Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[Part I] Trip Satu Hari ke Putrajaya


Assalammualaikum and Hel00 Readers !
Alhamdulillah Bella sangat kenyang hari ni sebabnya
ada anty baik hati datang lawat Bella tadi + bagi makanan.
Rasanya, Bella makin mengembang la ni.
Btw, Thanx 100 000 000 x.

Steel Mosque

Hari ni baru Bella berkesempatan untuk update entry tentang Jalan-jalan baru-baru ni. Kita orang pergi Putrajaya sebagai wakil UTM sambil nak mengharumkan nama universiti kami. Ceh! Ini semua poyo :P

Malam tu, kita orang bertolak agak lewat kira-kira Jam 11 Malam. Yang Bestnya, kami kena jalan kaki dari Kolej kediaman sampai tempat tunggu bas. Perjalanan jalan kaki tu agak lama. lebih kurang setengah jam. Korang jangan pula ingat kami ni suka jalan-jalan kaki ni. Sebenarnya, xda Delivery yang boleh datang hantar kami ke sana. 

Tuk pengetahuan korang, malam tu juga ada Earth HourBella dok syok-syok main internet before nak p Putrajaya, Tup-tup lampu dah mati secara automatic. Memang gelap gila. Gila tak gelap kan. 

Masa nak p Putrajaya, Kita orang p dengan 2 bas. Tapi, disebabkan mulut Bella yang masin ni cakap bas akan rosak. Betul-betul pula bas yang Bella naik tu rosak kat tengah jalan. Kami pun terpaksa share ngan bas 1 lagi. Memang pack seperti ikan sardinAda orang terpaksa tidur kat lantai bas.


Jam 4 Pagi gitu kita orang sampai kat Masjid BesiMemang cantik masjid tu. Memang nampak semua macam besi dan unik. Siapa pernah pergi sana, angkat tangan! Sambil dok cari tempat solat, sambil tu dok usha tempat nak ambil gambar. Tapi, mata ni lebih mengantuk. Bila jumpa tempat solat, terus tidur. Bilik air ngan tempat ambil wuduk sangat bersih. Tak perlu pakai selipar kat sana.

Nanti Bella continue dengan Part II ok! Agak sibuk cket. Hehe,

Lastly,



Bye-bye korang!
Smile!
:)

Jom Solat Maghrib ! :)






Betul Atau Tidak ?


Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Disebabkan cuaca agak panas petang ni, Bella malas nak update pasal
Our Journey To Putrajaya Sabtu dan Ahad baru-baru ni.
Bella pun tak tau apa lah hubung kait antara cuaca dengan malas nak berentry tu.

Btw, Bella nak bagitau yang Perjalanan kami tu pernuh Drama la juga.
Nanti Bella story mory k!

So, petang ni korang cerTry scroll ke bawah dan hayat gambar-gambar yang ada.
Betul atau Tidak ?
Korang rasa, korang tergolong tak dalam tu :P
Konfem lah kan. 
Jangan nak berahsia dengan Bella.
Yakin ja kan :p

-1-


-2-


-3-


-4-

-5-



-6-


-7-


-8-


-9-


-10-



Maybe ramai yang dah pernah tengok gambar-gambar ni kat Muka Buku.
Ada banyak lagi yang lawak kat
Like page tu tuk up to date gambar-gambar yang Lawak.



Lastly, Korang tergolong dalam gambar yang No berapa ? 
Hehe 
Baik mengaku 





Jangan Lupa Tutup Lampu Malam Ni!

Assalammualaikum dan petang semua.

First-first Bella nak umumkan sesuatu kat semua Blogger or Readers,
Ni adalah Entry terakhir Bella.
Ha ?
Terkejut tak ?

*Tak terkejut langsung!*

Sebenarnya, ni adalah entry terakhir Bella tuk hari ni dan sok
cause malam ni, Bella akan bertolak ke Kuala Lumpur, then Putrajaya.
Kita orang wakil U tuk aktiviti yang akan berlangsung di sana.
Aktiviti apa ?
Aktiviti 
"I AM 4 U"
Lau korang nak join pun boleh, so meh datang ramai-ramai ke Putrajaya.


