniakan Allah. Ini cuma perumpamaan ya :)

Jika tepat pada masa, ketika, keadaan, dan siapa,
cinta akan menjadi luar biasa dan tiada tandingannya.

Orite! ini baru Pengenalan. Bolehkah Kita Bercinta ? Bolehkah Bercouple ? Apa itu Cinta High Class ? Semua Bella akan sambung dalam Part yang setrusnya. Tunggu tau ! :) 

Btw, Bella nak share.Tempat Cinta sebenar ialah di Padang Arafah. Kenapa ? Nabi Adam telah bersusah payah untuk berjumpa Siti Hawa di Padang Arafah. Di situ juga tempat Rasulullah menyampaikan Khutbah terakhirnya. Padang Arafah juga menjadi simbol penyatuan umat seluruh Dunia.

P/s : Bella pun pernah Bercinta tau. Kalau Bella ada salah cakap ke, salah info ke. Bagitau ya. Sharing Is Caring :)



Martabak Maggie ala-ala Bella


Assalammualaikum dan Hello Bloggers yang Bella sayang.
Chewaaah!
Hehe,



Malam ni, Bella tetiba mengidam Martabak MaggieMasa Bella kerja kat Carlorino, selalu kawan Bella yang comel ni bawa Martabak Maggie. Teringat pula kat dia. Kita orang selalu ja bawa bekal than sharing-sharing. Bak kata orang-orang, Sharing Is Caring :)

So, 59 Minit yang lalu Bella buatlah Martabak Maggie ni. Cara dia sama ja kot dengan orang lain. Yang Penting Simple !


Bahan Utama ? Mestilah MaggieTak kira lah jenama Maggie ke, Ruski ke, Mi Sedap atau apa-2 saja. Tapi, yang paling sedap kalau guna perencah kari.

Then, bahan yang boleh dikategorikan utama juga ialah TelurTelur 2 Biji dah cukup untuk sebungkus. 1 Biji pun cukup kot. Tapi jangan sampai 3 Biji tuk sebungkus Maggie. Tak sedap sebab dia akan jadi tebal.

Bahan yang lain ialah Daun sup, Daun Bawang dan apa-apa ja yang korang nak tambah. Tak kesah :)


Cara-caranya

Masak Maggie tanpa perencah dan cuci setelah masak untuk mengurangkan Wax yang ada pada Maggie

Letak Maggie ke dalam Bekas yang tahan Panas

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau bersama segala jenis Daun yang 
     dipotong halus dan bahan-bahan lain yang korang nak letak + perencah Maggie

 Tuangkan sedikit minyak masak atas Maggie tadi untuk mengelak Maggie tu 
      dari melekat apabila masak

 Panaskan Maggie dan tuangkan telur tadi di atas Maggie tu.

 Last sekali, tutup Maggie tu guna penutup dan biarkan sehingga masak. 
      Pastikan api kecil ya :)



Jangan lupa try ya kat rumah. Sekarang pun boleh dah try kalau ada Maggie dan Telur.
 Lau nak guna Pasta pun boleh :) Bila dah masak, potong-potong kut suka hati korang.
Lagi sedap kalau dimakan dengan sos.
Sos Cili tau, bukan Tomato :)


P/s : Sini ada First Resepi dari Bella masa dulu. Siapa belum baca, boleh terjah kat MOIST CHOCOLATE CAKE ALA-ALA BELLA




Shopping Baju dan Kasut Murah!


Assalammualaikum dan Morning Readers ! :)
Kemarin 1 Hari Bella tak dapat nak terjah Dunia Blog.
Hari ni Bella terjah sekejap sebab Bella agak buzy sedikit.
Maklumlah, esok dah nak balik Johor Semula.
Seminggu ja cuti dan rasa cepat betul masa berlalu.
Dah lah esok flight pagi Jam 10 -,-''
Gara-gara xcited masa nak beli tiket hari tu, terambil yang pagi pula.

Orite!
Maybe ada yang dah tahu Page Shopping Bella ni.
Yang tak tau, boleh click 


Kat tempat shopping Bella ni ada Baju dan Kasut.
Baju-baju ni murah tau!
RM25 saja.
Ada Dress, Blouse, Jacket, Cardigan, Blazer, Sweater.


Maxi Dress maybe ada nanti tapi harga RM30.
Maybe future ada Dress yang lebih cantik tuk Album RM30.
TAPI, sekarang ni, semua baju RM25 !!


Baju semua ala-ala korea
Tak lama lagi ni 2PM, UKISS, MIB nak comeback!
Teehee!




Kasut pula harga RM60 dan RM70.
Boleh skodeng-skodeng album kat page ya!
Size yang ada antara 35-40.
Tapi, 40 jarang ada.



Kalau nak tengok lagi banyak, boleh pergi Page Bella.
Ada kat sidebar kanan belah atas.
Jangan lupa LIKE ya.
Untuk tahu barang-barang latest dari Bella ! :)

Postage ?
Murah!
RM5 untuk Semenanjung tak kira berat berapa Kg.
Sabah/Sarawak/Labuan, mahal cket.
Sebab nak kena redah Lautan China Selatan.
RM7/500g.

Bayaran boleh dibuat melalui Maybank atau CIMB :)

jom Terjah sini sambil LIKE-LIKE