Oklah!
Back to the title of this Entry,
mesti ramai yang dah tau.
tapi, ada ja kan yang dok tau lagi.
So, Bella nak ajak korang semua 
Tutup lampu malam ni.



"Memang malam ni tutup lampu sebab nak tidur kan?"

Bukan Bella suruh korang tutup lampu masa nak tidur.
Malam ni 1 Dunia ni akan bergelap sempena
Earth Hour.
Tak lama pun, so jom ramai-ramai Off the Light!
Sama-sama kita sumbang "Tabung Alam Sedunia"

Bella nak Highlight kat sini masa Earth Hour malam ni

Start Jam 8.30

sampai Jam Berapa ?

Sampai Jam 9.30.
Nama pun Earth HOUR kan.
So 1 Jam la.


Tapi, siapa yang nak teruskan sampai 2 Jam, 3 Jam, or sampai sok pagi, 
pun boleh^^

Bella pun join tau before bertolak ke KL malam ni.

Lau korang tak dapat nak join,
off lampu H/P pun bolehlah :p






Tips Pilih Suami


Assalammualaikum dan Morning!!

Dah Breakfast ke belom ni. Korang tau kan Breakfast ni penting. Mak Aihh, dah macam mak-mak nak paksa anak Breakfast. Padahal, diri sendiri pun lom Breakfast.  So, Entry kali ni juga pendek. Bella akan taip sependek-pendeknya. Bella dah jadi Buzywoman. Bukan BuzyBody :p

*Tak habis-habis membebel*

Orite!
Tips Pilih Suami ?

Before tu Bella nak tanya,
Apa benda utama yang korang tengok dulu bila nak pilih calon suami or Boyfriend ?
Mata ?
Hidung?
Mulut ?
Rambut ?
Kereta ?
Lesen ?
Dompet ?
Jam ?

Cuba korang share ngan Bella 
kalau korang nak share la :p


Orite!
Yang ni Bella dapat dari my lovely Father forever.
Tips utama nak pilih ni ...
Nak tau ?


Kenalah cari suami yang solat 5 waktu sehari.
Means, dia tak tinggalkan solat dia.
Nak tau reason ?

Sebab bila lelaki tu pandai jaga solat dia, means dia akan pandai jaga segala-galanya.
Lelaki tu juga boleh bimbing kita :)


So, korang jangan lupa skodeng lelaki-lelaki yang ada kat Malaysia ni tinggal solat atau tak.
Lagi satu, Lelaki yang boleh jadi Imam masa solat.
Bila dia boleh jadi Imam, means dia boleh jadi Ketua Keluarga kita in Future :)


Bella tak sure pula lau Tips untuk Lelaki pilih Isteri.

UAI pernah cakap, 
"Wanita solehah perlu cari Suami yang soleh
supaya Wanita tu tak jadi Wanita yang Tak Solehah pula nanti. 
Wanita tak solehah juga perlu cari Lelaki yang Soleh juga 
supaya dia boleh bimbing Wanita tu menjadi Wanita Solehah"



Tapi, InsyaALLAH siapapun jodoh kita kelak, dialah yang terbaik :)
Semua ketentuan Allah adalah yang terbaik!







4 Bloggers Bertuah !


Assalammualaikum semua ^^
dan Selamat... Bella rasa sekarang ni dah masuk waktu pagi, So, Good Morning! 

sebab Jam di Laptop menunjukkan Jam 12:14 a.m . Sok malam, Bella akan bergerak ke PutraJaya dengan kawan-kawan yang lain dari Johor Bahru sebab ada program yang Gemssspak gitu!

Oklah, straight to the point, Lagipun mata Bella dah berat ni. Nak tertutup dari tadi. Bella harap, Bella takdalah merapu sebab dah mamai-mamai masa menaip ni. Baru-baru ni Bella jadi sponsor tuk 
Segmen Mimik Muka Melampau yang dirasmikan oleh Blogger Cik Sitiso, seperti yang dijanjikan, Bella akan review blog-blog bertuah ni sebab ni lah pertama kalinya Bella review Blog Blogger-blogger.

Check It Out !


First and foremost, 
Cik Alynn Blogger.
Bella rasa dia ni suka cartoon yang comel-comel.
Kat situ, dia ada cakap dia minat kucing.
So, siapa-siapa yang minat kat kucing bolehlah share-share dengan Cik Alynn kita ni
Blog purple yang simple :)
Seriously, Bella suka dengan gambar mimik muka melampau dari dia.
Comel  dan nampak natural.
Lau korang nak tau kenalah terjah Blog Beliau.
C-L-I-C-K  H-E-A-D-E-R



Secondly,
Ada persamaan tak gambar doodle kat header tu dengan muka blogger satu ni ?
Cam ada iras-iras juga kan ?
Nama diberi ialah Miss Ifa Omar.
Before tu, mana blogger Perak sini ?
Sebab Miss Ifa ni orang Perak.
Ha! sapa yang nak kenal-kenal ngan dia, boleh follow Miss Ifa ya.
Btw, blog yang kemas sebab ada border colour pink tu,
so boleh nampak lah jarak antara sidebar dengan entry.
Bella rasa Miss Ifa ni peminat merah jambu. 
C-L-I-C-K  H-E-A-D-E-R



Kedua terakhir,
Dari header blogger ni, Bella rasa dia ni seorang yang simple.
Tapi, tak tau la pula kan sebab Bella tak kenal lagi.
Loading Blog yang laju.
So, visitor tak perlu tunggu lama-lama bila nak terjah blog si Dia ni.
Bella lupa pula nak kenalkan nama dia.
Sory-sory.
Nama si Dia ni ialah Nur Baiyah.
So,
C-L-I-C-K  H-E-A-D-E-R



LASTLY, Orang yang bertuah,
ialah.
awak ke ?!
siapa ?
....
Bella rasa dia ni peminat K-Pop!
Bella pun minat tapi sekarang ni buzy betul ngan pelbagai tugasan.
Pusing-pusing 360 darjah.
Korang mesti pelik tengok header dia kan sebab kosong semacam je.
Relax!
Blogger ni tengah dalam proses nak tukar template.
So, korang tunggulah masanya nanti.
Mana tau, masa tu header dia paling gemssspak!
Kan?
C-L-I-C-K  H-E-A-D-E-R



Bella rasa, semua yang Bella review ni, adalah new Bloggers. Bella pun still baru sebab Bella start berblog secara official masa 19 January 2013. Baru ja kan masa tu. Baru 2 Bulan ++. Korang jangan lupa terjah blog mereka tau ^^ Btw, Bella sangat buzy sekarang :( Assignment+Tutorial+Catch Up Mengcatch Up Study+Aktiviti



Makin Gemuk!

Assalammualaikum semua !
Entry kali ni akan dikarang tidak lebih dari 120 patah perkataan. Macam Summary la kan. Tak boleh lebih dari itu-itu.

Bila korang baca tajuk entry tu ?
Korang agak-agak siapa sebenarnya yang makin gemuk ?
Bella ?
Tett !
ke Awak ! :p
Hehe,

Bella macam biasalah.
Masih sama seperti dulu.
Memang sejak azali tembam. Hoho



Sebenarnya, yang gemuk tu si tiga segi yang tak diketahui spesiesnya.
Siapa ?
Still tak dapat teka ?
Hurm.
-Ni dia-

Ni masa zaman kegemilangan kekurusan even still gemuk juga tem ni tapi tak sampai tahap obes lagi

Sekarang ni mencecah tahap obes dah 
Dah jadi macam ni 

Nampak tak perbezaan tu ?
Ruang kiri kanan dah semakin kecil

Kuat Tidur , Kuat Makan !
Tula gemuk cam ni :p

Bella dah beli ubat kurus untuk dia. Dia dah mengecut balik.
Tapi, Bella rasa comel juga bila dia obes. So, biar dia gemuk lama-lama.
Hehe,

Agak-agak lau kita gemuk, cam mana cara nak kurangkan kegemukkan yang paling berkesan eh ?

Lau korang tak tau benda apa ni ?
korang boleh baca kat entry yang lepas kat SINI

GOOD NATCH ! :)


Dinner Ala-Ala Vintage

Assalammualaikum Ya Habibi 

Hari ni Ana mau share la, itu la. Moment of Our Vintage's Dinner Last Night. Apa la kena mengena Arab ngan Vintage kan ? Bajet betul Bella ni :p

Burung yang terkurung di dalam sangkar di dalam dewan

- Before Dinner -
Kalut pilih baju around Jam 4 sampai la Jam 6 macam tu. Haha, Last-last pakai ja la apa yang ada kan. Then start la siap-siap lepas mandi,solat. Kita orang gerak around 8 gitu ke Dewan. Ingatkan dah jadi orang paling lewat, hampeh! Lama tunggu VVIP . VVIP mana pernah awal kan. Lau awal tu, bukan VVIP dah tu. H-e-h-e

Before pergi Dinner. Sempat gambar jap

Ngam-ngam datang dengan perut yang kosong. Makanan memang dah tersedia kat meja tempat kita orang duduk. Tak tahan godaan dah ni nak makan.
Tapi, sabar-sabar. H-E-H-E

Cara nak hilangkan rasa lapar
GAMBAR

Then, tak lama lepas tu, ada seorang akak comel datang duk satu meja dengan kami. Pelik untuk 5 saat. Tetiba kawan Bella tegur dia. Rupa-rupanya, dia tu kawan Ex Roommate kawan Bella tu.

Yang duduk sebelah kiri tu la akak tu
Kita orang pun borak-borak + gambar-gambar
Bagus akak tu. Ramah plus mesra lagi.

Bila dah boleh start makan, semua xcited. Mana tak, semua pun lapar. Meja kita orang kot paling meriah.

Bella ngan roommate.
Nama dia Zila, Sapa nak berkenalan ngan Zila cute ni ?
Jumpa ayah dia dulu :p

Sambil selera makan-makan, sambil fokus dengar ucapan VVIP. 'Fokus' dalam bracket. hehe,
Tapi, still tau apa yang diucapkan oleh VVIP :) Then, banyak la persembahan. lakon-lakon, video-video, lawak-lawak. dan, tak sah lau xda nyanyi-nyanyi. ada Band khas di bawah Syarikat Zahid lagi. Jangan Main-main. Sebenarnya Zahid tu orang terkenal kat kolej kami bab-bab nyanyi+ketua AJK Persembahan. Jangan pula korang ingat Zahid AF.

Kejap ja makanan kat meja kami licin. Padahal, malam masih muda. Kita orang pun try la tanya kat waiter-waiter yang ada. "Ada Dessert tak lepas ni?". Tus waiter tu cakap ada dessert. Xcited dah ni. kot-kot ada puding ke, ice cream pun takpa. Tup-tup dia bagitau, buah-buah yang dorang hidang awal-awal sama-sama ngan nasi tula dessert.
Yaka ? *Muka troll* Tu pun kita orang dah habis makan+licin. Kosong dah meja kami ni.

Yang Bella rasa lawak, waiter tu tak habis-habis tuang air oren kat kita orang. Sampai kawan Bella yang satu ni cepat-cepat tutup gelas dia then terbalikkan gelas tu supaya waiter tu tak tuang air dah. Masa Bella tengah minum, waiter tu tanya,
"nak air lagi?". Bella pun terhenti seketika dari minum.

Last-last, kita orang balik.  Even majlis tu tak habis lagi. Lagipun, sok pagi (hari ni) ada kelas. Bila keluar tu, tawaduk betul. tunduk ja muka. Tak nak orang nampak.

Sementara tunggu akak Delivery, kita orang pose jap kat luar.
Dah macam Artis tak diiktiraf . hehe

Bila dah sampai pintu keluar pula, check kiri dan kanan. Manala tau kot-kot ada pakcik pengawal yang nak halang kami dari balik. Hehe. Lastly, masa kita orang OTW balik naik akak Delivery, kita orang dah buat temu janji ngan akak delivery tu tuk hantar kita orang pergi Airport nanti masa nak balik cuti mid sem ni. Even ada 3 minggu gitu lagi nak balik. Awal bebenor kan. Hehe,




Prom Queen Malam tu.
Ni jiran sebelah bilik Bella ni. Hehe,
Ada macam muka Yuna tak ?

Gambar prom King tak da pula. Nanti korang jatuh hati. Susah pula Bella nak jadi orang tengah :p Thanx korang sudi tahankan diri tuk baca. Goodnight. Mimpi indah-indah ya malam ni. Ingat! Cuci kaki dulu before tidur nanti




Pengganti AngryBird


Assalammualaikum semua.
Hujan baru ja berhenti kat sini setelah sekian lama berpanas.
Malam ni kita orang ada Dinner Kolej.
Ala-ala vintage Scarf.
Habis Vintage la malam ni.

Oklah, siapa tak kenal benda tiga segi + gemuk + kening tebal tu kan.
Ke ada yang tak tau ni ?
h-e-h-e



Game ni sangat famous masa zaman dulu kan.
hampir setiap Handphone ada game ni.
Tapi zaman sekarang dah ada yang lebih famous.
Nak tau ?
ke korang dah dapat agak .
Jeng-Jeng-Jeng

Nama diberi Pou.
Asal usul dia tak pasti pula.
tak siasat pun lagi.
h-e-h-e

Ni bila dia cukup makan,main,tidur.
bukan main lebar senyuman dia

Ni pula bila dia ngantuk.
semua benda pun dia tak nak bila dah ngantuk

Bila tak mandi lagi
B-U-S-U-K
Tapi, still boleh senyum

Banyak lagi Game POU yang ada


Korang try la sendiri lau nak tau lebih lanjut ;)




Tips Memilih Warna Bunga Sebagai Hadiah

Assalammualaikum dan Selamat Tengah Hari semua.

Dah Lunch ? Bella belum Lunch lagi ni.Perut belum lagi menyanyi dengan kuatnya. Tadi, ada orang datang ketuk bilik nak promote Moist Cake. Makin hari, makin banyak yang datang ketuk bilik. Ayamas la, Moist Cake la, Sabun Kurus la. Hairan betul sebab yang datang promote semuanya tak macam student.

Oklah, Straight To the Title Entry kali ni. Siapa pernah dapat bunga dari sesiapa ? Tak kira la bunga ros ke, bunga matahari ke, bunga tahi ayam Or Bunga Cengkih. 


Sebenarnya, setiap warna dan bilangan bunga yang korang dapat ada rahsia disebaliknya. tapi ada ja yang bagi ikhlas dari hati tanpa ada maksud disebaliknya.

So, kat bawah ni Makna yang tersirat yang terkandung di dalamnya. 

MERAH 
"I Love You"


PINK GELAP
"Thank You"

PINK CERAH
Kagum dan simpati 

KUNING 
"Taniah!"
Atau nak memulakan persahabatan


PUTIH 
Suci
"I Miss You"

HIJAU
Tanda Setia

LAVENDER
"Love At The First Sight"


OREN
"It is More Than Love"
Harap hubungan yang lebih jauh


HITAM
"Its Over"

BIRU
"It is Just a Fantasy"
Hubungan yang sangat Mustahil dan tidak dapat diteruskan

Ada tak bunga warna hitam ? Kalau Bunga yang dibuat dari kertas maybe la. Bunga warna hitam kat sini ialah bunga Merah yang gelap. Ha, Siapa yang berhasrat nak bagi bunga kepada seseorang boleh lah refer sini ya ^^ Tapi, jangan pula korang percaya sangat dengan benda ni. Yang penting orang tu ikhlas ingin memberi ^^

Lastly, Siapa yang ingin bershopping baju-baju yang cantik, boleh click sini. Then Like untuk follow up baju-baju yang latest ^^